Soal Lokasi Ulasan Pada Blog Anda




Pilihan di tangan terserah
nak pilih. Cuma kalau
kita perhatikan
ada masa lambat
keluar dan ada
masa juga cepat
keluar.
Etuza pilih
Tetingkap Pop
Timbul untuk
lokasi ulasan
blog Pesona &
Mustika


1. TETINGKAP POP 
2. TIMBUL SOROK
3. HALAMAN PENUH
4. TERBENAM

Antara 4 ciri di atas bagi ruang lokasi ulasan pada blog anda! mana satu yang lebih mesra, pantas dan cepat capaiannya.
Adakah anda ada membuat pemerhatian pada blog anda. Pada Etuza lokasi pilihan tetingkap pop timbul lebih cepat capaiannya. Dengan itu kita dapat sedikit tips penjimatan masa untuk berblog terutama hendak drop komen kita ke blog yang kita gemari.
Kepada teman blogger lain, mungkin kita ada beza capaian pantas atau lambat pada ruang ulasan blog masing-masing. Pada blog saya mendapati Lokasi Pop Timbul lebih cepat keluar capaian berbanding 3 pilihan yang lain. Ini bermakna Etuza dapat menjimatkan masa dan akan cepat membaca komntar teman blog sama ada di ulasan blog Etuza atau ulasan komen blog kegemaran Etuza. Anda bagaimana! sila perhatikan capaian anda pada ruang ulasan tersebut, cepat atau lambat. Apapun abaikan tips Etuza jika memang line internet anda power. 
Etuza hendak kongsikan RASIONAL Etuza memilih Tetingkap Pop Timbul antaranya ialah :-
1. Cepat capaian  ke ruang ulasan 
2. Tidak menganggu tamplate blog kita(paparan skrin blog kita kekal kita lihat, ini boleh menyelamatkan pandangan mata kita tidak terganggu )
3. Kita masih terus dapat membaca entry utama di blog kegemaran kita itu.
4. Boleh klik hide ( sembunyikan sementara kita hendak teruskan pembacaan di wall blog kegemaran kita)
5. Untuk beralih atau tutup ruang ulasan kita terus saja klik tutup tetingkap maka dengan cara ini blog kita tidak bergerak dialihkan ke paparan baru, seperti ulasan blog paparan cara terbenam. 
Ini pendapat Etuza minta maaf jika tidak membantu tips anda berblog.Harap maklum.

hakcipta@etuza

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. ye setuju sangat.. senang nak blogwalking dan menjimatkan masa

    BalasPadam
  2. Norahna, alhamdulillah kita serupa..minat pop timbul

    BalasPadam
  3. dulu guna macam tu..tapi skg dah tukar

    BalasPadam
  4. saya dtg follow di sini... follower ke 98 ye! :D jemput ke blog saya...

    jindrisska.blogspot.com

    BalasPadam
  5. ya..pop up window lbh pantas..
    saya suka kotak komen yg cantik2...ada icon2..tp bila pikir ia memberatkan blog..lambat nak loading..terpaksa dilupakan..

    BalasPadam
  6. nicse sharing cikgu Etuza..JM nk buat tetingkap komen pop tu tapi tak pandai..boleh bagi tutorila tak :-)

    BalasPadam
  7. JM inshaAkllah ya..tunggu akan ada bantua...

    BalasPadam
  8. cikgu Etuza.JM dh dapat jawapan.JM google je..dah tahu cara hihih

    BalasPadam
  9. inshaAllah nanti terjah baca tutorial ya..hehehe

    BalasPadam
  10. Etuza saya cuba masuk dengan telefon tetapi tidak dapat membaca blog etuza.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.