Bawa Telur Ayam Rendamkan Pasti Masak ( Hot Spring Ranau )

Bawa Telur Ayam Rendamkan Pasti Masak ( Hot Spring Ranau )

Inilah keajiban Alam Ciptaan Allah 
Yang Maha Kuasa.Fenomena Kejadian
 Kolam Air Panas 
Di Lembah Poring Ranau, Sabah 
Satu Daya Tarikan Pelancongan di Ranau.
* Inilah bentuknya kini di komersilkan untuk tujuan sumber Ekonomi dalam bidang Pelancongan di Sabah. Kalau nak tahu memang berduyun2 orang datang dari pelusuk negara juga dari negara luar datang untuk menyaksikan Kolam Air Panas di Poring Ranau, Sabah. Tengok batu itu pun kita rasa satu keajiaban yang maha hebat dicipta oleh Allah. Nampaknya kalau air yang kita masak ( dipanaskan ) akan jadi panas mendidih, tetapi rupanya air yang semulajadi dah panas tersedia di Dunia ini. Antaranya ini lah di Poring Ranau. 
Percaya atau tidak jika kita letak telur, telur itu akan jadi masak dan kita boleh makan. Hebatkan!..
*Menurut sumber jika kita membasahkan seluruh badan dengan menggunakan air panas semualajadi ini (mengguna yang suam kuku) kesihatan kita akan meningkat. Dikatakan jika kita ada penyakit gatal dan kulit berkudis air panas dari Kolam Poring Ranau ini akan menyembuhkan penyakit kulit itu.  
Itulah antara sebab kenapa setiap hari ramai datang ke pusat Pelancongan Poring Ranau ini. Jika musim cuti sekolah sesak di area ini. Semua tempat berehat seperti pondok rekreasi dan rumah rehat full house. Terpaksa kita cari tempat yang selesa untu kita menikmati juadah tengahari kita bersama anak-anak.
*Ini kenangan Etuza dan family Etuza. anak pertama, kedua dan ketiga tak dapat ikut serta kerana sebenarnya kami singgah ke Kawasan Mata Air Panas ( Hot Spring Ranau ) sebelum kami datang ke SMK Agama Ranau, Sabah. Gambar ini sebenarnya baru Etuza kongsikan di alam blog, kerana gambar ini merupakan kenangan pada tahun 2010. Masih segar dalam lipatan kenangan kami. Kini Etuza kongsikan, diharap anda merasa happy dan teruja ke Hot Spring Ranau, Sabah.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

7 ulasan

Baru pertama kali ke sana...sempat rendam kaki je sbb lupa nk beli telur :-)

Kurang berminat ke Hot Spring sebab kadang2 tahap kebersihannya amat rendah, berlumut2 & sesetengah tempat tu orang awam membuang najis merata2 tapi jika betul2 dijaga & dibuat pemantauan, tempat itu memang baik dikunjung.

Bestnya dapat berendam2 kat kolam air panas macam ni...
Segar badan, hilang lenguh2 dan sakit2 kulit...

Bestnya dpt jln2 sekeluarga

dekat dgn kampung suami...tahap kepansan air dah berkurang kata mak mertua....kalau dulu betul panas...

@umi alya

Umi pernah ada kes konon kebersihan air di sini tercemar..tapi setelah dibuat ujian daripada Kem.kesihatan alhamdulillah Hotspring ranau selamat dikunjungi

@Mrs Velentine

MV
Saya tidak maksudkan Hot Springs Ranau (tak pernah sampai ke sana..) tapi tempat2 lain yang pernah kami kunjungi dan berdepan dengan masalah ini.

Maaf jika ada salam faham..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (436) Ceritaku (421) Berita (381) Agama (371) Dunia Blog (327) Promosi. (301) Doa (297) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (214) Nasihat (205) Pendidikan (205) Kasih sayang (184) Rasa Bahagia (183) Berita Keningau (176) Hadiah (152) Pelancongan (133) Alam Semulajadi (122) Gambar (121) Sejarah (106) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (89) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (64) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Percutian (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Perkahwinan (21) Kucing (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger