Kursus DSKT ( KSSR )Memartabatkan Bahasa Ibunda

Gambar: Penutuan Dan Toolu.(Lesung Padi Dan Alu ) Alat Tradisional Orang Sabah.
 Asalamualaikum & Selamat Petang.
Dapat surat panggilan kursus DSKP ( KSSR ) bagi mata pelajaran Bahasa Kadazan Dusun ( BKD ) tahun 5 kelmarin yang dihantar ke sekolah Etuza oleh Pejabat Pendidikan Daerah Keningau. Kursus berlangsung dari 25 - 26 September 2014. Bermula dari jam 7.40 pagi hingga jam 5.00 petang di SMK. Gunsanad 2, Keningau.
Kursus ini lebih kepada kupasan kepada Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran sekolah rendah tahun 5. Oleh kerana ada dinyatakan dalam surat siaran arahan kepada peserta kursus dikehendaki membawa komputer riba, broadband dan DSKT tahun 5. Dalam surat jemputan di beri info laman sesawang bagi peserta melayari web ini iaitu http://web.moe.gov.my/bpk/v2. Dengan menggunakan alamat web ini semua peserta dapat melihat paparan kupasan DSKT tahun 5. 
Malangnya Etuza sebagai peserta kursus hari ini, tidak dapat melihat paparan web DSKT (KSSR) ini disebabkan line internet yang sangat slow.
Dalam kesempatan ini Etuza dapat buat satu entry berkaitan Bahasa Kadazan Dusun di Sabah. Kami rakyat Sabah sangat berterima kasih kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kerana kini Bahasa Kadazan Dusun telah diserapkan ke dalam mata pelajaran pilihan di sekolah rendah dan di sekolah menengah. Dengan ini KPM meminta agar dihantar guru khas Bahasa Kadazan Dusun di setiap sekolah yang mojariti murid dari suku kaum Dusun. Antaranya Etuzalah tenaga pengajar bagi kelas tahun 5 di sekolah Etuza bertugas.

Atagak nopo boros atagak tinaru toku id Sabah om nogi id Malaysia. Bahasa Kadazan Dusun seperti juga Bahasa Inggeris, kami hadapi masalah melaksanakan BKD apabila ada dikalangan murid yang tidak memahami bahasa ibunda sendiri. Inilah cabaran yang perlu kami atasi. 
Bahasa ibunda di Sabah, apabila genarasi muda mulai tidak pandai berbahasa Kadazan Dusun maka terdapat pihak pemikir yang akan risau dan mulai mencari jalan penyelesaian mengatasi masalah ini. Semoga usaha JPN Sabah mampu mengatasi masalah kepupusan Bahasa Kadazan Dusun di Sabah.
Gambar dimana di sekolah Etuza mengadakan program BKD pada bulan Julai 2014. Sempat bergambar bersama AJK penganjur. 
Di tempat kursus hari ini Etuza sempat berkenalan dengan Cikgu Jusri seorang blogger dari SK. Pohon Batu. Entry ini bagi usaha Etuza mengatasi rasa mengantuk hari ini, kursus dari jam 7.40 pagi hingga jam 5.00 petang. Apapun best dapat kursus menganai Bahasa Kadazan Dusun, inilah jalan memartabatkan Bahasa Ibunda dari kepupusan.
Hakcipta@Etuza



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Sesekali Cikgu ajarlah kami bahasa kadasan dusun yang ringkas, kitakan 1 Malaysia. patut tahu semua itu..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.