Adakah Burung Pungguk Itu Rindukan Bulan

Adakah Burung Pungguk Itu Rindukan Bulan

Usah andaikan sesuatu sebelum 
mengetahuinya kenapa?

***Ilusi diminda ini***

gambar pungguk dari google. menjadi 
penghias sekadar cuma.

Sajak : Adakah Burung Pungguk Itu 
Rindukan Bulan?

Karya Cipta Etuza.

Ku lihat di ruang jendela disisiku..
Petang dinihari...
Cahaya senja kian kelabu berlabuh..
Itu tandanya senja maghrib menjelang..
Suara azan akan bergema di lembah Etuza
Membelah redup senja..
Memecah keheningan senja sepi..
Kerana unggas dan manusia 
Kembali mencari sarang di rimba
Dan perteduhan di malam yang pasti..

Tapi sejenak dekat teratak ku ini..
Terdengar bunyi pungguk 
Memecah hening, malam ini..
Semakin ku dengar suara pungguk itu..
Semakin mindaku berilusi..
Ada rasa pertanyaan ...
Mengapa ada pungguk berbunyi malam ini..
Adakah malam pungguk mencari agas malam?
Adakah juga pungguk sesat mencari sarangnya?
Atau kah pungguk hendak berlagu..
Memutarkan hembusan di halkum pungguk?
Memberitahu khabar berita...
Yang tiada pasti...
Atau memang ada sarang pungguk
Dekat teratak ku ini..

Ilusi di minda kala pungguk berlagu..
Malam ini segera ku bunuh demi 
Ku pertahankan keyakinan kudrat dariNya
Keteguhanku kepada yang Esa
Bahawa dengan Dia 
Kita pinta perlindungan..
Dengan dia kita bicara kan 
Apa di minda..
Kita nyatakan kehendak agar ..
Semuanya seperti biasa..
Kerana pungguk itu tidak berdosa..
Kenapa harus di persoalkan..
 Sedangkan pungguk itu ciptaan yang Esa..
Menjadi irama malam nan sepi..
Walaupun ada ilusi rasa tidak menyenangi.

Ya Allah ya Rahim ya Karim..
Kalau betul ada kata bidalan..
Malam kelam ridukan siang..
Malam Kelam pungguk rindukan bulan..
Kami seisi di teratak ini menemukan jawapan
Walau tidak pasti..
Tetapi inilah pengubat ilusi minda..
Bahawa kala malam setiap malam..
Pungguk keluar dari sarang mencari teman..
Pungguk keluar dari sarang mencari makan..
Ketika kita kian diulit mimpi..
Lena di pembaringan 
Mungkin lalu seketika di dahan teduh..

Nota: 
     Sebenarnya betul  ada  pungguk sedang berbunyi  sebaik azan berlepas maghrib tadi.Di kamar mandi begitu jelas kedengarannya Sehingga ada rasa kurang selesa mendengarnya. Alhamdulillah kini dah jam 9.09 malam bunyi pungguk itu sudah tiada..Agaknya pungguk itu sudah dapat makanan.Entahlah Wallahualam ( kita pulangkan pada Allah)

     Biasa jarang pungguk datang rumah Etuza..Ini dah 3 kali Etuza dengar..Pun tak mustahil sebab pokok getah semakin membesar di belakang rumah Etuza.Dekat rumah Etuza malam ini, agak menjadi pertanyaan Etuza..Kenapa ada bunyi pungguk mendayu..Bagaikan sedang memerhati teratak Etuza.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

16 ulasan

Pungguk rindukan bulan..begitu juga kisah cinta aku yang ketika ini rindukan dia yang kini sudah berpunya... =(

terbaik puisi pungguk ni =)

Cikgu tahu tak..bila JM tgk je burung pungguk ni ingatkan burung hantu tau..terus google cari info..nak tahu apa hasilnya ?

selepas cari info dari google ini lah hasilhya

Burung Pungguk atau juga dikenali sebagai burung Hantu Betemak (bahasa Inggeris: Brown Boobook) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Ninox scutulata. [2]

Pungguk (Ninox scutulata) merupakan burung hantu yang merupakan pembiak penetap di Selatan Asia dari India dan timur Sri Lanka ke barat Indonesia dan selatan China.

@At-Tarmizi
At Trmizi..banyakkan sabar ..sesungguhnya kita bebas secara berhati2 memilih yang terbaik untuk kita. Sajak ni..berkenaan pungguk dekat rumah Etuza ya.kuat bunyi pungguk tu..tapi malam kelam tak ada bulan, agaknya lalu ja tu dekat rumah etuza

@Jari Manis
Wah Jm terima kasih dapat juga info kan nama burung hantu atau pungguk ini...
Betul ada burung hantu berbunyi dekat rumah Etuza, tak selesa dengar ..tadi. Keluar terus idea nak buat sajak..ok ke sajak Etuza. hehhee..

pandai beo etuzu bt karya.. nie cikgu bm ker nie? hehe moga2 tidak ada ap2 yg berlaku dan semuanya baik2 shje..

shje kot burung pungguk tu nak memecahkan keheningan malam dgn bunyinya ...

ya..burung pungggk a.k.a burung hantu...kalau nak cakap bagai burung hantu rindukan bulan..tak best pulak,kan..:)

Burung pungguk aka burung hantu spesis sama erk? hi3

@❤Kamsiah❤
Mula2 nak letak "Burung hantu rindukan bulan" tak sedap nanti semua blogger lari hehehe. Pungguk tu ibarat lelaki ke, bulan tu ibarat wanita ke? boleh jadi kedua2nya kan.."bulan rindukan pungguk macam tebalik pula.
Sajak ni merujuk bunyi burung hantu semalam madam Kamsiah dekat rumah. Seram juga dengar tak henti henti..

@Azrin Rahim
Ayie..Etuza ajar DST dab Sejarah tahun 4. Memang sesuai subjek tu dengan Etuza..

Dah lama betul kakcik tak mendengar bunyi pungguk...sejak kampung halaman ditinggalkan....

Assalam..puitis sajak dari Etuza. CP pun rindukan suara pungguk. Dah lama tak dengar suara pungguk

Hana pun dah lama sangat tak dengar bunyi burung pungguk.. Lama ke? mcm tak pernha dgar pun ye jg

Sebenarnya dah lama sangat saya tak denga suaranya, masa kat kampung dulu, bila ia berbunyi, seram sangat rasanya..(maklumlah budak2 ketika itu..)

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger