Nampak Pesona Bunga Kala Maghrib Menjelang

Selamat Malam Semua.
Kala maghrib menjelang Etuza teringin hendak mengambil gambar-gambar bunga dilaman selepas di siram. Etuza klik dan klik sekuntum demi sekuntum. Bila Etuza lihat ada kelainan nampaknya apabila kita memgambil gambar ketika maghrib menjelang.
Cuba tengok beberapa gambar bunga di laman Etuza. Cuba tengok betul-betul..nampak lebih terang dan segar serta memberian energy kala kita melihat merenung bunga2an ini. 
Berbeza pula kelihatannya gambar bunga pada waktu pagi dan tengahari. Di sini Etuza nak kongsikan bahawa kita nampak keindahan bunga lebih terserlah kecantikan dan pesona bunga2an itu.
Bunga ini berguna untuk dijadikan 
warna nasi kerabu ..inilah bunga
tersebut tumbuh menjalar dan melilit 
memang unik warna kelopak juga bersimpul
sangat menarik bunga ini.
Tidak pernah lupus di laman Etuza.


 Bunga Raya yang sangat unik..
nampak corak kelopak seperti 
bunga balung kelihatannya..

Bunga Bawang yang sangat cantik..
Apabila musim kemarau..
bunga bawang akan menyerlahkan
pesonanya..nampak warna purple
yang sangat lembut dan menawan..

 Bunga Lonceng tahan lasak..
Tumbuh memanjang ke langit..
tirus dan bunga berjuntayan pada 
tiap ranting. Memang unik sekali
jenis bunga lonceng ini..

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. wah mesti indah laman etuza dgn pelbagai bunga2 yg cantik...

    BalasPadam
  2. @paridah
    Paridah..memang ada tanam bunga Etuza tukang siram dan jaga..beri baja dan buang rerumput sedang isteri suka tanam ja tapi tak jaga..hehehe

    BalasPadam
  3. untungnya punya kawasan yang luas, nak bercucuk tanampun boleh..

    BalasPadam
  4. @umi alya
    Umi tanah bergeran..cuma ada masa tak terurus, banyak kometman..apapun sedikit kawasan telah diusahakan..
    boleh lah ada reban ayam, kolam .nanti ada bab ikan etuza buat entry ya..

    BalasPadam
  5. bunga utk nawra nasi kerabu tu bunga telang,kan...
    boleh jugak dibuat jus...rebus bunga tu bersama sehelai daun pandan...

    BalasPadam
  6. menarik dan cantik cikgu etuza. saya juga meminati mengambil gambar. kalau ambil gambar bunga pun pasti mengambil gambar macro

    BalasPadam
  7. byk nya pokok bunga di halaman rumah cikgu..mesti nampak ceria je rumah tu..kalau rumah di area kl ni mana ada ruang nk berkebun

    BalasPadam
  8. Assalam..
    Tentu tiap maghrib berseri2 taman cikgu kan..Subhanallah..

    BalasPadam
  9. memang tangan sesuai bercucuk tanam..cantik jer bunga ni..kalau Mak mertua saya nampak mesti dia nak bibitnya

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.