Babak Sedih Dalam Blog Pesona & Etuza

Babak Sedih Dalam Blog Pesona & Etuza

Bagaimana kehidupan anda hari ini!
Hendaknya bahagia dan gembira, kerana
Kalau bersedih pasti anda rasakan tiada bahagia lagi.


Selalunya Etuza hadapi hari2 dengan rasa gembira dan bahagia sekali bersama keluarga yang Etuza kasihi. tapi kenapa hari ini terasa ada perasaan sedih menggamit hati, kesedihan ini datang menerpa pada jam 10.20 minit pagi hari ini. 
Tapi seolah ada debaran pada awal pagi dan sejak semalam.Etuza bersedih kerana ada perkara yang tidak jelas berlaku, Etuza rasa ingin sangat ketahui, ingin sangat lihat di manakah silapnya jika sebaliknya yang Etuza harap tidak memberangsangkan.Selalu Etuza bertanya dan bertanya, bertanya kepada anak-anak yang biasa juga ibubapa lain tanya kepada anak-anak sendiri.
" Matematik berapa markah, Dunia Sains & Teknologi berapa markah?, Bahasa Malaysia berapa markah?" semua subjek kena tanya pada anak dahulu.
Anak menjawab " Tidak tahu belum kena bagi markah, kertas peperiksaan belum kena bagi lagi" Sedih betul jika ini jawapan anak. Peperiksaan semester 2 2014 berlalu sudah dua minggu, bagaimana keputusan peperiksaan semua subjek belum diketahui sepenuhnya. Ibubapa boleh ukur sejauh mana kemajuan anak2 menerusi markah mereka dalam tiap mata pelajaran. Tapi apabila hari bertemu pelanggan sudah berlangsung baru kita tahu semua markah yang dimiliki alangkah rugi alangkah rasa sedih sebab, harapan yang ada terjawab dengan hampa pada hari ini. 
Hendak bertanya kepada individu tertentu ada perasaan segan,ada perasaan dalam hati " tak apa lah mereka akan bagi juga kepada anak Etuza markah tu, nantilah tanya anak" Tapi saat itu tak terjawab juga kerana markah belum diberi kepada anak kertas peperiksaan yang sudah diperiksa juga belum semua diberi. Adakah hendak bagi kejutan di hari bertemu pelanggan.
Hendak bergolek badan ku luka,hendak golek menyongsang badanku luka juga. Hanya mampu bersabar dan berserah pada Ilahi.
Sedih sebenarnya apabila anak yang diharapkan muncul terbaik top three tak menjadi. Sedih bila melihat kejayaan anak-anak rakan sejawat. Memang sedih Etuza hari ini berlarutan hingga ke petang. Kenapa begini jadinya, apa silap dan apa telah anak Etuza lakukan. Di mana kecemerlangan sejak PraSekolah lagi...sering terbaik dan diakui oleh guru mata pelajarannya. Etuza termanggu seketika, Etuza terasa terpukul kerana biasanya keputusan yang anak miliki adalah terbaik. 
Sudah susah sangat ke kemahiran pelajaran setakat tahun 3 di sekolah rendah. Kenapa merundum teruk Matematik, kenapa mata pelajaran ini sering dia rendah. Ya Allah apa kesilapan kami ibubapanya..kenapa tidak ikut sikap kakak yang akur yang kuat semangat, yang pandai meminta maaf yang selalu tekun belajar sejak sekolah rendah. Aduhai anak bongsu Etuza..bangkitlah, sedarlah hari ini ayahmu dalam kesedihan, ayahmu dalam keadaan termanggu berfikir kerana selama ini tafsiran ku salah.." Kejayaan itu tidak selalunya dimiliki,tidak selalunya milik kita" "Ada pesaing yang secara diam melonjak hingga terkejut kita sudah ketinggalan jauh" Ya Allah...berilah kami kekuatan, berilah kami semangat untuk betulkan kesilapan. Sesungguhnya Engkau Ya Allah akan mengurniakan kabulkan doa hambaMu yang engkau kehendaki. 
Sedih ini,rasanya nikmat, kerana kesedihan ini Etuza layan dengan merujuk kepada keperluan mengingatiNya, memujiNya dan melepaskan kesedihan dengan doa dan doa kepadaNya. Hapuskan rasa sedih ini Ya Allah..limpahkan keceriaan dan kegembiraan dalam bentuk lain. Kerana rasa sedih ini jika Etuza layan amat menyakitkan.
 Inilah babak sedih dalam kalbu admin Pesona & Mustika. Semoga dalam beberapa minit akan hadir rasa gembira dan bahagia. Pentingnya rasa bahagia kerana itulah nikmat hidup yang paling lazat Etuza kira. wallahualam. Usha bersedih lagi.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

11 ulasan

Mungin sebab Cikgu dan isteri adalah pendidik, pastinya tercalit kekecewaan jika anak2 tidak menepati apa yang kita mahu, lebih2 lagi punyai persaingan dikalangan anak2 rakan sejawat.

