Mulai Naik Graf Pesona & Mustika



Graf paparan halaman Blogger
Alhamdulillah hari ini Etuza klik Blog Pesona & Mustika, rasa sangat gembira apabila graf keseluruhan blog Etuza mulai naik. Biasanya bila Etuza klik graf kurang dari 100 pengview blog baru Etuza ini berbanding blog Pesona Etuza yang setiap hari graf mencecah 800 pengview. 
Blog ni Etuza sudah kata akan hidup apabila adanya entry-entry menarik dari kita, kita rajin komen, rajin drop komen di shoutbox dan kita promot alamat atau URL blog milik kita. Tidak salah kita kongsikan apa yang baik dalam realiti kehidupan kita dengan niat semoga ada hikmah dan manfaatnya kepada masyarakat. 

Pernah dulu Etuza dengar ceramah dari seorang Ustaz katanya jika kita memiliki kereta, kereta itu sebenarnya bukan milik kita 100% bukan milik mutlak kita. Katanya kereta itu milik bersama kita hanya diberi izin oleh Allah untuk memandunya menjaganya sedangkan orang lain juga berhak menumpang ditumpangkan ke dalam kereta itu mengikut keadaan. Maksud ustaz tu, katalah dalam kampung kita, kita sahaja ada kereta, kita kena tolong ibu yang hampir melahirkan anak hantarkan dia ke hospital apabila mereka datang meminta tolong. Betul kan. Seperti itu juga jika kita lalu di jalanraya ada kawan kita berdiri menunggu kereta hendak ke pekan kita kena tumpangkan dia. Kecuali lah dia tidak mahu naik kerana menunggu kawan lain di bas penumpang yang lain. Ha pelbagai keadaan sebenarnya secara tiba-tiba kita kena menolong orang lain apabila kita ada kereta. Paling jelas kita tumpangkan kawan menuju ke masjid di hari Jumaat untuk tunaikan solat Jumaat. Faham kan..ini lah maksud ustaz itu.

Berkenaan blog, blog ni saluran untuk informasi kita kepada umum atau awam. Andailah ada manfaat blog kita, ramai orang mendapat manfaat dari blog kita, kan itu satu sumbangan kita dalam memberikan informasi kepada mereka. Insha Allah pasti ada imbalan dari yang maha kuasa.Rasanya lah blog juga bukan milik kita secara total, blog harus dikongsi asal saja tidak letak benda lucah dalam blog .Etuza yakin anda semua setuju, kerana itu tidak wajar ada blog tidak memiliki bloglist dalam blog itu.

Kepada yang klik blog Etuza sungguh Etuza amat-amat menghargainya. Dalam hal ini sebelum Etuza bergerak ke bandar Keningau,Etuza hendak promot blog  baru yang baru Etuza kenali dan blog mereka kelihatan aktif kepada teman blogger lain dan juga kepada masyarakat lain. Sudilah klik blog mereka follow dan kunjungilah blog mereka. Insha Allah.

Mana blog tersebut, sabar ya. Ha ini dia blog dan nama pemilik blog tersebut. Terjah tau jangan lupa!.

Blog List Dalam Perhatian Etuza 
1. MAMANIZA ( AKTIF )
2. MARDIHADIANA ( AKTIF )
3.aCIKWATIE ( AKTIF )
4. SITI NURZAFIRAH(AKTIF)
5. EZWAN AMRIN (AKTIF-BLOGGER SABAH)
6.aRzMOHDHANIFFA (AKTIF)
8. JARI MANIS  (AKTIF) 

Ha inlah blog terpilih secara randum
dalam banyak2 blog yang Etuza
akan pilih untuk bakal kekal 
sebagai bloglist Etuza
sebaris dengan bloglist terkenal
dan blog sahabat Etuza.

Harap blog ini akan singgah selalu
di blog PESONA & MUSTIKA.

Hakcipta@Etuza



Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. tahniah kepada yang terpilih ini, harus bersyukur dipromotkan ..

    BalasPadam
  2. Tahniah Etuza di atas peningkatan pv anda ^_^

    BalasPadam
  3. terima kasih cikgu...terharu rasanya..jangan letak Acik sebaris lagi dengan mereka...Saya masih lagi dalam mencari tapak dalam dunia blog ini. Anyway..terima kasih sekali lagi.. Insya Allah saya akan bantu mana-mana yang boleh saya bantu.

    p/s Hati-hati dalam perjalanan ke Keningau nanti. Boleh la beli ole-ole (hadiah) untuk saya di sana nanti.

    http://acikwatie.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Terima kasih etuza atas perkongsian url blog saya. Baru saja aktif selepas bersawang beberapa bulan

    BalasPadam
  5. aCik wati ..hahhaa banyak berlambak, buah-buahan pun ada. InshaAllah ya.
    aRz M..terima kasih...ha kan dah Etuza minat blog anda so aktifkan ya..

    BalasPadam
  6. tahniah...semoga terus maintain pageview blog ni

    BalasPadam
  7. Salam Etuza..bukan blog serita orang kampung tapi cerita orang bujang..tapi ok jugak la sebab CP pun orang kampung..apapun terima kasih sebab listkan blog CP

    BalasPadam
  8. salam singgah & follow. suka kata2 yg kereta tu. dah di post di fb saya ^_^

    BalasPadam
  9. wahhhhhhhhhhhh blog baru makin femes.. tahniah..

    BalasPadam
  10. Umi Alya terima kasih beri semanagat baru pada Etuza.Thank's

    BalasPadam
  11. Selepas ni mana tahu Pageviews akan lebih banyak dan meningkat setiap hari...asalkan kita rajin blogwalking, kongsi info menarik...tinggalkan komen kat blog rakan2.. :D

    BalasPadam
  12. terima kasih di atas pencalonan ini.. hehe... selamat pagi... selamat bekerja... ^_^

    BalasPadam
  13. aha...blog JM terpilih jugk ek..terima kasih sgt hihhi

    BalasPadam
  14. Tahniah Cikgu...sikit hari lagi akan meningkatlah graf tu...

    BalasPadam
  15. semoga ada peningkatan..sebab kita kena tahu graf kita bentuk bagaimana ksan bunda.

    BalasPadam
  16. Mula2 dulu skit jer naiknya tapi kalau tengok sejak dua menjak, mendadak naiknya, tahniah Cikgu..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.