"Hai Cikgu Blog" Terima Kasih

Selamat pagi semua. Harap sihat dan ceria.
Firstly : Nak minta maaf sangat-sangat jika
ada kesilapan Etuza sepanjang berblog dan
juga kepada rakan sekerja di tempat Etuza
bertugas. Saya orang biasa yang banyak 
kekurangan. Maafi saya. Dan saya memang
jenis orang yang selalu memaafkan. Terima kasih.

Hahah!!! nampak kah tu Cikgu Blog. Gelaran ini tiba-tiba amatku rindui, amat ku senangi dan setiap hari Etuza dengar dari mulut seorang rakan guru, siapa tu ha! nampak tak gambar guru wanita baju maron tu. Berkaca mata gelap tu. Ha nilah guru yang sering panggil Etuza "Hai Cikgu Blog!" wow!. 
Tapi kini tiada lagi ku dengar gelaran itu, cuma hari tu terjumpa dia di Pejabat Pelajaran Daerah Keningau,sekali lagi terungkap "Cikgu Blog". Masa tu Etuza tersesat tempat Ceramah Majlis Perasmian Hari Malaysia peringkat Daerah Keningau. Ini lah guru yang baik itu, namanya Stepheny Francis, dialah guru wanita yang mempopularkan Etuza sebagai penggiat blog di Keningau, sebab dalam kursus pun dia gelar saya Cikgu Blog. 
Saya faham dia beri gelaran Cikgu Blog kepada Etuza, dia faham saya minat blog, dia faham sangat saya ada entry updated pada blog peribadi Etuza, dia faham bahawa guru perpustakaan harus ada blog setidak-tidaknya tempat menzahirkan sedikit pengalaman bersama guru-guru di tempat Etuza bekerja. Tapi sebenarnya Etuza tidak berkemahiran yang tinggi dalam aspek kendalikan blog, hanya asas sahaja, banyak sebenarnya kena belajar blog ni . Jadi gelaran Cikgu Blog itu saya terima tetapi bukan Cikgu Blog yang tinggi kemahiran berbelog. Harap maklum.
Cg Stephany khas untukmu : Tahnia, Syabas dan Syukur Alhamdulillah di atas anugerah Cg Stephany naik pangkat bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah, Keningau kini tahun 2014.
Cg. Maafkan saya dan isteri saya ya, jika ada kesalahan saya, mohon maafkan saya, halalkah semua yang kami termakan terminum dari pemberian ikhlas cikgu. Saya sedar saya siapa, hambaNya yang lemah dan banyak kekurangan. Hanya apabila dalam keadaan semangat berkobar2 dan dalam keadaan sangat memberikan sokongan kepada organisasi tertunjuklah situasi keadaan di mana perlakuan saya agak terlebih2. Saya malu sebenarnya kepada Allah atas apa juga kealpaan saya. Cg.Stephany F. Semoga maju jaya dalam kerjaya seorang pentadbir di PPD Keningau, Sabah.Salam ingatan dari kami warga SK. Penagatan.Terima kasih Cigu Stephany Francis. Jasamu di kenang selalu. Kalau jumpa saya nak dengar " Hai Cikgu Blog". Hehehe...

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Alamak sedih jua tak ada yang suka ke entry ni, tak apa lah saya suka ..best juga bila kena gelar cikgu blog walhal masih sempit ilmu blog ..

    BalasPadam
  2. kami ada tinggalkan komen masa kotak ulasan google+, hilang sudaa..

    BalasPadam
  3. ow macam ada tu Umi tengok tu google + tu boleh klik dekat catat ulasan

    BalasPadam
  4. tahniah buat cikgu stephenie yg dinaikkn pangkat

    BalasPadam
  5. uniknya..hai cikgu blog ahakss...ok lah tu dapat gelaran camtu..mmg cikgu rajin update blog pun..x sempat nk kejar..byk entri yg JM perlu khatam nih

    BalasPadam
  6. hai cikgu blog.. ;)
    anak2 murid takde pulak panggil macam tu ye cikgu.. ;)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.