Ayat Power Dari Putera - Putera Etuza

Salam Sejahtera ! Semoga Ceria Di Hari Sabtu
Buget Sudah Tahu, Tugas Kita Laksanakan Kehidupan 
Seperti Biasa Dengan Selalu Bertawakal Selepas Berusaha.
Pesan Etuza Untuk Diri Sendiri & Untuk Semua!
Terima Dengan Hati Terbuka Apa Juga Rezeki Yang Ada.
Dan Sentiasalah Positifkan Diri.

Entry Nak Kata Apa Ni!
******************
(bukan nak ugut ya!)
*Sesiapa ada anak kena baca!
*Sesiapa masih bujang harap baca!
*Manalah tahu ada tips didikan 
anak lelaki..betul kan!
*****************
Ada teman blogger yang sudah tahu dan kenal anak-anak Etuza 4 perempuan dan 3 lelaki. Ha hari ini sebagai menghias posting blog Etuza mari sini kenalkan lagi 3 orang putera Etuza ( Belahan Jiwaku )...tidak dinafikan Etuza sangat menyayangi mereka ini. Mereka lah penghibur hati, merekalah teman kala duka dan teman bila ada rasa bahagia. Etuza melihat memang berbagai ragam ada ku lihat dalam diri mereka, tetapi Etuza faham situasi mereka yang semakin meningkat remaja kini.

Nick Irfan ha ini anak lelaki Etuza yang kedua. Gambar ini kenangan dia semasa di tahun 6 2010 jika tidak silap. UPSR result dia waktu itu 2A dan 3B saja. Kini dah tingkatan 4 dan PMR pada tahun 2013. Bersekolah di Sekolah Menengah Agama, Ranau hingga 2013 dan kini berpindah di Sekolah Menengah Keningau. Setiap kali hantar di ke sekolah memang Irfan tidak lupa menghulur salam tangan ayahnya ini.Dan Etuza berpesan agar hormati guru, beri salam bila berselisih dengan guru dan rajin lah tolong guru jika guru Irfan meminta tolong. Usah sombong berkawan lah dengan siapa sahaja dan usah memandang rendah pada orang lain, kerana kita juga ada kelemahan sendiri. Kalau ada ujian dan peperiksaan ingat lah dahulu kebesaran Allah sesungguhnya apabila kita ada kesusahan bila kita ingat Allah kita akan dipandang oleh Allah dan kita dirahmati. Yakinlah bahawa bila kita selalu baik, kita akan mendapat ramai kawan. Jaga diri dan ingat selalu pesan ayah. Inilah pesanan Etuza kepada semua anak-anakku ketika pergi ke sekolah. Insha Allah semoga anak-anak ku dan anak-anak teman blogger lain mendapat perlindungan dariNya .
Suatu hari Nick Irfan berkata pada Etuza " Bapa ada group whatssap keluarga bapa kan! apa kata bapa ubah nama group whatsaap bapa macam ini, MOHON SAMPAI JANNAHMU  tambah perkataan SAMPAI saja sebab group whatsaap bapa hanya MOHON JANNAHMU.. kan bagus bunyinya tu pa"  Ya Allah hu rabbi memang sedap tu, jadi lah group whatsaap Etuza adminya " MOHON SAMPAI JANNAHMU " POWER kan Nick Irfan punya idea. Hehehe...

Afif, ha ini putera ke 3 Etuza. Bergaya dengan bola baru dia , tapi gambar kenangan Afif ni pada tahun 2013. Masa ni Afif baru masuk tingkatan 1, sekarang dah masuk tingkatan 2 di Sekolah Menangah Agama, Keningau. Afif ni ada sifat ketegasan, kalau minta mesti kalau dapat ditunaikan. Rindu kot dengan ayahnya ni, selalu Etuza dapat SMS POWER AFIF ha ini dia SMS POWERnya tu.
" Pa hantarkan Afif makanan di asrama, petang petang nanti bapa hantar pada Afif, bapa jangan lupa tau" Ha ini lah SMS dia, guna handphone kawan dialah tu. Baru pagi hari ini Etuza dapat lagi SMS POWER dari Afif ni. Tapi suka sangat jika dia SMS Power macam ini, supaya Etuza dapat pantau dia di asrama sekolah yang sejauh 12km dari rumah Etuza. Sebenarnya seminggu tak jumpa Afif Etuza akan merindui dia. Afif kini menampakkan kematangan berfikir, ada Afif tegur Etuza agar berjimat dan minta save money kat bank untuk masa depan Afif. Ha tegas tu..dan tidak hairan dengan ketegasan Afif kini Afif di lantik sebagai Pengawas Asrama. Pelajaran Bahasa Inggeris Afif kini dapat Gred A baru-baru ini. Memang bahagia ibubapa kan. Time sekolah rendah dulu MTQ bab bercerita memang makanan AFIF.

Ibnu Mustaqim, ini putera Etuza yang last ke 4 lah tu. Hadui manja bukan main dia ni. Ada ja merajuk dengan Etuza jika tak tunaikan kehendak dia. Dulu meronta ronta nak ikut Etuza kemana-mana hingga abang2 Ibnu ni meluat tengok adik lelaki mereka yang hummmm!!! tersangat lah manja dengan Etuza. Tengok muka ja dah taulah Ibnu ni manja kan. Tapi sejak naik tahun 6 (2014 )nampaknya semakin matang dia berfikir. Terkejut Etuza hari tu, Ibnu membuat perlakuan POWER dia, iaitu membuat perlakuan menyapu ruang tamu rumah bantu ibu dia. Etuza first time nampak Ibnu tersayang melakukan kerja menyapu rumah. Semua abang2 Ibnu ada pernah membuat kerja menyapu lantai rumah ni, tetapi Ibnu pertama kali itu lah Etuza lihat. So Power tu, ada nilai yang sangat tinggikan.

Oklah dah panjang lebar Entry..mai lah lihat
kenangan gambar2 putera Etuza ni specialy gambar AFIF ya.
Ok layan...pelajar bertudung tu Puteri 
kepada adik Etuza ya..sepupu Afif
sama-sama terpilih di MTQ peringkat daerah 
Keningau waktu itu.


" Anak2ku cinta ku dan kasihku
untuk kamu semua, kita ditakdirkan
oleh Allah bersama di Dunia dan 
mohon padaNya juga kita bersama 
di Akhirat" Amin

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. kiranya nak lelaki cikgu ETuza masih belasan tahun ye...dalam entri sebelum ni pernah tunjuk gambar sorang lelaki umur dalam lingkungan 20 tahun, hensem..itu anak lelaki cikgu yg mana..

    BalasPadam
  2. perkongsian yang baik. semoga anak-anak menjadi saham di akhirat

    BalasPadam
  3. @Jari Manis

    asalam ya JM, selamat petang..kejap nak ke bandar ni, ooo tak ini adik dia 3 orang. Yg hari tu anak lelaki Etuza yang pertama dia tak ada dalam entry ni. Nick Irfan tu anak ke dua lelaki saya ya. Harap x keliru ya JM

    BalasPadam
  4. @aRz MoHa

    Ya InshaAllah hi ta'allah ..aRz belum kahwin kan..so buat perancangan sampai seru juga tu

    BalasPadam
  5. Bertuah Etuza punya saham akhirat... Semoga anak2 membesar menjadi insan yg soleh.

    BalasPadam
  6. Gamaknya bila anak2 dah dewasa & berumahtangga, pasti gamat rumah dengan pelbagai ragam anak cucu.. (tiba2 terpandang masa depan, ahakkkkkkk)

    BalasPadam
  7. Satu perkongsian yang baik utk kita semua jugak ni ..pasal anak2 ..Tanpa anak2 siapalah kita kan Cikgu??

    BalasPadam
  8. cIKGU eTUZA hehehhe Lya nak betulkan sikit al hahahaha ARZ tu dah kawen la Cikgu anak sorang hehhee......

    BalasPadam
  9. Hikhikhik Arz Moha meh ler baca ni ..Cikgu Etuza ingat Arz tak kawenlagi laaa hahaha

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.