Izza Athirah Serasi Berkawan Dengan Aliya

Ha Izza Athira masuk Blog Pesona & Mustika.
Memang kena lah bila selalu datang ke rumah..
kena gambar kena masuk blog setidak2nya
kenangan mereka suatu masa nanti.
Rasanya itu pasti.

Gambar ini Etuza ambil ketika kami melawat adik di Taman Perumahan Topicana Villa. adik baru melahirkan anak yang ke 3 masa itu. Seronok Alya dan Izza di bawah bersama melawat bayi yang baru lahir. Ibu kepada Izzah ini merupakan sepupu Etuza iaitu suaminya berasal dari Bourfort Sabah.
Selalunya Izza akan datang ke rumah kami pada hujung minggu, ni nak berkawan dengan Alya lah tu. Siap dihantar oleh ayahnya pada setiap hujung minggu. Pasti ada ja karenah dua anak ni, kadangkala bersepah juga di ruang tamu, main anak patung lah main lukis lah origamilah macam-macam terutama di hujung minggu.Tak apa ada orang rajin menyapu rumah apapun orang gaji dah diberhentikan kerana keperluan perkhidmatan orang gaji tidak mendesak buat masa ini. 


Nampak kan di mana ada Alya di situ ada Izza Athira. Alya ikut nasyid dia juga nak ikut, serasi lah mereka berkawan. Harap mereka membesar sebagai anak yang solleha dan sentiasa menghormati ibubapa.Tengok mereka aktif rasa sejuk hati Etuza. jadilah anak yang berjaya ya Alya dan Izza. Doa dan harapan sentiasa bersama kamu berdua.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Itupun nasib baik Nur Alya Afiqah berada jauh diseberang lautan, kalau tidak, mungkin mereka serasi bersama, yalah nama hampir sama tapi berbeza usia.

    Lagipun Alya mudah berkawan, mula2 jer malu2 kucing..

    BalasPadam
  2. manis2 anak dara berdua tu...semoga membesar sbg anak yg solehah..yg membanggakan kedua org tua..

    BalasPadam
  3. Cikgu Etuza..yang mana satu Aliya dan yang mana satu Izza...hurmm..cer cikgu letak caption pada stiap gambar yang do kongsi dalam blog baru nampak lebih kemas dan pengujung lebih memahai...JM ni lambat pick up huhuh..

    anak cikgu Aliya ke Izza..aduhh confiuss sudah huhhu

    BalasPadam
  4. @umi alya
    kanak2 memang macam tu umi..kalau dan kenal tu rapat sudah tu..

    BalasPadam
  5. @Jari Manis
    betul juga kan JM ok nanti akan letak. Komputer hari tu kena format, folder fothshope dah hilang. dah instal download tak berjaya lah JM...lagipun kebanyakan berbayar dah sekarang ni..nak free pun tak berjaya download..

    BalasPadam
  6. Alolo...comey2 anak dara berdua ni...

    BalasPadam
  7. kira sepupulah nikan...org beaufort bapanya sebelah mana..MV klias kecil

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.