Lepak Depan Game Tumpak Sekaki

Happynya melihat anak-anak gembira.
Bila mereka ada kesdeihan Etuza terasa tempias kesedihan itu.

Etuza petang ini akan pergi ke kampung suami kakak ipar, berziarah mereka bersama isteri. Menunggu loading yang sangat slow membantutkan blogwalking Etuza dari blog ke blog, lebih baik Etuza buatkan satu Entry baru menghias laman Pesona & Mustika ini.
Terfikir nak buat entry apa!..menarik ke tidak entry Etuza? ada tak yang klik untuk kongsi kan entry baru itu. Klik album dalam picture di komputer acer Etuza. Ternampak kenangan bersama anak-anak ketika pergi ke Center Point Kota Kinabalu, kami lepak di satu shop game kalau tak silap di tingkat 3. Bersebelahan dengan kedai buku Eaton.
Kepada anda ini lah kenangan anak-anak, usah terlalu kongkong mereka dengan membataskan sosial mereka. Etuza faham naluri anak-anak inginkan kebebasan yang mampu menggembirakan mereka.

Kami suami isteri turut melihat anak-anak bermain game, kelihatan mereka sangat seronok, saat melihat mereka seronok Etuza juga merasakan keseronokan itu. Senyum mereka adalah kebahagiaan Etuza. Hahaha..apa yang terjadi Etuza juga turut lepak depan game bermain bersama, tapi tidak sepantas dan sepandai anak-anak Etuza. Suasana binggit di shop game tu memang binggit, bising dengan jerit pekik yang tak puas hati, yang nak marah dan yang kesal pun ada kerana ada antara kalangan kanak-kanak lain atau remaja lain gagal mengendalikan  permainan pada skrin game itu. Hehehe..kalau dua, tiga kali ke sini memang kesan pendengaran jadi rosak. Jadi tak apa...beli game dari CD, bagi anak-anak main di komputer di rumah. Aman lagi dan tenang, kalau selalu ke sini memang Etuza kurang bersetuju. Hehehe...tapi ibubapa lain lain kot pendirian.

  Lain pula cerita kalau anak remaja perempuan, selalu dengar mereka berkongsi pengalaman mereka dengan Etuza di sekolah. Ada keadaan yang sedih , bila mereka bersedih Etuza terasa sedih juga. manakan tidak jika anak kita kadang-kadang di sakiti oleh orang lain, disakiti dengan sindiran di sakiti dengan pakain dicuri,tudung dicuri dan ada kala makanan yang ada juga turut dicuri. Etuza mendengar agak kesal, bila ketahui ada pelajar asrama yang bersikap panjang tangan dan tidak kisah dengan perasaan orang lain.
Biasanya Etuza dalam hal ini memberi motivasi dan nasihat kepada anak agar terima keadaan itu dengan hati yang positif. Kalau tidak diketahui siapa yang mengambilnya, maka rujuklah pihak warden sekolah, jika dapat diselesaikan maka bersyukurlah dan harus hati-hati pada hari-hari lain agar tidak lagi berlaku pakaian di curi dan sebagainya. Jika masih tidak dijumpai kena lah redha dan akhirnya Etuza juga yang kena beli untuk menggantikan pakaiannya yang hilang.
Apakan daya...sudah takdir anak perempuan Etuza kehilangan pakaian pengawas dan pernah kehilangan pakaian seragam PPIM...sedih juga keadaan macam ini. 
ok itulah gambar2 kenangan anak-anak Etuza bila Etuza bawa ke shop game di Center Point Kota Kinabalu. Sesekali..banyak kali tak dapat lah ..hehehe..
              

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Bila anak2 suka kita pon gembira jugak kan CCikgu Etuza..

    BalasPadam
  2. Bab anak2 dok asrama, kain baju hilang bagi saya perkara biasa daa..

    Pernah anak dara berkhemah, dok di khemah bersama senior.. Diarahkan semua junior keluarkan semua bekalan untuk dimakan bersama2 sedangkan dia langsung tidak bawa bekal.

    Bagi saya jika minta elok2 ok jer tapi menggunakan 'paksaan..' "bawa keluarkan semua makanan yang ada tu, tak perlu nak simpan2, jangan kedekut sangat", lebih kurang gitulah ayat yang digunakan, panasnya hati....

    BalasPadam
  3. Assalam..terbaik Etuza..sentiasa menggembirakan anak2..

    BalasPadam
  4. Contoh yang terbaik cikgu etuza teman anak-anak bermain game. Lebih baik dari mereka pergi sendirian

    saya tag Cikgu etuza disini

    BalasPadam
  5. Luangkan masa dengan anak2 lebih berharga..

    BalasPadam
  6. Bebudak memang suka main game2 camni. Bagus la brader Etuza ni, ayah mithali gitu. :D semoga anak2 menjadi anak2 yg soleh dan solehah yang akan membalas jasa mak/ayahnye. :)

    BalasPadam
  7. Salam singgah malam cikgu...mengembirakan anak2 adalah perkara paling penting bagi kedua ibubapa...

    BalasPadam
  8. lama suda tak ke center point...dulu masa tinggal di likas selalu juga ke sana..hari tu balik tawau tak sempat pulak tunggu buka center point sebab dah bergegas nak ke airport...

    BalasPadam
  9. sesekali bawak anak2 pergi main game ni mmg best release tention. JM pun pernah bawak adik2 pegi main game gini..last-last JM pun join sekaki hahaha

    BalasPadam
  10. tak ingat lah dulu umur berapa baru jejak kaki masuk tempat main game macam ni.. dengan parents jangan harap le bhahaha..

    BalasPadam
  11. Bersantai dengan anak2 mengeratkan tali silahturrahim dan kasih sayang.....

    BalasPadam
  12. tak tahannya, duit banyak melayang tanpa diduga..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.