Gimik Jalur Gemilang

"Tuah ayam nampak di kaki, tuahnya manusia tidak siapa yang tahu"
"Berani kerana benar takut kerana salah"
Renung-renungkan kata - kata ini.

Setiap tahun negara kita akan menyambut bulan kemerdekaan, semua negeri-negeri di Malaysia masing-masing akan menyambut bulan kemerdekaan dengan penuh gemilang. Kalau tahun ini logo " Di sini lahirnya sebuah cinta " kelihatan amat cantik dan kreatif sekali.

Di sekolah Etuza juga setiap tahun ada majlis sambutan kemerdekaan dan paling nyata dan mudah kita laksanakan ialah warga guru dan murid -murid di sekolah Etuza akan membuat aktiviti kibarkan jalur gemilang juga memacakkan tiang pada jalur gemilang di hadapan dan pagar sekolah.




Inilah antara pengisian sempena perasmian penutupan bulan kemerdekaan di sekolah Etuza. Gimik Jalur Gemilang ini, idea dicetuskan oleh Etuza. Iaitu puzzle Jalur Gemilang dengan diakhiri oleh Guru Besar untuk melengkapkan Jalur Gemilang hingga sempurna. Inilah situasi Gimik Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan di sekolah Etuza.



Nah tengok sudah siap dengan sempurna Jalur Gemilang. Selepas jalur gemilang ini siap[ semua guru dan murid bertepuk tangan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!.
"Inilah bukti kami di Pedalaman Sabah menunjukkan kami cinta Malaysia, kami bangga hidup di Malaysia, terima kasih Malaysia, terima kasih Malaysia Negaraku tercinta.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. bagi IM tanda cintakan negara ialah sikap kita yang praktikal terhadap kebajikan tanahair.

    paling mudah contoh ialah buang sampah, pemanduan di jalan raya atau bila bertemu ideologi dengan yang bertentangan dengan kita...

    BalasPadam
  2. masa nak sambut merdeka..sibuklah anak2 cari bendera utk dibawa kesekolah...lagu2 patriotik dihafal utk dinyanyikan ..

    BalasPadam
  3. Asalamualaikum ..penat tukar tamplate lagi lah Blog Etuza..sampai bersengkang mata..nak caro seo lagi mantap ha inilah pilihan Etuza...suka tak

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.