Remajaku Semadikan Kenangan Ini

Ucapan salam sebenarnya sentiasa terukir dalam blog Etuza.
Idea apa lagi petang ini sebelum ke pekan Keningau, untuk 
berjumpa dengan kawan-kawan. 

OK rasa sesuai, inilah paparan entry Etuza petang ini.

Inilah Kenangan ketika zaman Remajaku.
Bersama dengan sahabat bernama Hafiz.

Sebagaimana anda, Etuza juga melalui alam remaja, remaja itu saat - saat yang sangat indah. Kita bebas membuat apa sahaja tanpa di kongkong oleh sesiapapun. Asal aktiviti itu aktiviti yang bermanfaat, masa remaja lah saatnya kebebasan yang tiada tara untuk menikmati semuanya. 

Tapi kebebasan bagaimana saat remaja seorang lelaki. Dalam meniti alam remaja memang  situsai ingin berkawan ingin bersahabat sangat tinggi. Dan kita pilihlah ramai kawan tetapi kadangkala ada masa kita merasa hebatnya satu persahabatan yang terjalin. 

Dalam gambar itu, dialah saudara Islamku Hafiz sahabatku ketika sama-sama memulakan kerjaya sebagai seorang Cikgu. Masa itu usia sangat muda dan terasa amat manisnya berkawan-kawan, bermain gitar bersama, menyanyi beramai-ramai, duduk di tangga rumah beramai-ramai dan menyanyi riang ( tapi tidak melalak). Sungguh indah sekali. Masa remaja kenangan paling sukar Etuza lupa ialah Etuza terjatuh dari atas motorsikal dan luka dekat buku lali. Pedih dan huummm!!! rasa nak naik motor untuk memandu tak nak lagi. 

Pandu motorsikal raound kampung keliling kampung bersama sahabat ini. Masih segar di ingatan. Sayang seketika cuma, kini masing - masing haluan Hafiz menikah dengan seorang jururawat kecil molek  Ramlah namanya, di mana Etuza pernah menjadi posmen diorang ( hehehehe). Etuza pula menikah dengan gadis kecil molek juga waktu itu, dialah isteri Etuza hingga saat ini. 

Remaja..biarlah kenangan indah itu segar semula dalam blog Pesona & Mustika ini. Remaja biarlah situasi itu kini dialamai oleh anak-anakku yang kian meniti keremajaan yang maha suci. Kepada semua remaja belasan tahun dan mencecah dua puluhan tahun usahlah disiakan saat remajamu. Isikan dengan pelbagai pengisian jiwa membasahkan iman dan taqwa. Sesungguhnya remaja yang berhemah ialah remaja yang selalu menjaga diri, aurat dan peribadi. Usah menjadi remaja yang hanya mementingkan diri dan sombong terhadap alam kehidupan luar.Maksud Etuza keadaan remaja yang terlalu skemah hingga tidak suka melihat dunia luar, terarah dengan kehidupan dalam lingkungan sendiri hingga minda sukar menerima pandangan orang luar.

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Zaman remaja zaman yang paling mencabar. Banyak sangat dugaannya

    BalasPadam
  2. asalam Nurzakiah H.,hehehe tq..saja ternampak gambar masa remaja ini..

    BalasPadam
  3. Dalam gambar ade kenangan. Hehehe. Ana rasa kalau ana tua nanti, mesti byk kenangan. Kat blog lagii. Ecehhh..^_^ kacak cikgu waktu muda belia. Huhu

    BalasPadam
  4. Hehehe...chome nampak cikgu..ni zaman rock kapak ke..

    BalasPadam
  5. @Ismi Ana
    Biasa saja..semuanya pinjaman,,,tiada yang kekal..yang adalah amalan...Kita Bersyukur kita semua lahit tanpa cacat.

    BalasPadam
  6. Sekali pandang ala2 Retis Shah Reza.. hensem bangat, patut le isteri terpikat, hi3

    BalasPadam
  7. wowo..bergambar dgn penuh gaya seperti model lah..berapa umur cikgu ketika ni...zaman remaja dulu biasalah..naik motosikal keliling kg tu biasa bg remaja lelaki lah :-)

    BalasPadam
  8. sweet memori... hensem juga etuza masa muda dulu yer? :)

    BalasPadam
  9. walaupun sha hanya berumur 24 tahun,
    tetap rindukan zaman2 remaja yang dulu...

    BalasPadam
  10. Dulu hensem sekarang pun masih hensem...mesti ramai gadis yang tergila2kan cikgu masa tu kan?

    BalasPadam
  11. Wahh Cikgu pos gambar zaman muda la ...Hensem gtu hahhaa

    BalasPadam
  12. Ni kenangan zaman lalu la ni kan Cikgu..

    BalasPadam
  13. amboii hensemnya cikgu hehe...mesti jadi idaman anak dara kat kampung masa tu...

    BalasPadam
  14. Setuju dengan Kamsiah, pasti menjadi idaman dara kat kampung, hi3

    BalasPadam
  15. tak ada lah..masa remaja memang semua macam tu..kenangan silam susah nak cerita. hehehe..jadi posmen adalah , anak dara mengurat ala tak ingat lama dah tu.hehehe...lupakan ja

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.