Sejujurnya kamipun inginkan anak2 berjaya tapi tidak terlalu memaksa, biarlah mereka belajar di dalam keadaan tenang, tidak stress dan ikut kemampuan, mungkin disebabkan anak2 kami di dalam golongan pertengahan, jadi saya ambil pendekatan positif.

Alhamdulillah kadang2 jangkaan kita tidak menepati sasaran,anak yang kita rasa lemah itu akan membanggakan kita, rezeki mereka tetap ada jika diizinkanNya dan disusuli oleh usaha serta doa restu semua, insya allah kejayaan adalah milik mereka. aamiin..

"Buat Aliya, UA percaya Aliya telah buat yang terbaik, teruskan usaha dan gembirakan hati kedua ibubapa, UA YAKIN ALIYA BOLEH!!!"

@umi alya
ada kebenarnnya..difikir dari segala segi memang banyak faktor final exam kali ini Alya merosot, mustaqikm juga tempat ke 6 ja dengan gred 11 A 2B masih tempat ke 6..dah buat yg terbaik lah juga..terkilan tetap jg top six..anak PK anak guru BM bolot no 1,2,3..

sedih ni ada jg kaitan dengan sikap kami...ada sesetengah kesilapan kami ni UA..kesal pun dah tak berguna.
Ada rasa kecewa yg agak dalam kerana kakak, abang diorang ok ja .

Bersabarlah Etuza, dia masih kecil, masih banyak peluang dan ruang untuk memperbaiki diri. Selalu saya lihat tak semua yang gagal di masa kanak-kanak akan gagal hingga dewasa. Ramai yang sebaliknya. Ada kenalan saya seorang prof Dr di IPTA yang mengaku semasa PMR (dulu SRP) dia cuma dapat 1A, SPM pula cuma 3A tapi berkat usahanya dia berjaya dalam bidangnya dan muncul antara penerima termuda Ph D di tempat dia belajar....

@JR
Ya JR terima kasih ya...

setiap pelajar ada kitaran pasang surutnya... kitaran Allah taala kita tak tahu... palitkan sedikit ilmu usuluddin pada anak2 ya bro tuza :)

semoga anak2 bro tuza menjadi insan yang cemerlang dan bertanggungjawab ...

terima dgn hati terbuka ya cikgu...jgn sedih2...sbb anak cikgu lagi bertambah sedih

kena banyak sabar la CikguEtuza..Takpe anak CIkgu masih belajar ..masih kecil dan masih boleh dibentuk ..Mungkin kali ini dia punya markah urang men=muaskan tapi lain kali insyaallah terbaik hendaknya..sama2 berdoa untuk anak2 ..

Jagan bersedih Cikgu Etuza..jika kita meletak kan harapan yang terlalu tinggi bergitulah jadinya..ada masa kita di atas dan ada masa di bawah..x perlu bersedih..jika keputusan begitu bagi JM sudah cukup bagus ynag penting pendidikan akhlak dan moral harus lebih di beri perhatian.

Jika gagal utk dapat kedudukan 1,2,3 skrg ia buka kayu penngukur utk kecundang pada masa hadapan..jgn stress ye..maybe perlu usaha lagi..

sebenarnya MV pun ada rasa kecewa dgn pendidik skg...mcm anak2 MV keputusan sdh keluar tapi kertas jawapn peperiksaan tak diserahkan...bukannya apa sebagai ibubapa walaupun bukan pendidik..ingin juga menyemak mana tau guru tersalah tanda...macam anak sya dari no.10 jatuh pegi no.24....marah juga dgn dia...tapi dia cakap sudah usaha....terubat sikit rasa kecewa apabila guru kelas dorang bagitau walaupun no yg drg dapat agak jauh tapi keputusan drg semua lulus berbanding ada yg dapat no.5 tapi ada gagal...saya faham perasaaan etuza skg.,.sebab sya pun mengalaminya

kadang2 MV terpaksa cakap @ cerita pengalaman MV dulu..hari2 MV cakap...dulu mama tak pernah dapat nombor lebih daripada 5...start darjah 4 nombor yang mama dapat mesti 1-3...smpilah tingkatan 6...mungkin baru darjah 1 agaknya anak MV...kadang2 iri hati tgk budak naik pentas..huhu

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (436) Ceritaku (421) Berita (381) Agama (371) Dunia Blog (327) Promosi. (301) Doa (296) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (213) Nasihat (205) Pendidikan (205) Kasih sayang (183) Rasa Bahagia (183) Berita Keningau (176) Hadiah (152) Pelancongan (132) Alam Semulajadi (121) Gambar (121) Sejarah (106) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (88) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (64) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Percutian (28) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Perkahwinan (21) Kucing (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger