Mohon tidak keliru dengan blog Pesona & Mustika
dan Pesona Etuza. ( Sama ja header -Penulis/Admin yang sama.
Entry ni Etuza cedok balik, sebab kemungkinan blog Pesona
Etuza Warna Warna Kehidupan bakal berlabuh tirai selamanya
di alam maya - Harap Maklum)
Selamat membaca - Origato Hozaima!
Kali ini misi di Osaka Jepun Siri 3 muncul lagi hanya di Blog Pesona Etuza. Sesiapa yang tidak berkesempatan melayari internet dan tidak singgah di blog Pesona rasanya kali ini agak rugi kerana tidak akan dapat melihat pesona bunga-bungaaan di Osaka Jepun. Hummm!! cara kita di Malaysia dan cara di Jepun menjaga dan membuat penjagaan bunga-bungaan tidak sama sebenarnya.
Etuza bersama team pelancongan di osaka pada bulan Mei 2014 telah memberikan satu pengalaman luarbiasa kepada etuza sebenarnya. Mimpi menjadi realiti. Terima kasih ya Allah kerana memberi peluang terindah dalam kamus hidup etuza. Banyak yang saya lihat di sana, memang tiap negara itu ada kelebihan dan ada juga kelemahannya. Etuza tengok Jepun biar di mana kita berada kita akan lihat rumah yang dibina amat cantik dan menarik coraknya. Bertambah menarik lagi rumah-rumah kecil itu pada ruang hadapan rumah itu dihiasi dengan bunga-bungaan yang amat unik dan sangat cantik.
Etuza ada terdengar dari pemandu pelancongan di Osaka Jepun menyatakan bahawa Jepun ni dalam sebuah pulau dikelilingi lautan biru. Negara Jepun kurang tumbuhan atau pokok-pokok seperti di Malaysia yang kaya dengan pelbagai tumbuhan siap lagi dengan adanya hutan simpan di Malaysia. Sebab itu masyarakat Jepun sepakat dan satu hati menjaga tumbuhan di mana-mana sekalipun bunga itu di tanam di bandar besar Osaka akan mereka tanam dan mereka jaga bunga-bungaan itu demi tujuan menambahkan oksigen atau udara segar di Osaka Jepun. Owa...macam tu rupanya. Sungguh cantik bunga-bungaan di Jepun. Ok layan tengok dan klik lah tiap satu gambar bunga-bungaan di Osaka Jepun yang sempat etuza rakamkan. Khas untuk anda.
Gambar 1: Etuza ambil depan sebuah rumah orang Jepun di Kyoto
Kawasan ini merupakan tempat Ibu Kota Jepun pada masa dahulu.
Ketika perjalanan kami menuju ke Bambo Garden gambar ini
etuza ambil kerana depn rumah ini unik dengan bunga-bunga yang
dihias cantik dijaga rapi pula tu.Nampak kan
pelbagai bunga yang ada.
ini semua gambar bunga di tepi2 rumah orang Jepun. Betapa rajin mereka menjaga bunga2an ini.
Ini juga gambar etuza di depan sebuah rumah orang Jepun. Hebat ni ..
Ini bunga2 segar sepanjang jalan..sebutir sampah pun tak ada etuza jumpa. Hebat contoh terbaik untuk
rakyat Malaysia iaitu jangan membuang sampah sesuka hati.
Ini bunga hidup dah dipetik dan dijual di Shoping Market di Osaka Jepun. Cantik2..lawa2 semua
Bunga Ros Merah..
Ini gambar di luar sebuah restoran di Osaka Jepun. Masa ini agak kuat angin bertiup rasa segar
nafas lega segar sekali..
Huhuuuu Paling Cantik rekabentuk bunga semulajadi ini..
Malaysia boleh buat macam ini..
Ini bunga rose..benar2 cantik..Subahanallah
Semoga gembira berkongsi Misi Di Osaka siri 3
dari Blog Pesona Etuza.
13 Ulasan
BalasPadamBunda a.k.a KN1 month ago
Seronoknya dah sampai ke Jepun...
Cik Misstree1 month ago
Subhanallah sangat cantik gambar2 bunga tu. Mentality rakyat di negara2 maju sangat menghargai alam sekitar, mempunyai sivic minded yang tinggi bukan sahaja dalam soal sampah yang tidak dibuang merata-rata tempat malah sungai2 di tengah kota juga airnya bersih dan terpelihara dengan baik.
JR1 month ago
Masa saya ditawarkan pejabat berkursus di Jepun dulu anak sulung pesan kepada saya untuk kirim salam kat Doraemon bila sampai Jepun. Nasib baik saya tolak tawaran berkursus selama 3 bulan itu, jika tidak jenuhlah keliling Jepun nak cari Doraeomom, hehehehe...
Etuza Ezawarna1 month ago
yup..ada pula duble klik gambar..kena edit balik..
ikhwan yusuff1 month ago
Jepun sangat terkenal dgn masyarakatnya yg pembersih...
BalasPadamsaya suka tgk gambar rumah ala2 rumah kg tu tp berseri dgn pelbagai warna bunga
Etuza kongsikan komen2 teman blogger ..copy di blog Pesona Etuza
BalasPadamSubhanallah, cantik sungguh ciptaanNya..
BalasPadamKalau saya tau Etuza nak ke Jepun dulu, sebelum pergi tentu saya akan minta Etuza kirim salam dari anak-anak saya kepada Doraemon...hehehehe...
BalasPadammmg cantik sgt bunga
BalasPadamcolourful
cantik2 bunganya!
BalasPadamkagum dengan sifat menjaga kebersihan mrk,,malu kita sebagai negara islam rakyat tidak peduli kebersihan,,buang sampah dr tingkap keta perkara biasa.
Subhanallah, cantik, cantik, cantik sangat..lebih-lebih lagi ros yang ada dua kaler tu..bunga indah di dunia ni manakan sama dengan bunga-bunga di taman syurga....
BalasPadamNor Azimah, kita melihat bunga ciptaanNya secara langsung kita kagum dengan kehebatan sang penciptaNya. Bunga2an tu sebenarnya Allah yang cipta. Sunahanallah..
BalasPadamdone Follow..
BalasPadamTerima kasih singgah n follow blog noe..
mmg cantik sungguh bunga2 tu..beruntung la etuza dapat terjah ke sana...
saya tengok bunga tumbuh kat pasu umah sy pun dah terpegun. apa lg bila tgk bunga warna warni macam ni. ya Allah. cantiknyaaaaaa
BalasPadamarghhh windu sama jepun bila baca entri nih
BalasPadamBila lagi nak kesana Cikgu?....
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.