Jam menunjukkan jam 10.15 malam.
Malam masih muda buat entry baru lah dahulu.
Putera Etuza hari ini meminta izin ke Bandar Keningau bersama dengan saudara pupu dia, anak kepada adik isteri Etuza. Ada lah bagi beberapa keping duit nak bagi dia guna makan ke atau beli apa yang dia suka janji beli makanan halal dan dia rasa happy bersosial secara sihat dengan saudara sepupu dia. Kakak bercuti dua bulan sudah balik semula ke Mesir, giliran putera sulung pula balik ke rumah cuti selama sebulan selepas final exam kursus dia bagi sem 2 2014.
Sekitar jam tiga lebih petang dari luar terdengar suara putera Etuza seolah berbual dengan ibunya yang mengambil kain di ampaian jemuran. Seperti kedengaran happy memberitahu khabar kepada ibunya. Dalam hati Etuza apa benda yang menggembirakan dia, beli apa hingga kedengaran sangat happy.Etuza seperti biasa masih duduk membaca wt sup yang silih berganti dari beberapa group yang Etuza join.
Ini Gambar Anak Lelaki Sulung Etuza
Semoga Berolah Kejayaan Di Dunia & Akhirat.
Isteriku datang ke arah seperti ada senyuman manis yang lain Etuza lihat.
" Ha tengok apa ni! ada mobaile handphone baru, mahal harganya ni" Katanya seraya tunjukkan kepada Etuza handphone yang sangat cantik dan kelihatan berjenama Mobile Oppo N5116 Made In China white colour. Dalam hati Etuza mesti mahal, tapi dari mana puteraku itu dapat duit banyak tu membeli mobile baru dia. Risau pula dan terasa ingin tahu.
"Tengok ni boleh gerakkan kamera ke depan ke belakang, klik jauh-jauh pun dapat, inilah handphone idaman saya" Kata puteraku.
"Handphone baru, wah cantik dan sangat terang gambar, mari bapa cuba selfy test bagus ke tidak phone dari China ni" Inilah kata-kata Etuza. Ha tu yang ada gambar di kedua-dua handphone dekat atas entry ini. Gambar gelap tu phone milik Etuza, jenama samsung mobile ja. Sementara gambar Etuza dengan dua orang anak bungsu Etuza adalah mobile baru puteraku.
" Dari mana dapat duit, berapa harganya ni?" Ha baru Etuza bertanya.
" Saya keluarkan duit dari Tajaan Mara saya pa sudah masuk Bank Islam saya, adalah dalam RM 3000 lebih..tu yang saya guna beli phone ni RM 400 saja" Jelas puteraku Ikmal. " Aik!! iya ka..wah tahnia, kena guna sebaik-baik duit tu, kena guna untuk study kamu, kena betul-betul manfaatkan" Ini nasihat ku kepada puteraku.
"Menurut yang saya difahamkan tiap bulan nanti saya dapat RM 500 duit saku untuk kegunaan saya sepanjang kusus" Jelas puteraku lagi. " Syukur alhamdulillah, Allah beri rezeki sempena hari raya haji ni, kalau macam tu kita kena bersyukur sangat kepada Allah, tengok saja secara tiba-tiba dapat berita baik ni" Kata Etuza lagi.
Adalah dalam dua bulan lebih puteraku menunggu lulus permohonan dia kepada Jabatan Mara. Alhamdulillah telah dikabulkan. Syukran.
Inilah berita yang baik kami sekeluarga hari ini.Alhamdulillah, harap puteraku dapat motivasi dengan mendapat biaya dari Jabatan Mara Malaysia.
14 Ulasan
moga jadi anak soleh..salam aidiladha^^
BalasPadamTerima kasih Insha Allah
BalasPadamAsalamualaikum..sekejap lagi kita akan menunaikan solat sunat h haji..semoga solat kita di terima..amin
BalasPadamSalam aidiladha buat cikgu sekeluarga..
BalasPadamSelamat hari raya aidiladha cikgu. Semoga kita sihat selalu. Cikgu ada permintaan. Boleh tukar ka itu tajuk entry 'blog jusri' kepafa 'kebun di belakang rumah' sbb nama tu sesuai pada blog dan ia lebih menyeluruh sifatnya. Terima kadih cikgu.
BalasPadamalhamdulillah . rezeki dari Allah mmg x dijangka cuma manusia tu sedar ke tidak , bersyukur ke tidak . salam aidil adha kepada etuza sekeluarga .
BalasPadamalhamdulillah..sesungguhnya apa yang kita ada adalah rezeki sementara dariNya
BalasPadamtahniah buat anak yg dapat tajaan mara..teruskan usaha untuk belajar
BalasPadamanak lelaki cikgu lagak seperti model...tahniah kerana berjaya ye
BalasPadamTahnia kepada anak dan cikgu etuza sendiri
BalasPadamsinipun putera sulung gak, urmmmm
BalasPadamcamner ni?
@umi alya
BalasPadamDont woory..akak dh masuk salam list yg akan menang trofi tu
@Jari Manisalang2 celup pekasam, bek buat betul2, hi3
BalasPadam@umi alya
BalasPadamkak umi..ye..ye..
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.