Selangkah Lagi Hijrah Kita

Entry Ke 74 
( Cabaran 100 Entry Oktober 2014)
Hijrah lah kita selangkah demi selangkah diatur demi suatu kesedaran bagi yang hidup di dunia yang bersifat sementara dan kehidupan yang abadi adalah di akhirat nanti.
Hijrahlah selangkah demi selangkah ke hadapan bagi mengelolakan kehidupan yang sementara ini demi kebahagiaan selamanya di akhirat.
Siapa lagi yang boleh dijadikan contoh sekiranya bukan Rasullulah S.A.W. Manusia terbaik yang mampu mengolah kehidupan sementara menjadi lebih bermakna.Nabi Allah pernah berkata, " yang paling cerdas dan mulia di antara umatku adalah mereka yang banyak mengingati mati, lalu mempersiapkan hidup sesudah mati"
Marilah hijrah....dalam membentuk kehidupan lebih baik di dunia, ingatkan juga bahawa kehidupan ituadalah juga demi menjana kehidupan yang lebih baik di akhirat sana. 
Hijrah lah dari aspek :-


 * Malas bekerja
*Suka berangan-angan tanpa usaha
*Dari miskin iman ke iman lebih bertaqwa
*Memperbaharui pemikiran lebih baik
*Dari hasad dengki kesumat..
*Kedekut ke suka bersedekah
*Rajin dan rajin dan rajin..
*Menjaga solat.
InshaAllah

Banner lawa ini - Etuza pinjam dari Google.
Kongsikan apa yang indah di Awal Muharam
*SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH'
SEMOGA TAHUN BARU ISLAM INI MEMBAWA
BANYAK KEBERKATAAN DALAM HIDUP KITA"
AMIN!

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Salam Maal Hijrah 1436

    Moga kita semua dapat berhijrah ke arah lebih baik..

    BalasPadam
  2. As Salam....Salam Maal Hijrah untuk Cik Gu sekeluarga...

    BalasPadam
  3. semoga hijrah kali ini membawa kita ke arah kejayaan...

    BalasPadam
  4. kita berdoa agar kita selamat di dunia menuju akhirat...amin.

    BalasPadam
  5. Salam Maal Hijrah ..Hijrahkan diri kita ke arah yang lebih baik dan bermanfaat ..

    BalasPadam
  6. tak terlambat rasanya nak ucapakan salam maal hijrah

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.