Kongsikan Blog Dengan Isteri Anda & Sebaliknya

 Ada Entry Lagi!

Apa khabar semua blogger dan pembaca maya! harap ceria dan bahagia sentiasa. 
Etuza terpanggil hendak ke udarakan Entry ini, lama dah terperap dalam hati, malam ini terzahirlah semua ilusi dan sedikit persoalan di minda Etuza.
Kalau remaja lelaki dan perempuan berblog jadi blogger tiada lah masalah sangat ya. Tapi bagaimana dengan mereka yang jadi BLOGGER tetapi suami isteri. Agaknya lah jika kedua-dua minat blog, suka blog dan tak selesa jika tak online blog! apa cerita nya. Tentu ada masalah yang berlaku. Cuma Etuza terfikir Blogger yang sudah bersuami atau beristeri mereka itu Etuza anggap blogger yang BIJAK, ya bijak mengatur masa sebagaimana Etuza. Sebab itu jarang benar malah belum pernah Etuza terbaca entry yang menyatakan RUNGUTAN oleh blogger tentang pasangan masing2 apabila jadi blogger tegar. 
Bagi Etuza memang Etuza yang paling gemar berblog berbanding isteri, lebih kurang situasi di bawah keadaannya apa Etuza buat dan apa isteri Etuza buat dalam masa yang sama.
Bila Etuza Berblog
1. Awal pagi lepas subuh Etuza online tunggu Isteri menyediakan juadah sarapan pagi.
( Etuza berblog / isteri memasak)
2. Asal ada masa senggang Etuza berblog, tunggu upload gambar ( agak memakan masa upload gambar ) Etuza akan bangtu isteri sapu lantai ruang tamu.Sempat juga tu..
( Etuza menyapu rumah / isteri sedang mebasuh pakaian pula)
3. Masa petang Etuza berblog, isteri di dapur sediakan juadah makan malam.
( Etuza berblog/ Isteri memasak )
4. Etuza berbelog kelihatan isteri menonton berita semasa dekat TV.
( Etuza berblog/ isteri menonton TV )
Ha kalau Etuza tak berbelog tak perlu cerita lah, masing - masing membuat apa yang patut baru aman rumahtangga.
Selesai Berblog
1. Selesai berblog Etuza biasanya akan mengajak isteri melihat paparan blog Etuza, memberitahu isteri tentang siapa datang komen blog Etuza.
2. Etuza beritahu isteri kelebihan berblog, dapat ilmu ICT dan dapat ramai kawan sesama BLOGGER  jauh dan dekat.
3. Etuza ajak isteri baca entry2 kawan-kawan terutama resepi dan peristiwa semasa di mana-mana.
4. Etuza ajarkan isteri klik mana-mana patut diklik dan baca Entry Etuza..ini mejadikan blog kita bukan peribadi kita tetapi dikongsi dengan suri rumahtangga kita.
5. Etuza minta izin dengan isteri masukkan masakan isteri yang dikira terbaik dan minta siapkan sekali dengan resipi.
6. Etuza setiap hari meminta agar isteri baca dan lihat gambar2 dalam blog Etuza.

Kepada semua blogger wanita dan lelaki jika sudah berkeluarga USAH lupa kongsikan blog entry anda dengan pasangan masing2. Baru harmoni dan mengelak fitnah serta salah faham isteri.




Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Suami saya tidak minat berblog,tidak akan baca blog(walaupun diminta berkali2,jika di 'paksa' dia tengok sepintas lalu jer) tapi sentiasa bagi semangat untuk update blog, lagipun kebanyakan entri berkisarkan anak bongsu kesayangannya, sekurang2nya ia sebagai kenangan di suatu hari nanti.

    Antara kami tiada apa yang perlu dirahsiakan, maklumlah dia sentiasa bersama.

    Pernah saya suarakan hasrat hati untuk berhenti menjadi seorang blogger, maklumlah kadang2 idea kelaut dan disebabkan kekangan masa tapi dia beri semangat untuk teruskan.

    Biasanya saya update entri di awal pagi (setelah selesai memasak)sementara menunggu dia balik dari masjid & Alya bangun tidur @ selepas waktu pejabat/ malam..

