Misi Osaka Jepun Siri 5

Selamat malam semua.
Kali ini entry khas Misi Osaka Jepun siri 5,memaparkan gaya dan style orang Jepun berpakaian.
Etuza melihat orang Jepun cara berpakaian mereka sangat kemas, unik dan berstyle. Jenama pakaian di Jepun sememangnya sangat kualiti serta beraneka style dipadankan lagi dengan cara menyerikan  lagi pakaian mereka dengan meletakkan selindang ke leher, kot serta berbag baik lelaki atau wanita.
Semua rakyat Jepun apabila beriadah di mana-mana gedung membeli belah atau pergi melepak di kawasan yang lapang atau santai Etuza perhatikan semua berkasut dan berstokin baik kanak-kanak, remaja, dewasa atau yang sudah tua.  Mereka akan duduk dengan penuh tenang menghirup udara segar seperti mereka merelexkan minda, mengosongkan diri dengan cara santai di tepi bangunan di taman bunga dan di kawasan rehat di kawasan tertentu. 
Sebagai mengukuhkan pemerhatian Etuza cuba perhatikan gambar - gambar orang Jepun ini, dari segi pakaian dan cara mereka lepak secara aman dan damai. Semua gambar ini Etuza ambil ketika Etuza dan kawan-kawan berada di satu puncak bangunan. Sungguh sejuk kawasan puncak bangunan ini, di hiasi dengan taman mini yang ditanami dengan pokok bunga- bungaan seperti bunga  ros serta di letakkan tempat duduk pelbagai ukiran dan bentuk. Hai..Jepun ni membuat Etuza berkeinginan nak melawat lagi ke Osaka Jepun. Hehehe...



Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Seronoknyer dengar pengalaman cikgu di tempat orang...

    BalasPadam
  2. @umi alya
    kemas mereka berpakaian, tetapi tiap negara ada style pakaian sendiri, macam negara kita kaya dengan nilai ketimuran menjaga aurat

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.