Belajar Dari Anak Nak Gred A

Belajar Dari Anak Nak Gred A

Baru balik ke rumah dari surau tunaikan Solat Jumaat bersama anak-anak Etuza.

Terfikir nak saratkan 
blog dengan Entry lagi di hari Jumaat penghulu segala hari, dan hari yang sebaik-baiknya dalam segala hari. Muliakan hari jumaat kerana banyak peristiwa melibatkan hari jumaat dan sejarah Dunia dan sejarah Islam. Antaranya hari Jumaat di keluarkan Nabi Adam ke Dunia oleh Allah. Dan banyak lagi hal peristiwa lain.


Entry kali ini merujuk kepada cara bagaimana nak memilih restoran yang benar-benar memberikan kepuasana kepada kita. 

Bagi Etuza antara aktiviti yang memberi rasa kebahagiaan kepada anak-anak ialah dengan membawa mereka makan sesekali di restoran terkenal. Pasti anak-anak akan gembira apabila menikamati makanan di restoran yang mereka pilih sendiri. 

Suatu hari Etuza diberitahu oleh anak lelaki Etuza yang ke empat, berumur 16 tahun masa sekarang ni dan berada di tingkatan 4. Katanya macam ini " Makan di restoran ni bagus tapi kalau saya, saya akan pilih restoran yang Gred A tau!" Katanya. Etuza tak pernah terfikir bab gred restoran ni, yang Etuza tahu jika makanan sedap beri puas hati layanan pekerja restoran tu bagus dari segi kepantasan menghidang kan juadah Etuza akan selalu lah datang makan di restoran tersebut.

Kenapa pilih restoran gred A? Ha ini jawapan anak lelaki Etuza yang ke 4 tu. " Bersih, dari segi tandas dan kualiti kebersihan makanan, dapur pun mereka jaga dengan baik, kan Jabatan Kesihatan Awam datang menyelia dan membuat pemeriksaan, ada restoran dapat Gred B, jadi mestilah kurang bersih tu restoran" Alamak betul juga pendapat anak lelaki Etuza tu. " jadi restoran mana nak pergi ni yang gred A tu mana? " Tanya Etuza pula. " Ada RESTORAN NURJANA  barisan Hotel Ria..ha gred A tu bapa " sepantas dia memberikan jawapan. Owa.....baru sedar rupanya anak-anak Etuza kini dah pandai menilai dan membuat kita berfikir sejenak. Ini yang di katakan si Ayah Belajar Dari Sudut Pandang Seorang Anak. Kan Etuza dah terkena ni.

Ok past cerita ini. Sekali lagi Etuza dapat satu lagi pengalaman tentang restoran ni. Etuza di area Keningau ada berkunjung ke sebuah Restoran iaitu AL FATH RESTORAN & CATERING. Pemilik Restoran ini Etuza kenal dan ada kaitan bau-bau bacang persaudaraan. Pemilik Restoran ini ialah Pn Farinah & En. Masri Mahadi.

Restoran ini pada Etuza sangat hebat kerana ada menyediakan bilik untuk SOLAT dan ini memang memudahkan kita untuk Solat apabila tiba masa solat. Selain itu restoran ini bersih dan hidangan pun boleh tahan sedap. Pilih lah juadah yang anda mahukan ada siap di letakkan di dinding hadapan restoran ini beserta dengan nama menu makanan. Best tak! ha ini lah restoran yang menepati kehendak anak Etuza. Rerstoran ini masih baru tetapi insha Allah akan ramai pengunjung restoran ini kerana mutu layanan juga mantap.

Kepada anda apakah pula jenis dan gred restoran pilihan anda. Selamat menjamu selera di restoran. Ok selesai Entry.

 ( Blogwalking akan Etuza laksanakan pada malam ini, Etuza berada di Pekan Keningau menemani isteri ke Hospital rawatan Nuraliya kurang sihat ) Dah nak balik rumah ni, kepada anda...selamat berbelog.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

17 ulasan

assalamualaikum...mmg menarik ni..:)

Sesetengah anak muda sekarang lebih pantas dan berfikir jauh dari kita yang dewasa.....
Alhamdulillah...

Tentunya Gred A tapi susah nak dapatkan restoran Gred A, biasanya B, C jarang2...

@umi alya

Umi alya..ada gred A di Keningau tu restoran Nurjanah satu satunya yang kami jumpai, tandas pun bagus bersih

ada sesetengah perkara kita rasa x perlu ambil tahu sbb x ptg tapi bagi mrk perkara itu ptg . ikut individu lah ...

semoga isteri cepat sembuh...aamiin

Selalu kita makan restoran nak cari yang sedap2.. bijak anak Etuza.. tak terfikir saya ttg gred restoran. memang spatutnya kebersihan didahulukan untuk kesihatan.. bagus2

itu idea anak Etuza, sebetulnya mana2 pun ok..sekadar Etuza bercerita ja pasal naluri anak Etuza tu. Apapun ada juga nilai kata2nya tu..kebersihan penting bukan sembaranag nak membeli..

setuju...pilih restoranh yg telah di GRED kan..terutama yg di GRED A sah bersih,,,makanan bersih baru badan sihat tul tak

bagi saya gred apa pun gerai atau restoren tersebut, yang paling baik adalah warga kerja serta pemilik restoren adalah seorang yang menjaga solat. Itu paling baik.

BIla jaga solat maka ia akan jaga yang lain, seperti kebersihan, amanah, dan lain lain lagi

maaf saya komen seperti diatas, sebab pernah terlihat gerai yang bersih dan gred A membiarkan pelanggan membasuh tangan dan di singki ketika itu terdpaat ayam yang bakal digunakan untuk dibuat masakan.

aRz..alhamdulillah Etuza faham komen2 yg ada tu, semua berbentuk muhasabah dan fahaman masing2 apabila membaca penulisan blog kita. Hal restoran gred A pilihan sekadar info yang tak merungkai segala aspek pada sesebuah restoran.Etuza tak nilai semua .
Etuza terbuka ..tak apa2 ya aRz..
komen lah apa saja ..bila ada yang kurang faham bertindaklah bertanya..inshaAllah ukuhuwa blowalking tidak akan disalah gunakakan. Insha Allah

GRED A pastinya terbaik .... thanks sharingkat sini ya Cikgu Etuza

Kalau kita suka jer tapi tak tahu Gred pon susah jugak ..Lya kalau keluar cth dah dekat nak maghrib mmg akanpilih restoran yang ada surau dan bersih ..senang boleh solat dulu baru terjah makan ..

Menu dorang mesti A gak yer ^_^

Bab2 makan di kedai, saya memang cerewet berbeza dengan bapanya.. pastinya akan nilai dari semua sudut..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger