Pengacaraan Cara Santai Menyeronokkan

Biasanya tugas pengacara ada kalanya di berikan 
kepada Etuza. Biasanya tugas ini ramai yang menolak..
kemungkinan kurang yakin dalam mengendalikan majlis 
bagi program tertentu.
Jemput baca sedikit pengalaman Etuza ketika memikul tugas ini.
Gambar Etuza mengacara cara santai..


Tugas sebagai pengacara majlis sebenarnya berat, jika terpaksa memang majlis menjadi huru hara. Biasanya jika Etuza diberi tugas ini, Etuza lebih suka diberitahu awal, kerana akan memudahkan Etuza bersedia memberikan kerjasama.

Etuza tahu ramai pendengar dalam majlis yang dalam kepala mereka mahukan majlis cepat berlalu. Mereka tidak suka jika pengulangan ayat oleh pengacara berlaku, pasti kita akan dituduh pengacara majlis yang membuang masa dan merapu rapu saja. 

Etuza perlukan aturcara seawal mungkin,tujuan hendak mentelaah sedikit tentang perjalanan majlis besar itu.Sebagai pengacara mesti dalam diri tinggi keyakinan, nilai kesabaran dan kena amalkan sikap ikhlas. Selain kaya budi bahasa. ( semua itu Etuza kena terus pelajari dan pelajari). Jika semua bahan aturcara, maklumat majlis dan lengkap butiran ringkas tentang pegawai yang berucap memang seronoklah mengacarakan majlis. Sebab majlis itu akan lancar dan cepat selesai.

Tetapi berbeza dengan mengacara santai seperti dalam gambar pada entry ini. Etuza mengacara santai-santai dalam Majlis Ihya Ramadhan di sekolah Etuza.Memang seronok sebab inilah masa Etuza tunjukkan bakat lebih power lagi.Etuza bebas membuat majlis lebih meriah dan tersurat ilmu hal agama Islam di majlis ihya  Ramadhan ini.Terjalin ukuhuwa fillah sesama muslim muslimah.

Bagaimana pun tips menjadi pengacara yang berjaya ialah :-
1. Bersedia yakin dan berani melontarkan suara.
2. Ikut aturcara katakan yang terdapat dalam aturcara sahaja.
3. Elakkan mengulas terlalu lama pada ucapan pegawai yang menyampaikan ucapan.( atau tak perlu ulasan )
4. Elakkan mengacara ikut emosi, dimana inilah masa pengacara lepas kan geram kepada seseorang.Dalam mengacara ada sisipan sindiran. Ini hal tidak mahu sebagai pengacara.
5. Sediakan pantun-pantun nasihat mudah difahami.
6. Wajib ikhlas menjalankan tugasan sebagai pengacara.
7. Sentiasa positif.

( Inilah serba sedikit infor yang Etuza dapat huraikan tugas sebagai pengacara - InshaAllah semoga dapat membantu kepada orang yang selalunya diberi tugas sebagai pengacara majlis )

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Saya pula kurang berkeyakinan ke depan.. adoiiiiiii, kelemahan diri sendiri yang perlu diakui..

    BalasPadam
  2. Kadang2 terima jemputan mengacara majlis..dua tiga kali fikir..lastly terima dengan niat nak membantu bukan nak glamur. orang dah percayakan kita kena lah galas jg Umi..

    BalasPadam
  3. alamak!! kalau JM Di beri peluang utk jadi pengacara mmg lemah lutut...berdiri kat depan audience tu terus BLANK..nak cakap apa nih..ahaha...public speaking mmg FAILED..mungkin Etuza adalah Cikgu itu bb cool je mengacara majlis dan biasa mengajar budak2 kan

    BalasPadam
  4. Cikgu Etuza x sudi terima ole2 dari JM ke..tak email alamat pun huhuh

    BalasPadam
  5. Asalam JM alamak..lupa..inshaAllah nanti bagi ya..

    BalasPadam
  6. Asalam JM alamak..lupa..inshaAllah nanti bagi ya..

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,
    Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai pengacara. Perlu ada keberanian dan bijak mengulas serta berinteraksi. Persediaan awal perlu jiga majlis formal, terutama dapatkan fakta dan info tentang tetamu dan program.
    Tahniah Etuza...bukan semua orang punya bakat spt anda. :)

    p/s: terima kasih krn letak backlink. Blog Etuza dari dulu sudah berada di My Bloglist :)

    BalasPadam
  8. selitkan sedikit senda gurau / lawak supaya org x bosan ..

    BalasPadam
  9. Saya ada juga di arahkan oleh syarikat untuk menjadi MC. Sama seperti Etuza, saya selesa jika diberitahu awal agar lengkap persediaan. Pantun dan peribahasa kadang2 akan menyerikan lagi pengacaraan kita. Kena tengok majlis juga kan. Kalau ada VIP dan penuh protokol, make it clear simple and attractive. Kalau santai, pengisian menarik dan santai harus di cari.

    BalasPadam
  10. Great sharing...
    Jemput join segmen ni..
    http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/10/9-awesome-blogs-of-month.html

    BalasPadam
  11. sama sya pun selalu jadi MC untuk acara majlis birthday ofis

    BalasPadam
  12. Kalau bunda mahu tergagap2 jadinya terus...

    BalasPadam
  13. belum cukup yakin lagi...takut2 tersalah cakap jer...kena tau dengan siapa kita akan bercakap kan??

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.