Keunikan Bahasa Alam

Keunikan Bahasa Alam

30hb Sept 2014, perjalanan menuju ke Kota Kinabalu dengan melalui Jalan Kimanis.Sepanjang perjalanan Etuza melihat persekitaran dan suasana Banjaran Crocer yang sangat luas. Kadang kala Etuza ambil langkah letakkan kereta di bahu jalan untuk berehat. Terasa hendak mengantuk apabila memandu terlalu jauh. Memang Keningau dengan Kota Kinabalu mencecah seratus lebih kilometer. 

Apabila berehat dan keluar untuk sedut udara segar sambil melihat pergunungan Banjaran Crocer, Etuza terlihat kuntuman bunga alam yang sungguh mempersona. Etuza tidak kenal apakah nama bunga alam itu tetapi pada kelopak bunga itu terlihat keunikan dan kecantikan yang sangat menarik perhatian. (Spesis Orkid)Gambar bunga alam di yang anda lihat adalah bungaan yang Etuza maksudkan. Cantik sekali. 


Subahanallah / Cantiknya CiptaanMu
Dua spesis bunga ini adalah saling berbeza, saling menampakkan ciri dan bentuk bunga yang berbeza. Alam yang luas ini sesungguhnya diciptakan oleh Allah, kita mampu mencipta bangunan dan pelbagai alat kemudahan kita, tetapi ilmu pengetahuan kita itu sangat terhad. Melihat bunga alam yang indah ini, seolah kita tdak lagi ada hak untuk pertikaikan kebesaranNya, tetapi kita kumpul segenap keyakinan bahawa Allah mampu adakan apa saja yang kita tidak mampu buat di alam dunia ini. 
Kepada anda, amalkan lah apabila melihat sesuatu yang memberi anda ketenangan bersegeralah melihat dan memahami kehebatan Allah seperti melihat keunikan dan pesona bunga-bunga alam, pada bunga itu terlihat:-
* Kehebatan kuasa Allah
* Allah mencipta semua yang unik, cantik dan seburuk-buruk benda di alam ini.
* Allah menguji kita yakni kala melihat keunikan bunga adakah kita mensyukuri dan mengingati Dia yang menciptanya.
* Allah wujudkan apa yang indah agar kita memuji Allah.
* Allah beri peluang untuk kita menikmati kecantikan bunga ciptaannya, kita membiakkannya menjaganya dan menyayangi bunga alam itu. 

Ucapkanlah Subahanallah apabila melihat keindahan alam semulajadi, bersyukur ke hadratNya kerana kita diberi peluang menikmati keindahan alam semahu kita sepuas hati kita.


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

9 ulasan

dua2 tu spesis orkid cikgu...

nice sharing..follow blog ni..^^

Assalamualaikum dan singgah pagi cikgu...memang jauh perjalanan...Dari Sandakan ke Kota Kinabalu pun jauh sangat...tapi sepanjang perjalanan tu memang bnyak kita dapat melihat keindahan ciptaanNya..

Assalammualaikum...etuza,

subhanallah.. cantik sungguh bunga ciptaanNya.. terpersona etuza mselim3 memandangnya..

mselim3

pls: paling suka bunga orkid..

Ow...Mardiah Diana orang sandakan..rupanya...tq, kita blogger sabah. Sabah boleh bah

Memang cantik bunga2 orkid itu ditambah pula teknik photography yang tepat seakan hidup gambarnya...
Subhanallah..

sentiasa bersyukur dgn nikmat kurniaan Allah yang banyak tidak terkira

Semfoni alam mmg mengujakan cikgu.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (431) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (364) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger