Di Kerusi Belakang Etuza Duduk

Di Kerusi Belakang Etuza Duduk

 Jam kini menunjukkan 12.45 am, malam semakin larut, dan sepatutnya kita perlu beradu merehatkan diri.

Etuza tertarik hendak ceritakan pengalaman Etuza semasa kursus di SMK Gunsanad 2, Keningau dua minggu yang lalu.

Kami kursus di bilik gerakan atau bilik mesyuarat di SMK Gunsanad 2. Siapa kurang sihat semput juga naik tangga naik ke tingkat 2 tu.

Awal pagi kursus Etuza ternampak kucing ( Dalam Gambar )cantik bulu kucing ni gemuk dan ekor panjang. Tak pasti kucing tu apa jentinanya. Etuza memang tertarik tengok kucing tersebut, sebab di rumah Etuza ada banyak kucing. Kucing hitam mendominasi banyak. 

Sepanjang kursus dari pagi hingga petang Etuza tak perasan pada awalnya kucing ini sedang berada di atas kerusi kosong di belakang Etuza. Kawan dekat Etuza duduk Cikgu Samuel namanya juga suka pelihara kucing. Katanya kucing tu di tak bagi masuk rumah tapi di luar rumah dan ada tempat tinggal di luar belakang dapur katanya.

Bila Etuza melihat ke belakang rupanya kucing tu betul-betul berada di belakang Etuza duduk. Tidur hingga habis kursus. Pelik juga Etuza, kami berkursus tu ada masa riuh dengan joke kawan-kawan yang memang kaki joke. Joke ala ala raja lawak, tapi kucing tu langsung tak gerak. Nenyek sungguh kucing tu. Tengok lah gambar posisi cantik dia tudur amat unik kelihatannya. 

Bila kami semua nak beredar, Etuza lihat kucing tu bergerak menggeliat, macam tahu ja kami akan menutup pintu bilik gerakan untuk balik ke rumah. Dalam hati Etuza berkata, hai kucing awak tahu ja time kami kursus dah habis baru awak tersedar dan keluar di bilik gerakan ni. " Kucing pun pandai ya pergi kursus" Sebenarnya kucing tu kucing terbiar di SMK Gunsanad 2, Keningau. Pasti dia dapat makanan dari pembekal makanan di asrama pelajar SMK Gunsanad, Keningau tu. Tu sebab cantik dan gebu ja kucing ni.

Gambar 2 tu ha itu lah situasi group Etuza sedang berbincang tentang penyediaan RPH bagi mata pelajaran Kadazan Dusun tahun 5. Di belakang Etuza lah tu kucing nenyak tidur atas kerusi kosong.

Yang sedang menaip tu berbaju batik hijau namanya Jusri dari sekolah paling jauh SK. Pohon Batu, Nabawan. Berasal dari Kampung Johan Jaya Sook, Keningau. Cikgu Jusri ni ada blog. Dan Etuza sangat seronok dan happy menemui dia kerana hingga kini kami saling berhubung melalui blog. Etuza perkenalkan blog milik Jusri ialah http://komoiborosbkd.blogspot.com/ cuba lah anda klik. ada lagi  blog milik Cg Jusri yang bertema kan sayur-sayuran, paling Etuza suka tengok pelbagai sayur ditanam. Blog itu ialah Kebun Di Belakang Rumah

Semoga persahabatan kami akan berkekalan, insha Allah kepada anda jika terjah blog sahabatku Jusri sila follow. Harap Maklum.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

11 ulasan

Saya juga suka kucing. Di rumah kami memelihara seekor kucing yang dipanggil Jebat. Dia seekor kucing yang agak berisi kerana kuat makan...hehehehe...

x nak ambil pelihara ke kucing tu cikgu :-)

JM tak kucing dalam keadaan sangat sihat so ..banyak kucing kat rumah..tak ambil lah JM

Comel sgt meow tu... Blog Cikgu Jusri dalam bahasa kadazandusun.. xfaham :P hihihihhi...

Comel sgt meow tu... Blog Cikgu Jusri dalam bahasa kadazandusun.. xfaham :P hihihihhi...

memang best bela kucing. tapi sekarang rasa belum mahu bela lagi. Risau bulu kucing yang banyak brguguran

Kami pernah bela dua ekor kucing...lama dah...sekor jantan sekor betina...

Dalam dok sayang2 sekor mati ...sekor lagi hilang...nanges bunda dan anak2... lepas tu tak nak bela lagi dah...

Sama la.CP pun minat kucing jugak..cuma tak dapat bela banyak sebab tinggal kawasan perumahan.

dia pun nak join kursus tu juga...cuma malu2 kucing...hehehe...mata je lelap...telinga pasang :)

Comelnya kucing tu..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (431) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (364) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger