Tudung Pink Naik Pentas


 Asalamualaikum semua. Ha petang ini nak kongsi cabaran untuk Nur Aliya puteri Etuza yang ketiga, berumur 9 tahun. Bulan  Kokurikulum memang saat ditunggu oleh ramai murid, kerana program Bulan Kokurikulum menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk mereka sertai. Termasuklah Nur Aliya menyertai pertandingan bercerita kategori Bahasa Melayu. 

Ha tengok lah aksi Nur Aliya naik pentas bertudung pink sebagai wakil kelab PPIM. Cerita bertajuk "Rapunzel". Seronok melihat Nur Aliya menyampaikan cerita di atas pentas. Lebih kurang 200 lebih murid sekolah melihat dan mendengar cerita Nur Aliya.

Tapi sayang umur 9 tahun tak dapat mencabar peserta tahun 6 yang lebih lancar, lebih banyak melakukan gaya dan bahasa badan ketika menyampaikan cerita. Nampaknya Nur Aliya tidak dapat meneruskan cabaran ke peringkat akhir kerana peserta pencabar dari tahun 6 lebih layak pilihan yang tempat di kedudukan juara bercerita tahun 2014. 

Apapun tahnia dan syabas untuk Nur Aliya, puteri Etuza kerana pengalaman ini akan menjadi titik tolak untuk Aliya lebih berani dan memperbaiki kelemahan diri apabila mengambil bahagian bercerita pada masa akan datang. Teruskan usaha wahai anakku Nur Aliya, dengan harapan dan doa semoga kejayaan akan mengiringimu kelak. Amin.

Nur Aliya ( 9 tahun ) menunggu 
giliran naik pentas..
Nur Aliya bersama Nur Arfah berbaju PBSM
Good Luck ..
Hakcipta@Etuza

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. x pe Nur Aliya walaupun x berjaya yg penting sikap berani mencuba..bukan semua org berani bercakap di hadapan audince so asah bakat dari skrg..auntie puji..cuba lagi ye jgn putus ada

    BalasPadam
  2. Cayalahhh.auntie dulu pn PPIM jugak.tp ketua komander lah.haha suara gegak gempita. Tp xde lah masuk2 mcm ni. Berkawad je lah memanjang.

    BalasPadam
  3. percubaan yang baik dari Aliya, boleh lah bantu kurangkan kekok dia, rasa malu..harap ada kemajuan tahun depan..
    tq JM dan RH..

    BalasPadam
  4. Betul betul kena dedahkan dia dan bg semangat. Org kata utk keyakinan diri kan.takpe lah tak menang tu...insyaALLAH lain kali cuba lagi.

    BalasPadam
  5. hebat, teringat mama masa kecik-kecik dulu, selalu naik pentas buat syarahan dan pidato

    BalasPadam
  6. Bagusnya Aliya, permulaan yang baik.. tahniah..

    BalasPadam
  7. tak apa...usaha lagi..baru tahun 3..banyak masa lagi

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum dan singgah pagi Cikgu....walaupun tak berjaya tetapi Aliya tetap berusaha dan berani....semoga satu hari nanti Aliya akan berjaya dan terus berjaya....

    BalasPadam
  9. Walaikumsalam...kalah dan menang itu adat bertanding, positif ...semua pemenang tapi kurang bernasib baik..

    BalasPadam
  10. tahniah Nur Aliya... next year blh cuba lagi dgn pengalama yg ada so that jadi lebih better than this year...

    BalasPadam
  11. Ok la tu seteru pn bdk tahun 6 bnyk pengalaman atleast dia xmalu, next time leh cuba lagi....;-)

    BalasPadam
  12. ni anak yg bongsu kan..takpe...usaha lagi..Insyaallah berjaya

    BalasPadam
  13. insya Allah...semoga berjaya dalam akademik sepertimana kakak dan abgnya...

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.