Etuza Datang Memberi Pencerahan Minta 1 Blogger Lagi

Etuza Datang Memberi Pencerahan Minta 1 Blogger Lagi

Etuza harap ada blogger ke 12 menyertai Anugerah Tropi Untuk Blogger Ini.
Petang ini nak siapkan Soalan Kuiz.

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama duduk hadap PC ni,  updated penyertaan Pencarian Anugerah Tropi Untuk Blogger Malaysia 2014 ( SINI ) telah Etuza lakukan. Cuma rasa tak selesa melihat angka 11 tu, iaitu baru ada 11 blogger yang menyertai.

Jika ada Etuza nak pelawa hanya 1 blogger Malaysia lagi yang join pencarian anugerah tropi blogger Malaysia ni. Mestilah Etuza tak terima Blogger Luar Negara kan..sebab kalau menang payahnya nak hantar TROPI. So nak Blogger Malaysia saja. Ok siapa agaknya ya kalau dapat Blogger Lelaki nak offer. Blogger Wanita dan mojariti dah tu. Sila ambil perhatian blogger blogger lelaki Etuza mahu cari 1 lagi penyertaan ya.

Ok bercakap pasal tajuk entry iaitu "SILA TAKE NOTE MULAI SEKARANG KLU KUIZ BERLEGAR KINI"  ini Etuza maksudkan dalam banner itu ada berbagai perkataan seperti hobi, makanan,dunia blog, makanan dan lain-lain lagi kan, ada kan kalau tak nampak risau Etuza selaku penganjur Pencarian Anugerah Tropi ini. Itu lah maksud berlegar tu iaitu semua Blogger yang join kena baca entry-entry di wall posting blog Pesona & Mustika ini. Semua blogger yang join adalah DILARANG KERAS merujuk blog lain kerana MEMANG tidak akan jumpa jawapan di blog orang lain, walau canggih lawa macho macho blog mereka tu. Gerenti tak kan jumpa sampai bila-bila. ( Sorry ya ..Etuza kena TEGAS).

Selain itu pada gambar2 itu tepi kanan kecik kecik tu, mengapit logo atau stiker TROPI tu adalah berbentuk pembayang dan klu juga. Anda kena faham betul2 dan bayangkan apa soalan kuiz yang bakal terpacak nanti pada hari ahad. Banyak kali dah cakap ni ya.

Ok hal kertas dan pen tu, ini adalah langkah bijak yang Etuza ambil jika semua jawapan anda menepati 99.9 % tepat. kalau 100 % markah anda Etuza tak berani bagi tau! , sebab markah sempurna 100% itu adalah markah milik Allah.   Langkah melihat penulisan anda jawapan anda cara anda membuat skrip jawapan, jika kraetif dan Etuza merasakan anda lah layak paling layak maka anda di beri kelebihan. Sebab jawapan sama tak ada beza, mesti cara lain kan.Tak boleh lah kongsi tropi 2 orang Blogger Malaysia kan. Hehehe dah mengarut ni..

Nak tulis pakai komputer pun boleh..cara anda lah ya. Yang penting jawapan tu buat sekreatif anda.

Adalah di alu-alukan print stiker atau logo untuk TROPI tu bersama dengan kertas jawapan. Sebab Etuza nak ORIGINAL  dari karya anda. Ini bertujuan nak memberikan satu contoh kepada semua blogger Malaysia bahawa ini lah salah satu cara nak buat Anugerah Tropi Untuk Blogger Malaysia. Bukan sekadar grafik no 1,no 2,no 3 teratas. Memang pun payah kita jangkau grafik paling rangking blog terkenal di Malaysia. Kita buat ni, Etuza buat ni seolah kulit luaran ja dalam dunia blogger. Pengikut blog Etuza pun berapa sahaja...Entry kadang lebih personal, apa lah sangat yang dibanggakan disini. Hanya satu Etuza nak hidupkan amalan dan budaya " memberi " dengan ikhlas. 
Kepada semua blogger HENTIKAN memberi andaian siapa blogger yang bakal terima TROPI ini. Sebaiknya anda yang join berazam dalam hati, letak keyakinan dan berdoa agar diri sendiri dapat anugerah ini berdasarkan kerjasama anda, kekuatan anda berusaha. Pencarian ini tak menekan..Etuza dapat rasakan sangat ringan dan santai-santai saja. Sebab Etuza memproses perjalanan pencarian ini hingga kini untuk memberi anda jalan mudah dan faham menyertainya.
Last ucapan: -
1. " Sesuatu itu kalau tiada usaha anda tidak akan mampu mencapainya"
2. " Sesuatu itu kalau berterusan diusahakan pasti ada hasilnya pada suatu masa, rezeki itu pasti milik anda"
3. Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa ada cita-cita dan angan-angan ke arah hidup lebih baik pasti akan mencapai cita-citanya"
4. "Lebih baik mencuba dari tidak mencuba, kalau mampu apa salahnya mencuba nasib, sebab tuah manusia tiada siapa yang tahu"
5. " Bersaing secara sihat..lalu berfikir dan terima hakikat bahawa adat bertanding mesti ada menang dan mesti ada yang kurang berjaya"

Faham kan bahasa orang Sabah.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

21 ulasan

saya akui terpaksa ulang 3,4 kali utk memahami apa yg cuba disampaikan..:)

@❤Kamsiah❤
Teruskan usaha ya madam Kamsiah

JM..
Naper senyap jer dik? meh kita bertanding secara sihat, jangan lupa pagi esok k..

jika akak lewat, JM hantar dulu, biar Cikgu bagi markah kepada JM, akak akan menyusur kemudian maklumlah seharian esok tak boleh online..

Saya bab2 seni ni, adoiiiiiiiiii hancur.. hi3

Anugerah blogger Malaysia ke ni? Tak faham la..hehe

ok baru saya faham kena buat entrty la yer

Sebenarnya Cikgu okje tak berapa faham ..... Maklumlah dah kilauan haha.....dan lagi okje kat kampung .....bw ngan hp, sangatlah limited masa nak berblog dan menjawab soalan kuiz. So Okje rasa mcm nak tarik diri boleh tak cikgu?.....

@umi alya

JM masih keliru sebenarnya ahahah
Tak tahu apa yg perlu di buat..maybe x faham arahan hohoh

- borang jawapan dah ada
- ini bermakna perlu cetak borang tu, kat umah x der printer so perlu buat di opis
- kat opis lak byk keje aduhai
- bila dh cetak, isi jawapan dlama borang
- pastu sah le perlu scan pulak borang tu sblm attach dalam email. x boleh taip dlm borang tu huhuh
- huhu byk step juga yg perlu di buat ni..

psst : bab kreatif tu mmg fail..so good luck kepada mereka yg join

@khamsiah

kak Kham...JM pun sama..ahahaha...dah hilang tumpuan dan hala tuju dah nih

kenapa perlu print sticker atau logo ti..pastu nk buat apa ngan logo tu..borang nya dh print pastu isi jawapan kan..logo nya..arghh...kekeliruan makin berganda huhuhhu

ada sesiapa yang jelas berkenaan dgn aungerah ini boleh tolong explain x huhuh

@hainom okje

kak Hainom..JM pun x faham dan jelas sob..sob..sobbb

@Jari Manis

JM

Senang jer dik, klik 2 kali borang tu, copy kemudian paste ke dalam microsoft word.. pastu tu kita taip jaa jawaban di atas borang tu.

Save & email kepada Cikgu Etuza.. senang bangat, cuma yang ketaq kepala lutut risau soalan yang diberi susah, itu jaa.. akak pasti awak boleh..

Mula2 baca mmg tak paham ..Bila baca dua tiga kali baru faham hehehe

cikgu..JM dah copy borang jawapan dalam word tapi x boleh ADD TEXT..so mcm mana yek..hadoi...bertambah stresss..ke JM Sorang je ada masalah ni

@Jari Manis
Jm guna kertas lain ya..tak perlu jika tak dapat ya, Etuza baru perasan saiz 3R ja pula tu, buka A4.boleh klik besarkan tapi stiker jadi kabur kan..
Tak apa cara JM ya. Bukan kertas tu penting tapi jawapan tu yg mostly kan...

Perhatian kepada semua guna cara sendiri nak gmailkan ..terus taip kat gmil pun boleh..tak apa jawapan itu yang Etuza nak tengok ya

@Akif Imtiyaz
Tahnia ya Lya. nanti cara sendiri sahja nak email ke gmai etuza ya

aha...mcm tu lah Cikgu..baru leh jawab dengan senang hati hihihih

@Jari Manis

Naper akak leh tulis elok jer kat atas tu?

@umi alya

sorry akak...JM mmg fail bab tu..x terror

Meh sini akak tunjukkan caranya..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger