Network Blog Global Blogwalking

Masukan Paparan halaman
Sebagai blogger kita kena lah sesekali melihat
paparan halaman blog kita, 
dalam paparan halaman itu akan
kita lihat blog kita sedang di lihat di merata dunia.
Buktinya bukan saja Malaysia tetapi
dari negara di bawah ini sedang menyaksikan
blog kita seperti paparan halaman
blog Etuza ini. Tengok tu termasuk
di Mesir sebanyak 28 paparan halaman
sedang di lihat, dan pastinya paparan halaman global
ini antara yang klik blog Etuza ialah 
puteri Etuza sendiri. Terima kasih
Negara di Dunia yang melihat
paparan blog Etuza ini.
  • Malaysia 679 Amerika Syarikat 135
  • Perancis 29 Mesir 28 India 11
  • United Kingdom Filipina 8 China 7
  • Jerman 6 Brunei 3

  • Ha ini lah khabar dari Mesir untuk Etuza. Besarnya orang Arab ni, pandai juga ikut gaya tangan anak Etuza tu. Terbaiklah pelajar Malaysia di Mesir, boleh jelajah sana-sini dan menyaksikan jejak nabi para ambia yang berjuang meningkatkan dakwah Islam, agama sejagat, agama yang suci.

    Terbaru puteri Etuza ada pergi ke kawasan batu- batu berhala tinggalan zaman pemerintahan Firaun yang di telan bumi segala hartanya. Kini Mesir membiarkan khazana itu untuk dijadikan bahan bukti kepada Dunia bahawa memang kewujudan Firaun yang mengaku Tuhan itu tetap bersemadi di Mesir.Sebab itu juga Mesir menjadi satu Negara pelancongan yang kaya dengan zaman keaggungan para nabi dan pemimpin yang unggul.
    Kata puteri Etuza kawasan ini banyak lagi patung berhala yang masih kukuh. Masih dijaga dan dia kata gerun melihat besarnya batu berhala itu, sampai mendongak nak tinggu.
    Tak nak cerita banyak sekadar itu saja nak cerita, kalau ada infor lebih dari anak lebih juga lah infor Etuza di blog. Harap maklum.
  • Sedikit cerita tentang Firaun..
di petik dari Blog Detik Islam
  • Berkatalah Firaun kepada kaumnya tatkala melihat jalan terbuka bagi mereka di antara dua belah gunung air itu: "Lihat bagaimana lautan terbelah menjadi dua, memberi jalan kepada kami untuk mengejar orang-orang yang melarikan diri itu. Mereka mengira bahawa mereka akan dpt melepaskan dari kejaran dan hukumanku. Mereka tidak mengetahui bahawa perintahku berlaku dan ditaati oleh laut, jgn lagi oleh manusia. Tidakkah ini semuanya membuktikan bahawa aku adalah yang berkuasa yang harus disembah olehmu? "Maka dengan rasa bangga dan sikap sombongnya turunlah Firaun dan bala tenteranya ke dasar laut yang sudah mengering itu melakukan gerak-cepatnya untuk menyusul Musa dan Bani Israil yang sudah berada di tepi bahagian timur sambil menanti hukuman Allah yang telah ditakdirkan terhamba-hamba-Nya yang kafir itu.
    Demikianlah maka setelah Firaun dan bala tenteranya berada di tengah-tengah lautan yang membelah itu, jauh dari ke dua tepinya, tibalah perintah Allah dan kembalilah air yang menggunung itu menutupi jalur jalan yang terbuka di mana Firaun dengan sombongnya sedang memimpin barisan tenteranya mengejar Musa dan Bani israil. Terpendamlah mrk hidup-hidup di dalam perut laut dan berakhirlah riwayat hidup Firaun dan kaumnya untuk menjadi kenangan sejarah dan ibrah bagi generasi-akan datang.
    Bani Israil pengikut-pengikut Nabi Musa masih meragukan kematian Firaun. Mereka masih terpengaruh dengan kenyataan yang ditanamkan oleh Firaun semasa ia berkuasa sebagai raja bahwa dia adalah manusia luar biasa lain drpd yang lain dan bahwa dia akan hidup kekal sebagai tuhan dan tidak akan mati. Khayalan yang masih melekat pd fikiran mrk menjadikan mereka tidak mahu percaya bahawa dengan tenggelamnya, Firaun sudah mati. Mereka menyatakan kepada Musa bahwa Firaun mungkin masih hidup namun di alam lain.
    Nabi Musa berusaha menyakinkan kaumnya bahawa apa yang terfikir oleh mrk tentang Firaun adalah suatu khayalan belaka dan bahwa Firaun sebagai orang biasa telah mati tenggelam akibat pembalasan Allah atas perbuatannya, menentang kekuasaan Allah mendustakan Nabi Musa dan menindaskan serta memperhambakan Bani Israil. Dan setelah melihat dengan mata kepala sendiri, tubuh-tubuh Firaun dan orang-orangnya terapung-apung di permukaan air, hilanglah segala tahayul mrk tentang Firaun dan kesaktiannya.
    Menurut catatan sejarah, bahawa mayat Firaun yang terdampar di pantai diketemukan oleh orang-orang Mesir, lalu diawet hingga utuh sampai sekarang, sebagai mana dpt dilihat di muzium Mesir. Dan gambar gambar yang kami paparkan adalah gambar foto Istana yang begitu dibanggakan dan ditinggalkan oleh Firaun dan para pembantunya.

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Kebanyakan blogwalker saya juga dari Malaysia, dari luar negara tak begitu ramai...

    BalasPadam
  2. Blog saya agak privasi, dengan erti kata lain, tidak mesra pengunjung (tidak ramai yang tau kewujudannya..)

    Insya allah jika terbuka hati, suatu hari dari private kepada umum, buat masa kini, saya lebih senang begini.

    BalasPadam
  3. ada perasaan gembira bila blog kita naik trafik sebenarnya..satu kejayaan luarbiasa dalam berbelog.
    Apapun terserah masing2..

    BalasPadam
  4. Ada anak blajar mesir eh? wahh.. sronoknya dpt blajar luar negara..

    BalasPadam
  5. Ya ada ambil jurusan bidang perubatan..sejak 2012 dapat tawaran kat sana.

    BalasPadam
  6. Ya ada ambil jurusan bidang perubatan..sejak 2012 dapat tawaran kat sana.

    BalasPadam
  7. Blog zumal pelawat dari Malaysia aje belum sampai tahap global ^_^

    BalasPadam
  8. Wahh dah sampai sana .. Seronok jln2 kat negara org .. Selamat menimba ilmu ya ..

    BalasPadam
  9. manis anak dara cikgu disebelah pak arab tu..nampak sangat kita org Asia ni kerdil hehe

    BalasPadam
  10. wah ramai yg datang blog cikgu...wah tinggi org arab kan

    BalasPadam
  11. Seronok pulak sekali dengar sejarah kebangkitan islam ni...dah lama tak membaca....

    Tahniah atas prestasi blog cikgu...semoga maju jaha...

    BalasPadam
  12. blog cikgu makin di kenali nampaknya :-)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.