Inilah Manusia Tidak Pernah Puas

"Jangan kisah apa orang kata, janji diri kita bahagia" -Irfan Khairi.

Bagi anda adakah kata-kata ini perlu kita sematkan dalam minda kita. Kepada anda semua ungkapan ini kita perlu pandang pada sudut ke arah lebih positif. Usah telan 100% kerana pada Etuza Irfan Khairi menyatakan kata-kata azimat ini untuk situasi dan keadaan di mana kata-kata ini sesuai kita amalkan. Contohnya :

1. Situasi kita berada dalam lingkungan orang yang saling membanding bandingkan kita dengan orang lain. Atau membandingkan dia dengan orang lain. Ha ..cabut lari..kita tak boleh lama dalam lingkungan itu.

2. Kita dah berusaha sedaya upaya masih ada orang pertikai kemampuan kita, bukan itu sahaja kita disindir bagai lagi. Ok sini lah letaknya "jangan kisah" sebab buktinya kita dah berusaha.

3. Kita cadangkan perkara baik untuk kemajuan semua pihak, tapi kita dengar macam-macam kata-kata yang menyakitkan hati yang bertujuan nak lemahkan kita..ha sini jangan kisahlah kata-kata dia sebab kita berada di jalan yang betul. Kita tak buat salah sama orang, kita diberi persetujuan untuk projek kita atau apa juga perancangan.

Pada Etuza saya terima kata-kata Irfan Khairi tetapi biar bertempat tidak boleh 100% terima kata-kata ini, kerana ada masanya kita kena KISAH juga pandangan orang kata-kata orang tetapi kata-kata yang memberi impak baik kepada kita dan organisasi. Dan satu hal lagi, ada keadaan kita kena kisah pandangan dan kata-kata nagetif orang untuk kita jadikan azimat untuk berjaya, buktikan kita mampu dan ada potensi seperti orang lain. Kan Allah suka hambaNya yang mahu berusaha menyahut sesuatu cabaran.( ngee!! ini Mind Etuza ja)

Tara!!!!! Bab Berblog!!! anda kena baca ni!!

Ha dalam bertbelog ni Etuza dan cuba ubah tamplet, ubah macam-macam hanya header blog tak ubah tapi dah ada dah tambahan pada header blog Etuza, tengok betul-betul. 

Tapi...dalam mencari yang terbaik Etuza tak temui kepuasan sebenar, masih ada yang Etuza tak puas hati pada persembahan blog Etuza ni. Kadang-kadang nak kekal tamplet yang lama la pula pun ada dalam mind Etuza. Sebab menurut Etuza tamplet lama pun ada kelebihannya. Susah nak cakap ni...Sebab itu tajuk entry kali ini berbunyi "Inilah Manusia Tidak Pernah Puas" Ini merujuk kepada Etuza sendiri yang masih tak puas dengan paparan blog Etuza yang baru ini. 

Hahaha...akhirnya Etuza simpulkan sebenarnya dalam hidup ini, tidak ada yang sempurna melainkan kesempurnaan itu hak Allah. Selain itu Etuza akur dan terima apa yang ada, blog Etuza seperti ini Etuza bersyukur sangat. Hanya satu nak cakap bukan paparan blog cantik lawa anggun canggih macho bagainya yang jadi ukuran tetapi niat kita berblog hanya hendak menyalurkan INFORMASI hanya hendak menzahirkan info hal pengalaman masing-masing. Etuza terima hakikat bahawa tamplet lama Etuza itu ada kelebihan dan kelemahannya begitu juga tamplet blog baru Etuza ada kelebihan dan tetap ada kelemahannya. Akhirnya Etuza akur redha...Alhamdulillah...setakat mana itulah kemampuan ilmu yang ada, tetapi kita usah putus asa teruskan belajar berbelog dan bertanya kepada blogger Malaysia yang dah berilmu tinggi dalam dunia blog. 


            

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. jika dikritik secara membina...saya terima dengan hati terbuka..memperbaiki diri...tp jika dikritik dgn tujuan menjatuhkan..menghina...seolah dia ja yg pandai..yg betul..org lain semua salah...bye-bye..saya tak perlukan org mcm tu dalam hidup saya..baik saya bergaul dgn mereka yg sentiasa positif dan menghargai ukhuwah..

    BalasPadam
  2. Etuza sependapat dgn madam kamsiah..betul..baik kita tak payah kisah dengan orang macam tu. Kita pulangkan kepada Allah. Moga kita terhindar dari sikap yg tak baik. Amin

    BalasPadam
  3. Kena tengok juga apa orang kata. Tentu tak adil kita terlalu mementingkan diri mencari bahagia sendiri dengan mengorbankan kebahagiaan ramai orang yang menderita akibat kebahagiaan kita...

    BalasPadam
  4. Betul tu Cikgu Etuza ..Kita ni kalau buat sesuatu yang kita suka selagi tak nampak elok kat mata kita selagi tu la kita rasa tak puas..Selagi tu la kita rasa nak teruskan usaha teruskan lagi untuk buat yang terbaik .. Walau apapon org kata kat kita tak perlu nak pandang sangat sebab kata2 orang ni kita tak boleh nak jangka sangat .Ada yang suka ada yg tak suka ..Terserah kita nak menilai mana yang [erlu kita utamakan ..

    BalasPadam
  5. Kita ni kalau nak terus maju kena kekalkan usaha ..Tak perlu nak ambik tahu sangat apa yang iorg kata tapi fikirkan apa yang kita buat itu bermanfaat atau[pon tidak ..

    BalasPadam
  6. Betul tu Etuza..Ungkapan di atas tu kena baca dari sudut positif. namun kalau ada yang tak kena atau perlakuan buruk yang kita lakukan dan ada orang nasihat, kena kisah. Ianya untuk kebaikan kita...kena pandai menilai antara yang baik dan yang buruk..

    BalasPadam
  7. Assalam Etuza..
    Untuk berjaya kita harus menelan semua kata-kata orang. Yang positif dijadikan panduan yang negatif dijadikan sempadan. Kita bukannya sempurna

    BalasPadam
  8. Jangan dikisah semua, kecuali difitnah..saman terus..:)

    BalasPadam
  9. Kena kisah juga jika ada orang mengata tentang keluarga kita..jaga maruah bukan apa..perbetul kalau ada yang menyimpang dari perkara sebenar....

    BalasPadam
  10. ya lah..dari kita ja menanagnainya...biasalah dalam hidup pasti ada ja yg kita dengar.
    Macam blog COB dah terjag dan baca ke entry blog COB..hehehe

    BalasPadam
  11. Dah nampak improvement blog ini . tahniah etuza

    BalasPadam
  12. tempplate lama ke baru ke JM x kisah..yg penting ISI nya :-)

    BalasPadam
  13. kalau blog cantik dan colourfull tapi isi nya kosong x menarik minat utk di baca..huhhu

    BalasPadam
  14. wahhhhh makin cantik tapi agak kekok sebab sudah sebati dengan PESONA.. warna warnikan identiti Cikgu

    BalasPadam
  15. ehm betul kadang2 kita kena ambil kisah apa org kata..takut kita tergelincir dari landasan kehidupan

    BalasPadam
  16. owh! dah tukar baru lagi blog cik gu...padan lah ada rasa lain sikit masa bunda nak komen di henfon...kurang selesa sikit...

    BalasPadam
  17. kadang2 nak buat tak kisah dengan kritikan tapi sebagai manusia normal, kadang2 ia mengganggu kehidupan..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.