Cubalah Rasa Terbukti Berkhasiat

Iqra bacalah dengan niat ingin menambahkan ilmu.
Dan sampaikan walau sepatah

Kenal kah anda dengan buah ini. Ha ini gambar hirisan buah naga merah yang sudah masak ranum. Hirisan ini telah dilakukan oleh isteri Etuza dan dihidangkan untuk Etuza bersama isteri tersayang.Al kisah akhirnya Etuza termakan juga buah naga, buah naga ...berat ni..Makan buah naga!!! hehehe......hummmm!!! rupanya amat BERKHASIAT, terbukti dengan pengalaman Etuza memakannya dan anda!! cubalah pula...
Suatu petang Etuza pergi ke rumah mak Etuza, mak Etuza ni ada kedai kecil di kampung. Tempat mencari rezeki dan inilah bidang perniagaan kecil-kecilan yang memang mak Etuza minat sejak dahulu. Masa tu ada seorang ibu sebaya umur Etuza. Etuza ternampak dua buah biji naga yang sederhana masak, nampak cantik dan sempurna tanpa bintik hitam pada luar buah naga itu. Etuza seperti tertarik hendak mengenali buah naga itu, pada mulanya nak ambil gambar nanti dan masukkan sebagai entry blog Etuza ini. 
" Buah naga ni berkhasiat, bila kita makan atau minum jus boleh AWET MUDA" Kata ibu sebaya umur Etuza itu, ternyata buah naga merah itu miliknya dan memang hendak dijual dengan tumpangkan di kedai mak.
" Murah ja ni, RM 1 saja beiji, boleh buat jus" Katanya lagi.

Oleh sebab Etuza ada nait nak ambil, Etuza pun belilah buah naga dia.
Sampai di rumah Etuza letak lah di atas meja di dapur, tanpa pengetahuan isteri buah naga itu akhirnya tersorok pada tempat yang Etuza tak nampak dan isteri juga tak nampak, kerana buah itu disimpan pada lain tempat oleh anak gadis Etuza.

Suatu petang Etuza dihidangkan dengan segelas jus buah naga merah, pekat merah jus tersebut dan kelihatan biji-biji halus menghias jus buah naga merah itu. "Awak minumlah jus buah naga awak ni, masak ranum mujur saya nampak, jika tak membusuk lah dalam almari tu, buat apa beli buah naga kemudian sorokkan" Inilah kata-kata isteri Etuza sambil menghulur segelas jus buah naga itu. 

Dipendekkan cerita, Etuza minumlah jus buah naga itu yang selama usia Etuza inilah pertama kalinya Etuza menikmati buah naga ini. Tiap kali Etuza terlihat buah naga di pasaraya atau di supermarket Etuza tak lalu nak beli, tak lalu nak makan, tak lalu nak sentuh pun, sebab kulit buah naga ini kelihatan kasar serta berkelopak. Etuza rasa pelik sebenarnya buah ini pada awal penemuan Etuza suatu masa dahulu. Rupanya di desa Etuza ada yang kini buah naga telah menghasilkan buah naga itu dan mulai menjualnya. Satu kemajuan di desa kelahiran Etuza.

Wah! selepas beberapa minit meneguk jus buah naga merah itu Etuza rasa lebih bertenaga, lebih segar dan rasa ada peningkatan kesihatan, rasa seolah bertenaga tu Etuza rasa ketara, Etuza juga rasa lebih ceria kerana kemungkinan kesan khasiat buah naga merah itu. Jus buah naga tidak diletakkan gula dan perasa lain, hanya air biasa dan buah naga yang ranum. Kesimpulannya sah lah buah naga ini bukan lagi pelik bagi Etuza tapi  buah yang terbaik dan sungguh berkhasiat dan ya AWET MUDA.Etuza nak lagi bila ada kesempatan nampak buah naga yang fresh!!.

Anda nak info 10 khasiat buah naga sila klik
Blog Sobri Yaacob 
Penerangan lebih jelas tentang khasiat
buan naga akan anda ketahui.

Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Saya suka buah naga yang isinya berwarna merah.. lebih manis dan sedap..

    BalasPadam
  2. Umi memang berkhasiat..Etuza rasa khasiat tu..first time minum bersama isteri..hehehe anak2 tak nak pula minum..

    BalasPadam
  3. hee merah punya lagi manis kott cikgu
    ayu sllu je makan sbb atok sedara ade pokok nie
    tapi belum pernah bt air lagi

    BalasPadam
  4. buah naga mmg byk khasiat . cepat rasa kenyang pun ya juga ...

    BalasPadam
  5. ya betul berkhasiat ruh=gi tak amalkan..

    BalasPadam
  6. Hehehe Lya dan anak2 suka yang isi warna merah ungu2 tuuu..sedaapp manis sangat ... Kalau buat air pon sedapp

    BalasPadam
  7. Memang sedap. Zumal suka kalau buat jus ^_^

    BalasPadam
  8. betul ke isi meraah lebih banyak khasiat berbanding isi putih?

    BalasPadam
  9. betul ke isi meraah lebih banyak khasiat berbanding isi putih?

    BalasPadam
  10. saya kalau makan buah ni..2 biji pun boleh habis sorg2 makan..sbb ianya tak manis sangat...sedap...buat jus atau buat jeli pun sedap..

    BalasPadam
  11. Jus buah naga ni banyak khasiatnya. Buat salad pun sedap buah naga ni

    BalasPadam
  12. Assalam Cikgu. Saya follow di sini juga. Oh, dekat dengan rumah saya ada satu ladang buah naga. Kami selalu ke situ untuk borong terutamanya yang warna merah. Memang sedap. Sejuk sentiasa. Kadang2, kami belah dua saja tanpa dikupas kulitnya, dan beri sorang sebelah. Makan dengan cara mencedok isinya dengan sudu saja. Sangat epik. Cubalah nanti.

    BalasPadam
  13. Tak pernah cuba jus buah naga lagi.. biasanya belah dan makan gitu je.. makan bersama family memang menyeronokkan..

    BalasPadam
  14. cikgu nak amik apa pun silakan..dihalalkan..

    ari ni saya cuba buat 2 entri..mula2 mengenai denggi..tp 2 entri bersambung..panjang berjela jadinya..saya cuba godek2...padam itu padam ini..last2 hilang entri pasal denggi..cari kat draffsemua takde hehe

    BalasPadam
  15. Betul Aziela..kak pun makan cara begitu. Terasa kesegarannya. Sedap dalam santai katakan...

    BalasPadam
  16. JM pun suka buah ni..but jus pun sodappp

    BalasPadam
  17. Bukan saja sedap dan berkhasiat...tetapi rupanya pun cantik...

    BalasPadam
  18. Kita suka dragon fruit especially yang warna merah. Sweet & fresh...

    BalasPadam
  19. memang best buah naga ini cikgu etuza.

    Cuma harganya agak mahal masa mula-mula memasuki pasaran.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.