Little Duta Pelajar JPA Ke Mesir Lagi

Little Duta Pelajar JPA Ke Mesir Lagi

Apa khabar anda semua!
( dimaklumkan blogwalking berehat seketika
menghantar anak ke airport -hari ini , akan datang 
jenguk blog anda nanti )
Hari ini Etuza ambil CRK ( Cuti Rehat Khas )Gambar ni anak sulung Etuza bagi wt supkan.Nampak dalam pic ni uniknya Bumi Mesir ini.Mereka berada di bandar Alexzander.Melawat di sana sementara break  semester tahun 2014.
( anakanda / puteri sulung Etuza tu yang tengah tu ya.
Harap menjawab JM dan lain-lain blogger jilbab purple )
Hari ini sebenarnya Etuza mengambil cuti rehat khas untuk menghantar anak sulung ke airport Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Penerbangan pada jam 1 petang dan di jangka tiba di KLIA pada jam 4 petang lebih kurang macam tu. Semoga selamat sampai ke distinasi ke Mesir untuk menyambung pengajian untuk sesi 2015. Syukur alhamdulillah sesungguhnya kami amat bersyukur kepadaMu ya Allah atas kurniaMu ini.
Etuza sebenarnya sentiasa berimpian hendak pijak bumi Mesir. Impian ini tidak pernah padam, Allah takdirkan puteri sulung terlebih dahulu memijak Bumi Mesir yang penuh dengan cerita dan khazana luar biasa. Apa kan tidak di Mesir lah ada kelahiran para nabi dan sejarah Firaun juga berlaku di Negara Mesir. Banyak perkara mesteri dan ilmu pengetahuan yang kita akan dapat jika kita pijak Bumi Mesir. Anakku semoga selamat, hanya doa ayahmu dan ibumu serta seisi keluarga mengiringimu. Amin. Ya Allah selamatkan anak-anak kami di Malaysia yang belajar di Mesir. Amin.


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

15 ulasan

Thniah anak anda insan terpilih untuk menimba ilmu dibumi anbia..selamt maju jaya...

untuk anakanda..semoga dipermudahkan segala urusan...semoga sentiasa menjaga adab sopan sbg muslimah...

Alhamdulillah semoga anak2 berjaya dengan cemerlang InsyaAllah ..

InsyaAllah ..satu masa nanti jika Allah izinkan dapat lah Etuza memijak bumi Mesir ..sama2 kita doakan ...Ammin aamin..

Semoga perjalanan Puteri Cikgu selamat...disamping iringan doa restu Cikgu dan isteri....

mudah2an mereka semua sentiasa di bawah lindunganNya, aamiin..

Semoga putri Etuza tu sentiasa berjaya dlm pengajiannya. Dan semoga Mesir akan aman damai selalu kerana ramai pelajar2 kita belajar di sana...

ahaaaa yg ini ke puterunya so cute kecik molek seperti ayahnya
semoga belisu success dan mendapat ilmu yg berkat dan bermanfaat aminnn

Asalamualikum semua terima kasih doa teman blogger..tq banyak2 semoga mereka selamat ke mesir..

alhamdulillah 2 tahun sdh dia study sana..ambik course apa?

Semoga Etuza selamat sampai nanti juga

MV inshaAllah semoga Allah berkati ilmunya ..bidang kodoktoran..

terima kasih ya JM..amin

amin..terima kasih madam kamsiah

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (451) Ceritaku (441) Agama (394) Berita (390) Dunia Blog (341) Promosi. (320) Doa (317) Info Lelaki (280) Tips Blog (273) Pengalaman (247) Anak (233) Pendidikan (220) Nasihat (214) Kasih sayang (198) Rasa Bahagia (187) Berita Keningau (185) Hadiah (163) Pelancongan (143) Alam Semulajadi (131) Gambar (124) Sejarah (113) Ekonomi (112) Segmen (108) Keluarga (100) Blog (79) kesihatan (75) Tentang lelaki (74) Isu Semasa (59) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (53) Bunga (45) Resipi (41) Motivasi (39) Cari Makan (38) Nilai Moral (36) Budaya (35) Percutian (34) Award (31) Masyarakat (31) Herba (30) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Haiwan (26) Harijadi (26) Promosi Nuffnang (26) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (11) Makanan (10) Petua (10) Kalender (9) Lanskap (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Elken (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Restoran (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger