Tetap Bersyukur Walaupun 1


 Asalamualaikum semua
Depan rumah saja pokok rambutan dalam gambar ni.Sejak bila berbunga dan mulai berbuah Etuza tidak perasan. Bila keluar rumah minggu lalu nampak pula rimbunan buah-buah rambutan yang antaranya hampir bulat, masih hijau dan ribun semacam ja.Waktu ambil gambar ni kelihatan ada dah yang kemerah-merahan tanda hampir masak dan akan dipetik oleh tuannya. 

Pokok rambutan ni memang Etuza yang tanam, yang peliknya Etuza tanam satu anak benih ja rambutan, nah kini dah berbuah lebat, dah lebat rendang pula tu. Alahai kenapalah tanam sebatang ja hari tu. Kenapa tak dua pohon ke atau beberapa  pokok rambutan, kalau berbuah semua berbaloi-baloi makan buah rambutan.

Inilah orang kita, dah berpuas hati bila ada 1 milik kita. Cubalah tanam banyak-banyakkan boleh bersedekah kepada jiran. Kalau sepohon ja macam pokok rambutan Etuza untuk anak-anakpun rasanya tak cukup, ialah hari - hari nak makan buah rambutan. Apapun Etuza bersyukur apa yang ada ni tak apalah tetap rezeki kurang lah membeli rambutan dekat tamu atau di mana-mana ada rambutan.

Kepada saudara teman blogger tu Etuza nak ucapkan Selamat hari Malaysia dan Makanlah Buah-Buahan Tempatan.


 Tengok isteri Etuza ambil kenangan pada pokok rambutan yang rendang tu rimbun dengan buahnya. Alhamdulillah & Syukran.


hakcipta@etuza



Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Alhamdulillah reseki..

    Sedap dapat makan segar terus dari pokok, tiba2 terkenang zaman kecil2 dikampung..

    BalasPadam
  2. ya betul petik ja dapat maakan, sayang ada tu depan rumah boleh banyak2 tapi entahlah ..hari tu tanam nenas..

    BalasPadam
  3. syukur....rezeki dar Allah..salam kenal dan selamat berblogging.

    BalasPadam
  4. Sedap tu makan rambutan...(kalau tak batuk..hehehe)

    BalasPadam
  5. Wahhh rambutannnnn..sedapnyeee..

    Saya dh follow..;))

    BalasPadam
  6. terima kasih yg datang ceriakan blog ni ya

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum dan singgah pagi...wahh...bnyknya buah rambutan...best dapat makan buah rambut segar yang baru di petik...

    BalasPadam
  9. Seingat saya semasa kat kampung dulu, arwah ayah akan cantas dahan2 rambutan sehabis musim buah.

    Sayapun tak pasti tujuannya..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.