Entry Ke 79
(Cabaran 100 Entry Oktober 2014)
Etuza sekeluarga baru selesai membaca kan surah Yasin selepas solat ishak. Alhamdulillah selepas Yasin dibacakan oleh Ismat Afif. Nampaknya Afif sudah lancar membaca doa ( Afif - Putera ke 3 ). Etuza sengaja memberi arahan kepada Afif seselesai membacakan Yasin. Bacaan Yasin bersempena Maal Hijrah yang akan bermula esok.
Kepada rakan blogger sila klik Nakhoda Nurani kerana dalam blog Engku Mujahidin ada posting Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun. Kita baca doa ini semoga kehidupan lebih bermakna. Amin.
Ok Entry ke 79 apa terkandung? Ha ni Etuza nak kongsikan lukisan wajah Etuza yang di lukis oleh tangan Isteri Etuza sendiri pada tahun 90 an. Tak sangka kini lukisan ini telah pecah rekod bertahan dalam pc Etuza, baru tadi terklik dalam folder picture. Tapi dalam blog Pesona Etuza pun gambar lukisan wajah mirip Etuza ini juga ada Etuza kongsikan.
Pandai juga isteri Etuza melukis ni. Etuza sangat hargainya, inilah lukisan yang dia beri masa awal perkenalan kami. Yang sangat menarik anak-anak Etuza juga sempat sehingga kini melihat lukisan wajah Etuza ini. Hehehe...awak ada tak kenangan macam Etuza..ngeee!!!
Ikhlas Etuza kongsikan untuk
teman maya.
11 Ulasan
romantiknya, moga ikatan itu berkekalan hingga ke akhirnya.. aamiin
BalasPadamUmi Terima kasih..blog ni seperti dairi kita..sebab itu kita simpan gambar agar anak2 nanti dapat tengok zaman berzaman )
BalasPadamkenangan masa lalu yang menjadi indah..
BalasPadamSejarah masa lalu ..
BalasPadamSalam Maal Hijrah buat Cikgu Etuza sekeluarga
BalasPadamWah wah wah pandai isteri Cikgu Etuza melukis ya ..Cantik lukisannya ..Mesti berseni orangnya kan Cikgu
BalasPadamWow....romantik ni.
BalasPadamSilap haribulan boleh dapat tajaan romantika hehe gurau saja cikgu etuza...
saling menghargai satu sama lain mampu mewujudkan kebahagiaan dalam rumahtangga
Wow....romantik ni.
BalasPadamSilap haribulan boleh dapat tajaan romantika hehe gurau saja cikgu etuza...
saling menghargai satu sama lain mampu mewujudkan kebahagiaan dalam rumahtangga
Wahh siap ada ayat2 cinta lagi kat situ hehehe ..Romantik betulla Isteri CIkgu Etuza nie..
BalasPadamromantik..wah berbakat kakak melukis ya..kirim salam sama dia....
BalasPadamwaduh waduh..handome bangat..nasib baik dh kawin hahaha...pandai isteri cikgu melukis..mmg berseni tul hasil tangan nya..JM sekadar nk lukis org lidi boleh lah
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.