Dua Jenis Sumber Makanan Hari Ini

Sumber Makanan 1 
Jeruk Buah Bambangan 
( Jeruk buatan adik dari Taman Jutaya Keningau )
Pagi hari ini, katanya datang ke rumah ambil jeruk bambangan ( bahasa Kadazan Dusun ) ada 9 centenar minta jual kat gerai mama di kampung. Nampaknya adik dan suami dia berangkat hari ini  ke Airport Kota Kinabalu, untuk flight ke Kuala Lumpur menghadiri konvokesyen Master mereka berdua. 
Etuza bawa lah satu nak test, asam ke tak..lada padi tu belum di picitkan lagi, rasa terliur juga nampak makanan tradisional Sabahan ni. Jeruk Bambangan, sira putih tu Etuza tak pasti dari apa, sebab tak sempat berbual dengan adik.Nak cepat. Baru makan tengahari etuza test..memang ada rasa asam manis, belum letak lada padi hehehe...Sesuai dimakan bagi yang nak kurang kan tekanan darah tinggi, ha ni lah makanan asam.

Sumber 2
( Buah betik masak atas pokok depan rumah Etuza)
Sejak hari isnin Etuza tengok sudah mulai kekuningan, hari ini hari Jumaat nampak semua kuning emas. Mujur tak di rosakkan oleh ulat atau serangga perosak, tupai ke burung atau serangga lain. Mesti takut nak dekat betik masak indah ni, maklum saja depan rumah. Asalnya anak benih betik ni Etuza beli dari benih kacukan atau betik jenis kawin ( betik yang cepat berbuah , rendang dan bentuk bujur panjang buah )
Memang penjual benih betik ni tak bohong apa yang dia cakap memang betul. Serendah anak kecil 7 tahun tinggi pokok betiik ni sudah berbuah, tapi berbuah 2 atau 3  biji pada mulanya. Kini agak tinggi dan rimbun buah betik ini sekarang. 
Etuza petik dan Etuza juga lah yang tolong anak-anak bersihkan kulit dan potong kecil-kecil, jika tidak tak cukup nanti ada yang merajuk.Wah! dapat makan buah betik untuk pelawas, memang gembira makan betik masak dari pokok tanaman sendiri.
Berbaloi berbudi pada tanah, dapat makan buah manis yang lazat. 

Cantik isi betik ini..siap untuk dimakan bersama
seisi keluarga..
Sangat baik dimakan untuk dijadiakan pelawas ( mengatasi sembelit )
ini lah buah betik jika tidak gunakan buah pisang.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. untungnya tinggal didesa...petik buah2an dari pokok sendiri..segar dan bebas bahan kimia

    BalasPadam
  2. @❤Kamsiah❤
    Betul ..memang banyak kelebihna jika di desa..

    BalasPadam
  3. teringin sangat nak rasa buah bambangan tu :)

    BalasPadam
  4. Oh ya lupa nak tanya resepi jeruk bambangan, mintalah isteri kongsi resepi dengan kami semua.. Plzzzz.. ( ala2 orang mengidam gitu..)

    BalasPadam
  5. Jeruk buah bambangan?..mcm mana rupa buat tu...

    BalasPadam
  6. JM pun suka makan betil tapi biasanya betil yg di tanam sendiri lebih manis kan..beli betik sepotog pun dah seringgit..kalau mknyg tanam sendiri leh mkn puas2

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.