Debaran Menanti Dua Keputusan Muktamad

\
Semua ibubapa ketika ini dan minggu ini memang mengalami debaran, samalah juga dengan perasaan dalam hati Etuza. detik-detik terakhir saat akhir menanti keputusan yang mendebarkan semua orang. Malaysia pun berdebar agaknya ya, terutama Kementerian  Pelajaran Malaysia.
Sebab apa debaran itu? Keputusan UPSR ( Ujian Penilaian Sekolah Rendah ) memang akan diumumkan pada bila-bila masa lagi. Adakah sudah bersedia semua, menerima hakikat bahawa kalau keputusan tidak memihak kepada kita, pasti tiada jalan untuk mengubahnya lagi.Pada Etuza anak lelaki ke 4 sudah berjuang, sudah berusaha dan Etuza nampak perjuangan dia pada peperiksaan akhir percubaan UPSR tahun 2014. Biasa anak etuza Ibnu Mustaqim tak dapat kedudukan no 6/22, selalunnya tempat 7, 8 dan 9. Kalau di lihat 5 pelajaran utama dah cantik keputusan dia iaitu 4 A dan 1B. Anda boleh lihat paparan slip keputusan dia baru-baru ini semasa hari bertemu pelanggan, ini lah kedudukannya. Dan memang sukar hendak bersaing dalam kelas Ibnu Mustaqim sebab 22/22 pelajar itu adalah pelajar yang semua cemerlang dalam dua kelas tahun 6 di sekolah tempat Etuza bertugas.
Apapun kita sabar menanti saat diumumkan keputusan rasmi UPSR 2014. Etuza sedia terima kemungkinan Insha Allah kalau ada rezeki anak lelaki Etuza pasti ada beberapa butiran A dalam UPSR dia nanti. ( Kita tunggu ya )


 Debaran menanti keputusan yang kedua, iaitu PENCARIAN CALON PENERIMA ANUGERAH TROPI UNTUK BLOGGER DI MALAYSIA  2014 yang mengikutinya. Anjuran yang rasanya paling mencabar yang Etuza lakukan menerusi blog Pesona & Mustika.
Kepada 11 blogger 2 lelaki dan 9 blogger wanita kita tunggu keputusannya ya, tetapi ada 5 lagi skrip jawaban yang Etuza tunggukan paling menunggu dari blogger lawa JM dari blogger macho Safirulamar dan aRz.Bila agaknya mereka hantar ya. Kalau nak hantar jawapan paling cepat letak saja di ruang ulasan dalam blog Pesona & Mustika ya. Harap Maklum.


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Insya ALLAH...ada khabar gembira utk anakanda..:)

    BalasPadam
  2. JM juga berdebar menunggu reslut adik bongsu yang menduduki UPSR

    Kedua juga berdebar menjawab soalan kuiz dari cikgu yg begitu mencabar minda..in sHa Allah cikgu malam nanti JM hantar

    BalasPadam
  3. Seomga Ibu Mustaqim mendapat keputusan cemerlang..4A 1B bagi JM sudah cukup baik tapi lagi baik kalau dapat 5A..jgn jadi spt auntie JM ye Ibnu Mustaqim..UPSR dulu mmg corot tapi alhmadulillah mendapat kerjaya yg baus :-) so apa2 keputusan nati jgn panic terima seadanya kerana perjalanan masih jauh

    BalasPadam
    Balasan
    1. JM..
      **Ibnu Mustaqim...pembetulan dear, kalau iyapn berdebar naper banyak kesilapan ni...

      Padam
  4. Insyaallah...saya doakan semoga anak Cikgu beroleh kejayaan cemerlang. Kesian juga buat calon2 upsr tahun ni kena ambil periksa berulang kali.

    BalasPadam
  5. Insyaallah pastinya adik mustaqim akan dapat keputusan yang cemerlang...amin

    BalasPadam
  6. Etuza...MV join segmen ni tanda sokongan sekiranya tak menang pun xpa bah....bukan rezeki kan...

    BalasPadam
  7. @umi alya
    Asalam UMI ejaan lagi silap kan.Entahlah gagal; BM pula Etuza ni asyik tolak markah lah ni ya..mohon di maafkan bak kata JM tutup mata ja

    BalasPadam
  8. @umi alya

    JM pun ada masalah spelling error ke ahhahaha..ni mesti kes byk sgt baca entri cikgu yg byk spelling error...berjangkit sudah hahaha

    BalasPadam
  9. Insyaallah ..Semoga anak Cikgu Etuza berjaya dgn cemerlang dalam UPSR ..Semoga berjaya dapat 5A ya ..

    BalasPadam
  10. @Jari Manis

    Itulah JM, akak sendiripun punyai banyak kesalahan di dalam tatabahasa, ayat pula agak tidak teratur, banyak guna bahasa pasar.

    Cam komen JM kali ini, yang lain2 akak pejam mata cuma satu patah perkataan ni akak rasa agak janggal..

    Bagus = baus.. jauh sangat bezanya.

    BalasPadam
  11. @umi alya

    kak umi, no hal lah...hiksss. Kekadang tu tulis nk cepat..ayat x tersusun biasa sbb tu x layak jadi penulis heee

    BalasPadam
  12. semoga mendapat keputusan yang baik.

    saya dah hantar cikgu etuza.
    Terima kasih atas peringatan

    BalasPadam
  13. InsyaAllah Ibnu Mustaqim akan berjaya cemerlang dalam UPSR nanti..

    walau apa pun keputusannya nanti kena terima dengan redha, asalkan kita tahu anak kita sudah berusaha seadanya...yang menentukan Allah swt...

    Straigt As bukan menjanjikan apa2 ..cuma di dunia sahaja selagi kita mahu terus berjuang dalam hidup...yang penting LULUS..itu saja,

    Biar cemerlang dunia juga akhirat itu lebih penting...

    BalasPadam
  14. Hahaha Umi dan JM ni..tajam sungguh mata dia orang ...nampak jak spelling error Cikgu kan...

    Sampai ada yang terjangkit pulak spelling error Cik gu...mintak2 Bunda tidak terjangkit..

    kelakar lah dia orang ni kann..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.