Bubur Ayam Untukmu Ibu

Bubur ayam ini adalah bukti
kasih sayang yang lahir dari hatinya.

Resipi Bubur Ayam.
( Untuk ibu mertua yang kurang sihat )

( bubur dalam gambar dihidangkan untuk Etuza saja ya,
bubur untuk ibu mertua sudah dalam bekas ya )
  
Bahan resipi Bubur Ayam 

* Beras jenama anggur + sedikit  beras wangi * Halia - di hiris nipis* Isi ayam - di potong halus*Garam dan perasa secukup rasa.* Air secukupnya untuk merebus nasi sehingga menjadi bubur *Bawang goreng( Jika perlu )Cara membuat bubur ayam
* Beras di bancuh dan diletakkan air dengan kuantiti air yang cukup.*Masukkan halia garam dan perasa *Rebus atau tanak hingga masak dan mejadi bubur.* Hidangkan dan letaklah bawang goreng agar rasa bubur lebih sedap dan ada aroma bawang goreng.
Kenapa ada bubur ayam.. 
     Resipi bubur ayam ini adalah masakan air tangan isteri Etuza, khas untuk ibu dia juga merupakan ibu mertua Etuza.  Bangun awal pagi hari ini, kami seisi keluarga tidak ke mana-mana, hanya apabila jam sudah masuk 10.30 pagi Etuza dan dua anak lelaki Etuza pergi ke pekan Keningau untuk urusan yang perlu diselesaikan.

     Berkenaan bubur ayam itu, itulah sarapan kami pagi tadi yang dimasak isteri khas untuk ibu kandungnya. Ibu mertua masa ini kurang sihat, Etuza merasakan ada perasaan sedih dan bimbang dengan tahap kesihatannya masa ini. Selalu Etuza memberi nasihat dan semangat kepada isteri agar tidak berkasar kata-kata dengan ibu dia, beri dia beli apa sahaja yang dia nak minta. Kuat kan hati hadapi ibu saat-saat dia amat memerlukan kasih sayang anak-anak. Sebab itu agaknya isteri Etuza memasak bubur untuk ibu. Ibu mertua Etuza duduk tinggal bersama dengan adik isteri Etuza di rumah asal mereka.

     Melihat bubur ayam itu Etuza dapat andaikan begitu dalam kasih isteri Etuza terhadap ibunya. Bubur ayam itu bukti yang amat jelas isteri Etuza memiliki perasaan kasih terhadap ibunya yang kurang sihat. Pasti ibu mertua merasa mudah untuk menjamah dan menelan bubur yang simple tetapi sedap dari isteri Etuza. Masa menulis Entry ini Etuza ada rasa berdebar bila mengingati keadaan ibu mertua yang kelihatan tenaganya amat lemah dan lesu. Ya Allah ampuni kami ya Allah, ampuni ibu mertua Etuza dari dosa-dosa lalu. Berilah rahmatMu kepada dia dan limpahkan kekuatan baginya melalui hari-hari tuanya. 
    
        " Semoga Allah memberikan rahmat dan memulihkan tenaga kepada Ibu Mertua apabila menjamah bubur ayam masakan isteri Etuza. Semoga Ibu mertua Etuza dapat rasakan kasih sayang anak-anak dia kala dia meniti hari-hari tuanya.... semoga masih ada senyum dan keriangan diwajah ibu mertua apabila isteri Etuza menyuapkan bubur ayam dengan lembut serta dengan penuh kasih sayang" Amin ya rabbal alamin.

      Teman blogger Etuza, umur kita kian bertambah, kepada yang masih muda marilah ambil iktibar bahawa hargailah kehidupan kita ketika kita masih dalam keadaan KUAT, GAGAH, TEGAP, CANTIK SERTA PANTAS KE MANA SAHAJA. Usahlah kita leka dan lupa bahawa kekuatan yang kita ada itu akhirnya akan beransur lemah dan lesu APABILA KITA MELALUI HARI TUA KITA. Selalu kita dengar dan memang itu benar belaka iaitu " TIADA PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH DIUBATI ADAPUN PENYAKIT YANG TIDAK DAPAT DIUBATI IALAH PENYAKIT TUA" 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. bubur ayam... ayie lama xmakan bubur ayam.. semoga mak mertua cikgu etuza sihat2 yer hendaknya... InshaAllah

    BalasPadam
  2. semoga ibu mertua cikgu cepat sembuh ye. JM pun suka makan bubur ayam tetapi x suka yg kering begini suka yg ada kuah terutatam kuah sup....slurrppp

    BalasPadam
  3. Tiada yg diharap oleh mereka kecuali kasih sayang dpd anak anak. ..Nama pun manusia yer Etuza tak lari dpd melukakan hati tanpa sedar walaupun ibu sendiri. Besar dugaannya menjaga mereka yg sakit ni. Moga kita semua diberi kekuatan untuk menjaga mereka.

    Moga ibu mertua cikgu cepat sembuh yer

    BalasPadam
  4. Mudah2an ibu mertua Cikgu Etuza cepat sembuh, aamiin..

    Jagalah dia seikhlasnya, perasaan orang tua amat sensitif..

    ** tiba2 rindu arwah ibu & ayah, al fatihah..

    BalasPadam
  5. semoga ibu mertua cepat sembuh...dengan perhatian an kasihsayang dari ahli keluarga..Insya ALLAH..

    BalasPadam
  6. Biasanya kalau saya masak bubur nasi, saya asingkan nasi dan supnya, bila nak makan baru campur semua, pernah tayang dalam blog..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.