Solat Sunat Muakad Usah Remehkan

Entry kali ini Etuza update guna Mobaile Samsung Trend milik Etuza.
Selesai kini solat muakad yang sangat dituntut oleh Allah. Alhamdulillah selesai saja kami jemaah di kampung Penagatan,Keningau semua jemaah  bersalaman antara satu sama lain.Etuza sempat juga ambil berberapa gambar guna Samsung Etuza.Gambar Etuza pula tak cerah..Kawan ambil gambar, tapi tak apa lah bolelah masuk blog updatedkan entry.
Gambar juga adalah dari camera hphone Samsung Etuza yang kini sudah berusia setahun.Syukran

Antara pengisian Khatib ialah :-

                                                          HIKMAH AIDILADHA
  • Bila kita datang berjemaah di surau atau masjid Allah kita dapat bersemuka dengan ramai saudara Islam kita di kampung yang sekian lama kita tidak jumpa. Inilah masa kita bersalam dan saling memohon maaf.
  • Dapat mencucikan jiwa, kerana kita akan mendengar khutbah dari Khotib yang melaksanakan khutbah pada hari itu, dan pasti apabila semua jemaah mendengar dengan khyusuk pasti jiwa kita akan terisi nilai ajaran Islam dan seruan Allah agar bersedekah.
  • Dapat memohon ampun kepada Allah sungguh-sungguh kerana pada ketika ini juga para jemaah haji di Mekah sedang menunaikan ibadah Haji di Arafah Mekah.
  • Amalan bersedekah adalah amal jariah yang menjamin kita kesyurga dan memberkat kan lagi harta benda kita
  • Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
  • Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.
 Ini adalah jemaah shof  1 dan 2
Etuza berada di shof 3 ketika Solat Sunat Hari Raya Haji pagi tadi seawal jam 8.00 pagi bersama anak-anak Etuza
Jemaah solat sunat edul adha
kemudian bersalaman antara satu
sama lain, turut bersama adalah Etuza
dan anak-anak. Setiap satu salaman yang 
ikhlas insha Allah akan gugur satu dosa kita.


Selesai bersalaman sembang seketika
di luar Surau Al Rahim Kampung Penagatan Ulu.
Kelihatan saudaraku Ramian, Cg Ramli 
Saudara Saidin dan menantunya.
Semoga ukuhuwa ini berkekalan.


Catat Ulasan

5 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.