    Siang hari amat jarang sekali tulis entri kecuali ketika cuti rehat ataupun hujung minggu.

    Di Pejabat saya jarang2 buka blog(tidak akan sesekali guna komputer pejabat)kecuali setelah badan penat & stress, kiranya untuk rehatkan minda, buka dan baca entri kawan2 seketika, kalau ada mood tinggalkan komen, kalau tidak silent reader cuma.

    Berblog adalah terapi terbaik jika kita stress, percayalah..

    BalasPadam
  2. Oh ya.. saya setuju jika ada resepi yang lazat, bolehlah berkongsi di sini, bolehlah saya cuba memasak untuk keluarga.

    BalasPadam
  3. @umi alya
    Asalm..itulah Etuza kata kita ni dah ada kebijakan masing2, tahnia dan Syabas umi..memang begitulah caranya.
    Etuza lebih suka berblog, isteri suka blog tapi tak minat nak buat entry2 katanya biar suami ja buat. Sama lah dengan Umi..minat blog lebih kepada Umi dan Umi bijak dalam kendalikan hal2 lain disamping berblog. Di sekolah memang Etuza buka blog..tapi ketiak jam 10.pagi hingga jam 10.30 pagi..sempat ke tak sempat buat entry etuza..hingga siap..bukan lama pun..lagipun x ganggu kelas.

    BalasPadam
  4. Wahhh..thumbs up untuk cikgu Etuza.
    Pasti wife cikgu pun tgh baca komen saya ni.
    Saya suka cara/pembahagian masa yang dilakukan.
    Tetap setia membantu isteri walaupun masa berblog.
    Harap Cikgu & isteri bahagia hingga ke syurga.

    BalasPadam
  5. suami saya pun ada blog..malah semua anak2 kecuali yg bongsu tu..ada blog..tp semuanya tak aktif mcm saya...
    saya berblog sewaktu berseorangan kat rumah waktu pagi...tiada masalah malah suami memberi sokongan..

    BalasPadam
  6. Sama la Lya pon gtu..biasa klau en hubby kat rumah dia tgk sekali pa yg kita tuliss..atau lepas publish mmg dia la yg tgk dlu..Apa2 yg kita buat jgn membelakangkan padangan kita..InsyaAllah berkat hidup berumahtangga..

    BalasPadam
  7. Saya tak pernah beritau isteri saya ada blog. Jika saya sedang khusyuk depan laptop pun dia tak pernah tanya apa saya buat. Mungkin yang penting baginya saya jalankan tugas rumah tangga - sesekali memasak ketika dia tak ada di rumah, setiap hari membantunya di dapur bila dia ada di rumah, setiap hari bersihkan rumah, setiap hari mencuci dan menjemur pakaian, mungkin itu sudah memadai baginya...hehehehe..

    BalasPadam
  8. bagus cara cikgu etuza ni...bagi yg sudah berkeluarga perlu bijak membahagi kan masaa jgn asyik ber blog dan lupa orang tersayang..lain lah JM ni kekadang lepas isyak until 12 mlm baru selesai dgn urusan blog ni..kekadang lupa nk mkn..nasib baik hidu[ bujang hahaha

    BalasPadam
  9. ahahahaah...JM suka cara bro JR tu..pandai ambil hati ye

    BalasPadam
  10. Baguslah macam tu Cikgu...takada personal sangat blog tu...boleh berkongsi pendapat dan idea...

    Tiada apa yang nak diselindung dalam blog tu...kalu sama2 faham kerjaya seorang Blogger aman damai rumah tangga dan perhubungan suami isteri...

    Tapi bunda dah tak ada suami...balu..berkongsi ngn anak2 jak lah..

    BalasPadam
  11. Biasa klau ada masa terluang kat pjbat en hubby akan baca entri kat blog..kdg2 ada teguran dan kdg2 ada pujian..

    BalasPadam
  12. MV berblog mmg suami tahu..sebab tiba2 MV suru masukkan cek dalam bank ..dia tanya duit apa...MV cakap duit blog..cuma gambar dia kalau nak masukkan kena bagitau ...hihi minta izin

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.