Masih Perlu Cara Lama

Masih Perlu Cara Lama

Bloglis Icon Gratify Kini Telah Rasmi
Dengan Penampilan Blogger Segar Dikalangan Blogger
Wanita. Semoga Ada Blogger Handsome Man Yang
Akan Sama-Sama Sebaris Dengan Blogger Segar Gratify.
Gratify = Etuza ertikan sebagai mereka yang menyenangkan 
dan amat mesra hingga rasa puas dan yakin dengan
adanya usaha ingin tahu mereka itu kita jejaki menerusi 
komentar berhikmah.
Tahnia Owa...Akif Imtiyaz Dah Tersenarai
Dalam Icon Gratifay.
harap like ya Blogger Lya.
Semakin mantap blogger ni..
tak percaya sila terjah sekarang !!
*****************
Masih kah perlu cara lama ini? Album gambar!
Etuza letak gambar album kenangan Etuza sewaktu pergi melancong di Osaka Jepun. Etuza tak kira berapa kos nak cuci gambar selain letak dalam pc dan cdrom untuk kenangan kami sekeluarga. Dan semestinya ada juga Etuza kongsikan ke dalam blog ini untuk dikongsi kepada pengunjung blog ini. Andai ada ilmu dan pengalaman bermakna menjadi satu rasa kesedaran dan motivasi dalam perkongsian  di blog ini, kita lah semua yang mendapat rahmatNya.


Pada Etuza masihkah sesuai nak buat album gambar ni masa sekarang? Etuza berpendapat, amalan ini dari dahulu hingga sekarang rasanya masih terbaik untuk diamalkan. Kalau gambar dalam komputer simpan lama-lama akan hilang dan tidak akan dapat dikesan lagi. Kerana itu Etuza sentiasa menyiapkan satu album jika ada kenangan yang amat berguna untuk kenangan masa depan genarasi kita.

Berkenaan dengan banner "Saya Berjaya" cari lah anda berada di mana dalam kehidupan anda. Hendak bercita-cita kena buat sesuatu tindakan usaha yang tulus agar " Saya Berjaya" itu anda kecapi.

Etuza nak pesan, andai apa sahaja sesuatu pekerjaan atau sebagainya kita amalkan sentiasa beralasan pasti tidak akan kita kecapi kejayaan. Sebagai contoh usaha untuk berblog. Apa niat berblog kena tahu, dengan itu tiada alasan blog tak update. Semua itu Etuza sudah alami, betul jika kita sudah tidak mahu buat dah tak minat tambah pula ada perasaan malas akan jadilah blog itu hanyut dek masa dan semakin ke dalam dan ke dalam tanpa kesan dalam pembacaan maya. Blog akan kehilangan pembaca dan peminat berkurangan. Itulah pengalaman Etuza apabila sekian lama tak update blog sendiri.

Untuk itu banner "Saya Berjaya" dengan ikhlas Etuza kongsikan kepada semua. Dan sekali lagi Etuza nak ucapkan  tahnia kepada 5 Ikon Gratify dalam bloglist paling bersinar dalam blog Etuza.


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

13 ulasan

Yeyyy Tersenarai hehehe ..Thanks Cikgu Etuza,..Lya suka suka suka .. Saya suka saya suka ( Baca cam Mei mei Upin Ipin tu ya ) hehehe

Thanks Cikgu Etuza selalu singgah Blog Lya ..Blog Lya biasa2 jer ..

Terima kasih Lya, anda memnag blogger yang sangat bagus...anda hargai pengunjung dan buktinya Lya drop komen..tahnia

Wah kemain lg Lya ya, meh dok sebaris ngn kami... ( tak tau le kami dpt bertahan ke tak? kot hangat2 tahi ayam jer, hi3)

Oh ya saya setuju dengan cara cikgu, kenangan tak luput ditelan zaman.

Umi tak apa, jalinan ukuhuwa tu yang penting..anytime saja nak update terjah blog ni kalau laju cepat2 lompat lompat ja ke blog blog ..hehehe

Sha memang kalau ada rumah sendiri, ada anak semua nanti... nak buat album... tak syiok hanya simpan dalam pendrive... cara lama masih berguna...

bg saya,membelek album tak sama feelnya dgn menatap gambar dalam folder pc/laptop...gambar2 dalam album lebih touching..

tahniah kepada akif imtiyaz kerana terpilih..beliau mmg rajin blog walking

bagi JM boleh je masuk gambar2 ke dalam album sgb kenangan buat anak2 dan cucu nanti..tapi lagi cantik kalau buat photobook..gambar lebih berkualiti dan tahan lama...x mudah kabur dan di telan usia

Dah lama tak cuci gambar masuk album gambar sejak ada cara baru ni...kalau ada pun cuci besar untuk di framkan besar2 digantung didinding...

Namun begitu album gambar yang lama2 masih tersimpan baik sebagai kenangan..

hari ni cuti deepavali, jadi saya nak baca entri yang tercicir padahal tugasan rasmi ada bawa balik ke rumah, kononnya nak siapkan juga.. insya allah boleh sambil bersantai2..

(cari masa nak kemaskan rumah lagi, hi3..)

Paling banyak saya cuci anak sulung, yang lain2 sikit jer, terasa rugi pula..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (433) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (368) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (294) Info Lelaki (266) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (212) Nasihat (205) Pendidikan (203) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (179) Berita Keningau (173) Hadiah (150) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Sejarah (103) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (85) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (24) Haiwan (22) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Makanan (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger