Menghargai & Menerima Sesuatu Kebaikan

Menghargai & Menerima Sesuatu Kebaikan

Asalamualaikum & Salam sejahtera semuanya. Diharapkan sihat hari ini dan ceria serta lancar dalam apa juga urusan di muka bumi Allah ini.

Pertamanya hendak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KEPADA BLOG BUNDA  yang telah mencadangkan kepada Etuza agar membina blog baru apabila blog Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan ( Pesona - 2008 hingga Ogos 2014 )blog berusia 6 tahun ini tidak dapat saya log in akaun. Ya kesilapan antara sengaja dan tidak senagaja menyebabkan setting papan pemuka ( dashboard ) hilang tanpa dikesan. Sungguh ngeri perasaan saya sebenarnya, terasa bagaikan kehilangan rumah di alam maya ditiup sang badai. Hanya Allah yang tahu remuk redam hati saya. Saya manusia yang ada perasaan pastilah ada rasa kecewa serta ada juga rasa sedih apabila dalam jutaan tak terkira blogger Malaysia tidak beri saya infor sebenar bagaimana hendak mendapatkan balik akaun Pesona kesayangan ku itu.

Yang tampil memberi sinar harapan adalah dua orang yang benar - benar memberi saya satu harapan baru agar bertindak selepas terkedu - kedu depan note book tak tahu nak klik mana, makin di klik semakin sirna blog Pesona milik peribadi Etuza. Antara blog tersebut ialah blog ini http://mimialya1.blogspot.com/ dan blog BUNDA yang ada link kat atas tu. 
Blog Dairi Hidupku memberi tutorial dan cadangan di shoutbox pastinya melalui ruang itu dia berusaha menyalur infor kepada Etuza. Masih Etuza tak berjaya kerana setting Pentadbir blog saya tertekan Pengarang. Seolah blog Pesona bukan milik saya lagi. Dan Bunda blog Teratak Bunda akhirnya mencadangkan kepada Etuza kembali berbelog dengan membina blog baru paparan baru dan tinggalkan Pesona Etuza ( Klik Ni Ya). Etuza berfikir lama apabila diberi cadangan membina blog baru. Bukan senang tu, berbagai kod kita kena belajar balik nak setting nak kemas dan sebagainya memerlukan kesabaran diri. Lastly, etuza akur dengan cadangan BUNDA kerana ini lah cadangan terbaik dari Sahabat Blog Maya Etuza. Etuza sebenarnya ada blog bernama MUSTIKA LELAKI INI. Blog lebih kepada perkongsian sebagai lelaki. Bersendikan email madey yang saya reka agar diterima bagi membina blog peribadi ini. Alhamdulillah email blog dan pasword blog ini Etuza ada catat dan ALHAMDULILAH boleh log ini. Syukran Ya Allah. Betullah kata orang bahawa tiap ada kemahuan ada jalan penyelesaiannya. Etuza sebetulnya MASIH BERHARAP ADA INSAN BLOGGER MALAYSIA TAMPIL MEMBERI TUTORIAL bagaimana log in blog lama, di mana gmail dan pasword masih Etuza ingat. Tolong beri info inshaAllah saya akan hargainya, jika ucapan TERIMA KASIH  itu memadai dan disertai pula HADIAH  kiriman Etuza pun Etuza bersyukur sangat. Bukan susah berhubung dan mudah juga hantar HADIAH jika ada keikhlasan Etuza rela memberi. Harap maklum.

   Panjangnya bebel Etuza 
Ha sebenarnya nak cerita kepada 
teman Blog. Ada kenangan Etuza
dipanggil untuk beri satu ceramah
iaitu Ceramah Program NILAM
di SK. Kawakaan SOOK pada
sesi penggal akhir 2013.
Inilah kenangan yang sukar 
Etuza lupakan.
Mendapat penghargaan yang bermakna
dalam kamus hidup Etuza.
Penganjur Ceramah ini telah
mencedok gambar Etuza
di Facebook Etuza
dan framkan sebegini cantik.
Tengok lah hadiah penghargaan 
sekolah ini kepada Etuza.
Terima kasih SK. Kawakaan Sook, 
Keningau,Sabah.
Dan terima kasih BUNDA dan Blog 
Dairi Hatiku.
Anda semua terbaik bagiku.





 hakcipta@etuza

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

13 ulasan

terima kasih kepada Blogger BUNDA dan Blogger Dairi Hidupku ..mencadangkan yg terbaik bagi Etuza berbelog kembali pada paparan blog baru.

Sama-sama Cikgu Etuza...sebagai sahabat alam maya yang juga cetek ilmu IT dan setting blog ni hanya sekadar mampu untuk memberi cadangan yang terbaik untuk sahabat...

Masa itu apa yang bermain di fikiran Bunda setiap kali singgah blog Pesona yang masih belum pulih...hanya ingin membantu, meskipun Bunda sendiri tak tahu dari mana untuk bermula membantu, sebab bunda pun cetek ilmu..

Akhirnya bunda terfikir, sekiranya bunda dipihak cikgu hanya yang mampu bunda lakukan adalah membina BLOG BAHARU...dengan mengambil/ copy paste entri lama yang masih perlu dan sayang untuk di muatkan keblog baharu sebaik mungkin...hanya cadangan...tetapi di ambil baik cadangan itu...Alhamdulillah...

Agar lain kali harus lebih berhati-hati ye Cikgu...
Salam hujung minggu...

Saya masih belum berpuas hati selagi masalah ini tak selesai & yakin setiap masalah ada jalan penyelesaiannya..

(Sayang sebab laman tersebut punyai banyak informasi, saya pula yang terlebih emo.. hu3.)

Jika Cikgu tidak keberatan, email username n password ke umialeeya@gmail.com, kita sama2 cuba pulihkannya.. Insya Allah dengan izinNya..

Betul tu cik gu ...usahakan untuk pulihkan Blog Pesona...sayang sebab blog tu dah lamakan..
Owh! ye ..cikgu add lah fb bunda...kan ada kat Teratak Bunda tu...itu pun kalu sudilah....

lain kali jgn tekan macam2...:)

Subahanalah Sifu2 blog beri Etuza suntiuian semangat. Tq ya.ya ya saya tak kan gatal jari nak tekan2 ..bahaya bagi blogger macam etuza. thanks ya..

sayangnya blog yg dh lama dikendalikan hilang begitu saja...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Saya dah buka email tu, malangnya blog PESONA langsung tak kelihatan.

Yang ada cuma laman
i)http://ibnumustaqim.blogspot.com/2012/12/semoga-rakyat-gaza-terpelihara.html#comment-form (Jendela Maya)

ii) http://wwwpesonazieka.blogspot.com/ Waiting for you??

Terdelete ke ia tapi laman tu tetap ada dan boleh dilayari di alam maya?

Ya memang terdelet tapi tak boleh dapatkan balik tu Umi Alya..sungguh berterima kasih ya. Tu blog saya juga, tu, niat bagi blog kepada anak2 rupanya mereka kurang minat..

Kini laman PESONA seakan2 tak dimilik..

Saya pernah deletekan blog GA milik saya dari alamaya tapi ia ambil masa 3 bulan sebelum hilang terus, sekurang2nya ia beri peluang kepada kita berfikir samada nak kembalikan semula atau tidak?

Dalam kes ini, seolah2 ia berlegar tak bertuan, hanya boleh lihat dan baca sahaja, mungkin Cikgu sudah alih (keluarkan) diri sebagai Pengarang laman PESONA??

Moga ada di antara rakan2 yang lebih berpengetahuan tampil membantu.. Mana tau ia berjaya dikembalikan ke asal, kita jangan sesekali berputus asa..

Maaf Cikgu, semalam terguna akaun Cikgu semasa komen kat sini.. terlepas pandang.. hi3

maaf ye..JM kurang ilmu utk membantu huhhu

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (436) Ceritaku (421) Berita (381) Agama (371) Dunia Blog (327) Promosi. (301) Doa (296) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (213) Nasihat (205) Pendidikan (205) Kasih sayang (183) Rasa Bahagia (183) Berita Keningau (176) Hadiah (152) Pelancongan (132) Alam Semulajadi (121) Gambar (121) Sejarah (106) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (88) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (64) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Percutian (28) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Perkahwinan (21) Kucing (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger