Betul Ke Ada Tropi Pelik Benarlah Blog Ni


Sihat kah anda semua hari ini!, semoga sihat dan paling penting anda tidak tertekan dalam meneruskan kehidupan anda pada setiap masa.
( gambar tropi di pinjam dari Google)
Kali ini, lama juga terpacak di PC Aspire Etuza ini, untuk fikirkan bagaimana meyakinkan anda tentang Program Pencarian Anugerah Khas Kepada Blogger yang berjaya nanti dalam Program Khas mencari blogger terbaik nanti pada 16hb Nov 2014. 

Malu pun ada sebenarnya. Sebab rasanya ramai blogger yang merasakan pelik blog Etuza ni. Pelik bin ajaib kerana program anugerah ini tak jelas bagi mereka. Kabur dan seperti tidak  menarik perhatian, sebab itu hanya sedikit penyertaan. 

Etuza sebenarnya hanya secara santai-santai anjurkan anugerah ( tropi ) ini. Sebab nak buat banner pun kena gunakan masa kena buat betul-betul agar menarik.Etuza fikir biarlah cara Etuza sendiri, memang pun hak masing-masing bagaimana cara nak hebahkan sesuatu niat dalam blog.

Betul! ada TROPI, sebagai bayangan tropi itu seperti dalam gambar cuma bukan bentuk itulah ya. Menarik kan, siapa yang berkenan pasti milik dia sesuai dengan usaha dia nanti. Kalau berjaya dapat simpan sebagai sejarah dan kecemerlangan dia sepanjang berblog. Tapi bagi blogger yang memang hot ( terkenal ) memang tengok sebelah mata pun tidak pada pencarian anugerah ini di blog Etuza. Memang sedih..sedih kerana tak ada blogger yang berani mencuba, baru satu blogger yang daftar. Tak ada rahsia pada program ini semuanya terbuka dan kemungkinan jika anda bijak sebagai blogger boleh dah bayangkan apakah nanti tugasan yang bakal dilakukan. 

Jika memang pencarian ini tidak menarik maka anda remehkan dan pandang sebelah mata tak apa Etuza tak ambil hati ya. Hak anda nak join atau tidak itu terpulang pada pendirian masing-masing. Cuma kalau boleh Etuza galakkan join saja, ibarat mencuba nasib, kalau ada rezeki tropi itu sememangnya milik anda.

Sebelum beredar petang esok hari Jumaat 14hb Nov 2014 Etuza akan pergi ke kedai yang menyediakan perkhidmatan menyediakan tropi / piala untuk meninjau piala mana yang paling Etuza berkenan untuk blogger yang bakal berjaya. Hummm!!!! jika tiada penyertaan Etuza simpan tropi itu dan bawa pula untuk pencarian anugerah untuk blogger pada tahun 2015. Usah risau ya...esok masih ada untuk kita, InshaAllah.
kalau nak join letak URL alamat blog anda di ruang ULASAN - Jangan malu dan segan dan Etuza lanjutkan penyertaan hingga pada 15hb Nov 2014 tutup pada jam 12.00 tengah malam hari itu) Sila perihatin jika nak menang anugerah.Tak mahu juga ka....ala kesinnya...
Klik SINI untuk join

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. saya daftar la...

    www.safirulamar.com

    anything, will you update to me..?

    BalasPadam
  2. salam singgah petang cikgu...dah lama MD tak singgah sini...singgah ada pula peraduan...MD join ni...boleh ke cikgu...

    http://mardiahdiana.blogspot.com

    BalasPadam
  3. semoga penyertaan semakin bertambah

    BalasPadam
  4. Terima kasih yang mencuba tahnia ya

    BalasPadam
  5. @Mardiah Diana
    tak apa MD..memang kita ada ja kesibukan mohon maaf juga sebab lama tak ke MD blog..

    BalasPadam
  6. SalamCikgu Etuza .Camner nak join ni Lya tinggalkan link blog jer kan kat sini .pastu tunggu apa Cikgu bgtau jer kan ..

    BalasPadam
  7. Ok Lya daftar ya
    http://akifimtiyaz3.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. |Takpe la kalau org lain tak nak join tapi Lya join ya Cikgu Etuza ..Support untuk Cikgu Etuza..All the best

    BalasPadam
  9. xmo kecewa2, saya dah join..

    http://mimialya1.blogspot.com/2014/11/pencarian-anugerah-tropi-untuk-blogger.html

    BalasPadam
  10. Assalam,

    singgah petang...semoga mendapat sambutan..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.