View Di Kundasang Ranau, Sabah

View Di Kundasang Ranau, Sabah

Kundasang Ranau, Sabah memang sinonim dengan panorama indah, lembah yang sejuk dan terkenal dengan sumber sayur-sayuran seperti kubis, tomato dan sebagainya.

Selain itu Kundasang Ranau, Sabah terkenal dengan kawasan pelancongan di Negeri Sabah. Kedudukan yang berada di lembah Gunung Kinabalu, udara segar dan sejuk mendamaikan minda amat memberikan kita suatu perasaan kagum kepada Allah yang menciptakan  alam semulajadi seperti di Kundasang, Ranau.

Hari ini kami suami isteri berkesempatan ke Kundasang Ranau dan mengambil beberapa gambar View Kundasang yang sangat indah sementara menunggu anak kami habis kelas tambahan sehingga jam 3 petang. 

Khas untuk pengunjung blog Pesona & Mustika inilah dia beberapa View Kundasang Ranau. Cantik dan segar mata memandang pemandangan pada pergunungan. Keadaan agak berkabus disebalik Gunung Kinabalu, maka puncak Gunung Kinabalu tidak dapat di ambil.
Ini Masjid Pekan Ranau.


Pemandangan dari atas
lembah yang ditanami sayur-sayuran

Perumahan di lembah Kundasang


Huuuu!!! indahnya
segar udara di lembah ini


Ini jalanraya dari Hotel Gen Garden
Sebuah Hotel terkemuka di Kundasang
Ranau, Sabah.


Ha tengok peta Australia, ini
Etuza abadikan ketika
melawat Memorial 
Sejarah terkorbannya
ramai tentera orang putih
pada zaman penjajahan Jepun
di Sabah.


Ha lagi jelas nampak kan..
tu peta Australia.
Tiap tahun ada orang putih
datang di Kundasang Ranau
mesti ziarah Memorial ini.
Lawa tau di sini..
Datang lah melawat Kendasang, 
Ranau Sabah.


Hakcipta@etuza

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

9 ulasan

cantik...keindahan semulajadi yg madih terpelihara...semoga 'tiada pembangunan' yg pesat seperti di Cameron Highlands yg merosakkan alam...

Seolah sedang berlaku pengolahan alam di sana tu Madam Kamsiah. Memang jauh beza dahulu dan sekarang. Banyak kawasan bukit di tebang untuk pembinaan bangunan. Yg kita takut kan Kundasang lembah atas Gunung Kinabalu. Kekuhuhan tanah tu kita kena fikir.Apapun wallahualam.manusia berusaha nak majukan tamadun kehidupan.

Cantiknya kawasan ni....Diana pernah lalu jer tapi tak pernah singgah....

wow.. mesti sejuk je kan..

bapa mertua sya ada satu resort sdg dalam pembinaan ofisnya..nnt sdh buka sya bagitau..bolehlah dtg cuti d sana...cuacanya sgt sejuk

ramaij ugak kawan JM plan nk ke kundasang kerana kata mereka tempat tu sejuk, ada lembu tompok hitam putih dan suasana seperti di switzerland..JM je yg belum sama sana lagi

teringin nak ke kundasang tetapi belum sempat

Kundasang, insya allah jika diizinkanNya, sampailah kami..

(mana tau boss hantar kursus ke sini pula, hu3)

@umi alya

Untung keje kak umi tu..kalau JM palinh jauh kursus Intan Bukit Kiara je itu puh setahun 1 kali huhu

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (451) Ceritaku (441) Agama (394) Berita (390) Dunia Blog (341) Promosi. (320) Doa (317) Info Lelaki (280) Tips Blog (273) Pengalaman (247) Anak (233) Pendidikan (220) Nasihat (214) Kasih sayang (198) Rasa Bahagia (187) Berita Keningau (185) Hadiah (163) Pelancongan (143) Alam Semulajadi (131) Gambar (124) Sejarah (113) Ekonomi (112) Segmen (108) Keluarga (100) Blog (79) kesihatan (75) Tentang lelaki (74) Isu Semasa (59) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (53) Bunga (45) Resipi (41) Motivasi (39) Cari Makan (38) Nilai Moral (36) Budaya (35) Percutian (34) Award (31) Masyarakat (31) Herba (30) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Haiwan (26) Harijadi (26) Promosi Nuffnang (26) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (11) Makanan (10) Petua (10) Kalender (9) Lanskap (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Elken (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Restoran (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger