Jemputan Naik Pangkat 2 Blogger Lelaki Malaysia

ICON GRATIFY 
The good news hari ini!!


Dua blogger Lelaki berjaya memasuki 
Icon Gratify ... tahnia kepada 
(Cerita Orang Bujang /COB )&
Blogger JR ( bila jejari menulis )
Pada bila-bila masa Etuza Update kan kenaikan 
pangkat mereka .Lepas tu anda semua boleh klik
blog terbaik Etuza ini.
Sila baca ni, Madam Kamsiah ( siapa blogger tak kenal dia lagi ? ada tak!) Pasti ada juga ramai tu, ialah tak klik blog dia mana lah kenalkan. Tau tak blog ni DETIK-DETIK INDAH DALAM HIDUPKU. Cantik tajuk rumah maya dia, mula2 Etuza klik blog ini terus terpikat woooi!!! benar2 terpikat, bukan nak mengorat tapi dalam hati "Ini blog paling bagus ni..mesra pula orangnya sekali ja Etuza follow hari tu terus dia follow balik blog Etuza" Rasa nak melompat waktu itu 2009 bulan Ogos, berderet-deret blogger join blog Etuza yang lama. Apakan daya ada masalah blog lama Etuza..terdampar sepi dah jadi rujukan Etuza saja. Etuza faham sangat style Madam Kamsiah dia ni relex berblog, itu sebabnya tiap entry dia KUALITI sangat bagus cara penulisannya dan yang paling bagusnya kita dapat nilai kesedaran dalam hidup bila membaca sesetengah entry dia tau. Bagi Etuza secara peribadi blog milik kamsiah layak untuk diberi penghargaan.Sekurang2nya Etuza lah yang beri anugerah kan..( alamak lucu kan ) Tapi masih belum layak masuk final raja lawak hehehe.

Betul bah, ini lah blog dari 2009 hingga kini masih bersinar masih serlahkan wibawa dia dalam arena blog di Malaysia. Tahniah Madam Kamsiah & Family.

( Ruang Himpunan Blogger Lelaki & Wanita Malaysia yang Etuza istilahkan sebagai BLOGGER di Malaysia kita yang sangat sangat menyenangkan hati Etuza, serta memberi juga rasa senang kepada Blogger lainnya ) Ha ini satu trade mark blog Etuza, bukan senang ya nak masuk ruang lingkup ni tau.Senang maknanya apa juga urusan akan lebih mudah dan ada kemajuan HINGGA senang menyenangi dan memberi senang itu memberi kesan kepada REZEKI mereka dalam berblog.

 Off!!! bukan mereka minta tetapi percaya ke tak itu REZEKI mereka bila dianugerahkan rasa membahagiakan orang lain bukan saja ilmu tetapi motivasi kita. Huuu baru buka minda anda kan. Bukan rugi nak beri senang dalam blog.Masih tak yakin ..ala tak apa lah. Mohon maafi jika kalimah ini mengarut bagi anda. Etuza pasti anda blogger POSITIF.

Ada pahlawan wati dan pahlawan man di dalamnya.tak gerun ke dengan POWER wirawati kita BLOGGER lawa Jari Manis, tak takut ka juga dengan Wirawati BLOGGER yang Etuza serasi panggil UMI ( bahasa arab ) ya UMI ALYA, yang sentiasa berada setia dalam ruangan Icon Gratify. Haduii.. terbest lah mereka bagi Etuza. Satu saja cabaran untuk blogger terkenal ini. Etuza nak lihat angka 4 digit komen mereka dalam blog Etuza. Terbuka juga kepada blogger lainnya, dan hanya satu Etuza nak minta lahirkan keharmonian dan rasa bahagia anda bila melihat membaca tiap entry Etuza serta semua komen dari semua blogger Malaysia. Relex dan biasa2 saja kita dalam berblog. Tak nak terlepas entry tak ada yang marah, nak gelidah semula korek entry terlepas bisa juga dengan adanya search Pakcik Google serta menfaatkan apa juga security ( alat ) kemudahan di blog Etuza ni.

Tidak mustahil 4 angka komen itu andai saja ada aktiviti mengikuti perjalanan blog Etuza hingga sekarang dan akan datang. Insha Allah. Pastilah ada ganjaran yang mereka tak mahu,tapi kena ambil apabila Etuza ampai kan ganjaran itu didepan pintu rumah diorang. Hahaha dah terkena kan, tak boleh lari lagi lah bloggerwati ni.

Untuk semua peminat blog Etuza ni, terbuka komen dalam semua blog tak ada yang larang komentar anda, malah itulah tanda kita dapat jalinkan ukuhuwa sesama kita di alam maya. Untuk 4 angka komen itu terbuka juga kepada anda, cumanya agak ke hadapan 2 blogger kesayangan Etuza dan keluarga Etuza ni kan. Namun untuk realisasikan 4 angka komentar tu bukan sekarang bukan sebulan dua, tetapi mungkin tahun 2015 atau sebaliknya ..sebab itu relex dan tenang andai itu REZEKI inshaAllah Etuza nak yang ikhlas..banyak komen balik2 Etuza ada jalan menilai betul ke baca semua entry Etuza dari ayat pertama hingga ke ayat akhir. Apa kaitan komentar kan mudah saja. 

Contoh komen yang kualiti merujuk komen JM. "Etuza ada menyatakan banyak ejaan salah kan pada entry lalu lalu, jadi usahakan untuk membetulkan dan baca semula penulisan cikgu" Katanya lebih kurang ini lah komen JM. Ini bermakna JM membaca tau entry Etuza tu. kalau tak masakan dia tahu, betul seringkali Etuza katakan ada ejaan yang salah dan langsung Etuza memohon maaf. Faham kan...

Untuk Umi Alya, ada si celik dia. Insha Allah suatu masa nanti anak celik dia akan pakai hijab juga macam Alya Etuza tu. Cantik Alya anak Umi tu. Macam nak tengoklah pula perkembangan Alya anak Umi tu. Sama juga nak tengok perkembangan yang sihat dan terus sihat anak Lya si Akif Imtiyaz. Manakala JM Etuza nak tengok ( Insha Allah ) jika dah sampai seru GAMBAR perkahwinan JM. Offf!!!! mengarut lah sudah..ok azan dan kumandang di area Etuza. Insha Allah akan kembali berblog.
Kunci : ( Ada berapa anak lelaki dan anak perempuan yang Etuza miliki dari Isteri Etuza! adakah anda tahu? ) Ala soalan ni buat apa nak jawab kan lagilah mengarut...baik cabut lari..bye!

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. kalau tak silap..Etuza miliki 2 anak lelaki dan 2 perempuan...

    BalasPadam
  2. @❤Kamsiah❤
    Asalam..terima kasih memberi jawapan ya Madam kamsiah..nampaknya Madam kamsiah terima blog pesona ni..tak cabut lari kan sebati dah persahabatan maya. Syukran..

    BalasPadam
  3. Cikgu, terharu JM tau nama di sebut2 dlm setiap entri dan itu sudah mencukupi bg JM dan itu juga satu penghargaan yg besar buat JM.

    Tentang komen 4 angka tu pastikan cikgu menilai komen yg d tinggalkan kekadang hanya mengejar bilangan itu sebab dlm 1 entri boleh ada 2, 3 komen dari org yg sama JM lattew ahaha

    BalasPadam
  4. Lupa nk ckp utk fair kpd yg lelain JM akan tinggalkan 1 komen shj dlm 1 entry. klau nk cepat dpt 4 angka tu mmg mudah tinggalkan byk komen dlm 1 entri tetapi agak x 'selesa' hihihi

    Anak cikgu berapa org? Mm ramai! berapa ek 6 kot hihi 3 lelaki 3 perempuan ehh betul ke heee main belasah je nih

    Lagi satu anggapan cikgu tu salah, JM bukan kategori lawa dlm gambar je potogenik klau tgk live semua lelaki lari jauh hihihi

    BalasPadam
  5. Komen 4 angka?? JM, akak yakin awak boleh dik..

    Meh sini saya jawab soalan Cikgu..
    Puteri: 3, Putera: 4

    1) Puteri Sulung sedang belajar di Bidang Perubatan di Universiti Perubatan Al Azhar, Mesir

    2) Putera Sulung - Ikmal sedang belajar di Bidang Farmasi di Kelantan

    3) Puteri kedua - Azie sedang menduduki exam SPM

    4) Putera kedua - Nick Irfan (16 tahun)

    5) Putera ketiga - Afif (14 tahun)

    6) Putera keempat - Ibnu Mustakim (12tahun)

    7) Puteri Bongsu - Nur Aliya Adibah (9tahun)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hebat umi menjawab kuiz teringat acara ini berlangsung seronok..

      Padam
    2. Kenangan hampir setahun yang lalu..

      Padam
    3. Nick Irfan SPM tahun ni ya, good luck buat dia..

      Padam
    4. Oh ya, Azie belajar kt mana ya? Lama x dgr perkhabarannya..

      Padam
  6. Insya Allah di suatu hari nanti, Alya pasti berhijab sebagaimana kakaknya.

    BalasPadam
  7. Assalam..terima kasih Etuza..CP hargai sangat2..cuma sekarang CP masih dalam bercuti dan belum sempat nak update apa2 lagi..InshaAllah CP akan kembali..

    BalasPadam
  8. @Nor Ariffin Hamzah
    Tak apa ya CB..rupanya COB tu Noor Arifin agak keliru gambar header dengan gambar frofile

    BalasPadam
  9. untungnya jadi sebutan d blog etuza...maaf baru hari ni membalas jejak..jadi agak ketinggalan sudah

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.