3 Angka Dan Top Komen Milik Siapa!

3 Angka Dan Top Komen Milik Siapa!

Angka 306 Di Top Comment
Terbaik di blog Pesona & Mustika.

Jari Manis : Travel List
Header blog yang dimiliki oleh
gadis remaja yang sinonim dengan gelaran JM
Jari Manis Blogger yang sangat ceria.
Header blog yang dimiliki oleh
Umi Alya blogger dari Pahang
yang sangat penyayang kepada anak2 
serta bertanggungjawab juga seorang blogger yang mesra maya, suka menolong dan menegur dengan ikhlas.

*Terima kasih JM & UMI ALYA.

Pertamanya Etuza hendak ucapkan terima kasih kepada dua blogger Malaysia ini ( wanita). Pada Etuza mereka cukup baik dan sangat sangat mesra maya. Setiap Entry Etuza ada mereka meletakkan jejak iaitu komen atau ulasan yang memberi motivasi kepada Etuza. Kedua-duannya amat positif dan sangat tinggi ilmu blog mereka. Etuza kagum pada kedua-dua blogger ini. Bukan sahaja pada Etuza mereka drop komen tetapi juga di blog lainnya.
*Sangat Menghargai & Sangat Bersyukur
Kalau melihat komen mereka dalam blog Pesona & Mustika pada malam ini iaitu tepat jam 11.45 minit malam kelihatan drow ( seri ) dengan jumlah ulasan masing2 sebanyak 306. Seperti mereka bersaing antara satu sama lain tetapi hakikatnya mereka tidak menyedari bahawa ulasan mereka kini bertambah dan bertambah dari setiap masa. Mereka sebenarnya ikhlas dan ingin mengikuti perkembangan blog Etuza, sebagaimana Etuza mahu mengikuti tiap paparan blog mereka serta tanpa mengharapkan imbalan sebenarnya.
Dengan ini kepada semua, Etuza hendak kongsikan bahawa Etuza Sangat Menghargai & Sangat Bersyukur  kepada Allah kerana ada insan lain yang suka dan sering memberi sokongan kepada Etuza untuk teruskan blog ini. Bersyukur kerana mereka berdua tidak jemu mata memandang tiap gambar dalam blog pesona, mereka sangat memahami dan sporting, biarpun ada masa teruk ejaan salah  dalam blog Etuza, mereka masih like dan like blog Etuza ini. Etuza berharap mereka juga terus berblog untuk kesejahteraan masyarakat di merata tempat.
                  *Apa Istemewa Dua Blogger Ini
Seperti blogger lain, blog tamplate blog JM dan UMI masing2 ada kelebihan. JM blog  dia sangat menarik kerana blogger JM banyak paparan perkongsian pelancongan di tempat yang menarik. Selain itu JM kaya dengan budi bahasa dan tahu menghormati blogger yang lebih berumur dari JM. Seorang yang mesra dan ceria. Sebab itu Etuza nasihatkan kepada yang belum terjah blog JM sila klik sekarang dan follower blog JM ...mesti anda merasakan JM amat menghargai kita semua.
Tentang UMI ALYA juga mempunyai sifat suka menolong blogger lain, suka memberikan  tips berblog. Dia seorang rajin dan bijak sekali. UMI juga seorang ibu kepada anak yang masih kecil dan memiliki sifat keibuan yang tinggi. Umi Alya telah membuktikan dengan memberi cadangan pembaikan dan menurunkan ilmu mengurus blog Etuza. Inilah kehebatan UMI ALYA dan orang lain.
Dijemput kepada blogger yang belum mengenali mereka sila klik dan baca paparan laman maya JM dan UMI.
Tahnia atas persamaan angka ulasan sebanyak 306 drop.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

15 ulasan

tahniah utk JM dan Umi Alya...kedau2nya mmg diketahui sangat mesra,peramah dan baik hati..

Saya juga suka blog JM dan ada memasukkan namanya dlm blog list saya. Tanpa pengomen-pengomen tegar ini siapalah kita, kan...?

Seronok pula bersaing secara sihat dengan JM.. hi3

Tingginya puji2an yang Cikgu berikan, sebenarnya kami cuma insan kerdil yang tidak punya apa2.


Bagi saya berblog untuk mengisi masa lapang & mengurangkan stress serta meredakan kepenatan setelah seharian bekerja.

Tahniah! Tiada cara terbaik utk mendekatkan diri sesama blogger selain dr BW dan tinggalkan komen. Semoga ikatan ukhwah kekal terjalin.

Tahniah JM dan Alya...

+Cikgu Etuza!!!! terharunya JM bila baca entri ni TETAPI hakikatnya x lah semesra yang cikgu cakapkan tu..mesra sikit2 je eheheeheh

+Alamak....malu lah pulak nanti akan di cop 'MEREBUT" hadiah dari Cikgu huhuhuh

+ Tak PE...JM lepaskan kepada ka Umi Alya..beliau lagi tinggalkan komen hihihi

+ Cikgu Etuza..jgn terlalu memuji..kain yg JM pakai nk dh rasanak terkoyak ahahaah

Tahniah juga kepada kak Umi Alya kerana beliau mmg rajin tinggalkan komen..what can i say...

@umi alya

Kak Umi ...ahahhaha...

@Jari Manis

amboi2 JM, 3 komen sekaligus pada 1 entri.. xderlah JM, akak suka2 jer, bukan nak mengharapkan hadiah ke apa.. komen sebab dah terasa Cikgu Etuza & keluarganya sebagai sahabat di alamaya. Kiranya dekat jer di hati.

xmo apa2 hadiah daa, malu weyhhhhhh, Cikgu Etuza bagi pada sahabat lain pula..

@umi alya

ahakss..kak Umi...byk sgt nk komen..klau taip dalam satu ruang komen jadi panjang so seperate

JM pun dh surrender..nak beri peluang kepada org lain dapat hadiah tu :-)..malu mehh!!

@Jari Manis

Betul tu Cikgu tapi komen tetap komen, tak gitu JM?

@Bunda a.k.a KN

Tahniah buat Bunda juga sebab bertahan lama sebagai seorang "Blogger"..

terima kasih Umi Alya...sekadar mengisi masa lapang jer...disamping menambah ilmu blogging sikit2...

nasi tambah memeriahkan dunia alam maya ni...huhu..sayang semua..

tahniah buat JM & UA...hihi komen jer banyak2 tak kena bayar pun bah

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (435) Ceritaku (420) Berita (380) Agama (370) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (296) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (213) Nasihat (205) Pendidikan (205) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (182) Berita Keningau (176) Hadiah (151) Pelancongan (130) Gambar (120) Alam Semulajadi (119) Sejarah (105) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (87) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (63) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Percutian (26) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Kucing (20) Perkahwinan (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger