Apabila Wajah Di Edit Oleh Google

Alhamdulillah sudah ke SOLAT subuh!.
Syukran Alhamdulillah.
Mari mari sini klik blog Etuza, sebab Etuza nak bercerita pada anda, anda baca anda tahu lah serba sedikit siapa orangnya family Etuza. Jika tak klik tak tahulah..hahahaha...bukan pentingpun, tapi pernah kah anda meyakini bahawa apabila kita membuat sesuatu seperti rutin seorang blogger iaitu kita buat blogwalking dari blog ke blog yang kita gemar pasti ada juga HIKMAHNYA tau. Setidak-tidaknya kita akan tahu dari tidak tahu.

Apa cerita! ha..dalam gambar ada 6 wanita lawa kan, lawa sebab google editkan, ialah kan google ni banyak aksosori, tanpa search di google kita tak akan dapat install PHOTOSHOP, PICASA dan PISART kan..ha bila kita rajin nak belajar dapatlah bahan nak edit gambar. Ini lah hasil wajah bila di edit. 

Kenal tak 6 wanita ini, tak kenal! memang pun asing bagi anda, pada etuza tersangat lah kenal SEBAB MEREKA BERENAM TU ADIK BERADIK dengan Etuza. Kira no 1 ke kanan ya, gambar wanita no 1 tu kakak Etuza seterusnya 2,3,4,5 dan 6 tu adalah ADIK Etuza semua. Dalam adik beradik Etuza kami ada 8 ( lapan ) ya adik beradik. Setakat ni semua dah berkahwin ya, yang lelaki blogger macho yang selalu tolong klik balog Etuza hehehehe dah tak boleh mengurat lah. Semua 6 wanita ni sudah ada anak, masing - masing ikut suami mereka, ada yang dekat ada yang jauh, paling jauh adik ke  3 etuza berada nun di Sandakan bersuamikan pak Polis hehehe.Ok Etuza anak ke dua selepas kakak Etuza. Nanti ada kelapangan adik lelaki Etuza pula masuk blog Etuza ni, nak tengok juga adik lelaki Etuza kan...hehehhe..

Ok nak  kata wajah mereka bukan orignal lagi tu. Kena Edit oleh adik Etuza yang berada di Sandakan, Sabah. Rajin dia whatsup dengan Etuza, gambar edit lawa mereka ni dia lah yang whatsupkan. Nama ringkas dia Bella.Terima kasih Bella kerana bagi gambar ini. Ha kan dah masuk blog.


Yang ini adik bongsu Etuza whatsupkan
yang berdiri tengan tu lah adik bongsu Etuza
kami cal dia Leha saja singkatan nama dia.
Suami orang Kota Kinabalu dah 3 anak dah dia ni
still muda lawa gitu kan hehehe..
( bila kita puji ada dalam pujian adalah sebenarnya 
untuk Allah ) bersyukurlah bila lahir fizikal sempurna
dan apa lagi jika sempurna hati kita. 
Salam sayang untuk semua...
Ok bye ...nak pergi kerja ..


Etuza pun tak tahu mengapa mereka ada banner
matahari tu. Macam banner nak ke Jepun 
Ini gambar Leha dan geng berada di Pallas Hotel
Kota Kinabalu.

TAPI DUA WANITA LAWA PEGANG BANNER MATAHARI 
TU...SANGAT BERWIBAWA..CANTIK TU ORANG SABAH 
KEDUA-DUANYA MEREKA INI.
KETIKA INI MEREKA BERDUA BERADA DI KUALA LUMPUR
URUSAN BISNES.
INSHA ALLAH ADA MASA ETUZA BAGI TAHU NAMA.
PUN RASANYA ADA YANG KENAL WANITA 
BERSAMA ADIK ETUZA TU.

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Salam Jumaat Etuza...

    Cantik-cantik semuanya...kiranya dalam keluarga ramai ladieslah ni..women' power ya..he..he

    BalasPadam
  2. Salam singgah pagi cikgu....cantiknya adik cikgu...semua wanita berkerjaya yer...

    BalasPadam
  3. Assalam..
    Pasti meriah bila semua berkumpulkan. Keluarga besar Etuza.

    BalasPadam
  4. Salam cikgu... cantik2 adik & kakak cikgu.. muka pun ayu2.. :)

    BalasPadam
  5. Memang cantik...nampak muda...agaknya adik beradik cikgu memang lawa2 dan hensem kot...begitu juga anak2 dan isteri cikgu...kacak2 bah..

    Alhamdulillah...

    BalasPadam
  6. Muka adik beradik Etuza hampir sama, maklumlah seibu sebapa, seperti kata perumpamaan Melayu sama kuih dengan acuannya....

    BalasPadam
  7. 2 lelaki 6 perempuan lah ye..cantik2 dan manis2 kan org2 sabah nih..JM pun nk cari calon suami dari sabah jugak lah ahahahah

    BalasPadam
  8. @JR

    Ialah JR kan seibu sebapa kandung. Mesti ada iras sekali pandang sama..tapi bila berdepan lain rasanya tak sama diorang tu..hehehe

    BalasPadam
  9. @Jari Manis
    Hahaha JM ..kan kena edit tu..gambar sebenar lain..Etuza suka lagi yang orignal..hehehe

    BalasPadam
  10. Edit gambar lagi nampak cantik kan Cikgu Etuza..

    BalasPadam
  11. Ramai perempuan la dalam keluarga Cikgu Etuza ni ..

    BalasPadam
  12. Cantik adik beradik Cikgu, semuanya hampir seiras..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.