Kembali Kepada Tiga Kolum


Asalamualaikum selamat malam.
Nampaknya tamplet blog Pesona & Mustika kembali lagi ke tiga kolum. Asalnya memang tiga kolum atas dasar sangat suka tiga kolum dengan harapan boleh letak berbagai alat menghias blog. 
Namun trend blog warna-warni,berkelip kelip dan bercahaya penuh dengan widget bukan lagi digemari olah pencinta maya. Malah blog tersebut boleh jadi terpinggir kerana loading amat lambat dan berat.
Etuza buat keputusan nak ubah tamplet yang lebih mesra maya, mudah capaian dan pantas tanpa membuang masa si pembaca. Nampaknya sekali lagi Etuza akur bahawa walaupun kita sudah buat yang terbaik untuk kita tetapi masih belum memberi kepuasan kepada ramai orang. Ada blogger kata tamplet baru Etuza bagus, lebih ringan dan teratur. Tetapi bertambah akur Etuza apabila sebenarnya ada ramai blogger dikalangan kita yang kini hanya berblog menggunakan Handphone. Lebih kecil, mudah dibawa  ke mana-mana, tetapi malangnya blog Etuza yang menggunakan template baru tidak dapat paparan penuh pada skrin handphone sesetengah orang. Cuba tengok ini...


Blogger Rohani Hashim berkata...
Etuza,cuba masuk blog guna mobile. Takde keluar entry. Hanya profile n header.mcm xmesra mobile je. Bukan sbb read more.kalau read more akan keluar entry n ada word read more. Ni langsung xde entry. Xsure lah hany je kot yg nampak mcm ni. Tp mmg guna mobile xde keluar entry. Cuba masuk guna mobile.dh pritscreen tp takboleh post gambar lak di komen ni
Blogger Bunda a.k.a KN berkata...
Assalam cikgu...rupanya cikgu dah tukar templet yer...sebab tulah bunda tak dapat blogwalking masuk blog cikgu melalui henfon...bunda biasa bw guna henfon jer...

Ini bunda baru saja buka pc...bunda jarang guna pc....pc bunda ada masaalah, dan broadband nyer slow..kecuali update entri saja......
Blogger Etuza berkata...
Waalaikumsalam Bunda dan Rohani H juga Umi.
Mohon maaf situasi itu, sejujurnya ada Etuza search blog saya di hphone, betul hanya paparan profil saja.., kawan sekursus hari ini juga alamai keadaan yang sama, ada kaitan dengan tamplate baru tu. Apapun Etuza akan cuba sekali lagi search di hphone samsung..kalau ada khabar baik Etuza hubungi ya.
terima kasih makluman sangat di hargai.

Kepada blogger Rohani Hashim dan blogger Bunda, Etuza nak ucapkan terima kasih atas teguran yang ikhlas. Etuza dapat rasakan keikhlasan itu sebagai sahabat blogger. Etuza usahakan kembali ke paparan tiga kolum seperti asal. Etuza sudah memasang niat, niat berblog bukan hendak terkenal, tetapi sekadar berblog dan mengisi masa lapang, memaparkan perkara yang baik dan bermanfaat. 
Tamplet tak cantik tak kemas bukan ukuran dan bukan keutamaan tetapi pengisian dengan entry yang boleh dibaca dikongsi oleh masyarakat di luar sana.Izinkan Etuza berblog sebagaimana blogger lain. Apakah bentuk tamplet blog terima lah seadanya blog Etuza. Terima kasih.
Hakcipta@Etuza

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Assalam cikgu...sekarang dah ok ...dah boleh tengok entri cikgu...Tak apa lah apa template pun kan mesra rakan dan mesra maya...

    Tahniahlah cikgu berjaya juga menyelesaikan bermacam masaalah...

    BalasPadam
  2. Wasalam terima kasih ya..alhamdulillah dapat selesaikan satu masalah..agaknya memang 3 kolum jodoh Etuza dalam berblog ni..

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum.... cikgu etuza,

    mselim3 visit sini balik tgk entry kekawan.. takper janji ukhuwah sentiasa terjalin antara blogger .. Amin.

    mselim3

    BalasPadam
  4. terima kasih saudaraku Mselim..alhamdulillah dapat masa kemaskan blog..penat pun ada..hehehe..

    BalasPadam
  5. salam
    asalkan memberi kepuasan pd pengunjung...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum cikgu....Diana pun selalu guna hp jer kalau blogwalking...nak taip entri baru guna tab....laptop dah ok tapi belum ada brodbndnya...hehe

    BalasPadam
  7. Betul tu Cikgu, sebelum ni keluar profil jer, jadi saya tak dapat baca entri, jadi tidak dapat tinggalkan jejak..

    pssttt; jeles tengok laman kini yang tersusun kemas dan ceria.. :)

    BalasPadam
  8. Saya pon selalu blogwalking guna handphone :)
    Alhamdulillah dah boleh tgk blog cikgu dgn baik via phone.

    BalasPadam
  9. alhamdulillah...terima kasih semua, betul.Admin blog ni sebenarnya kemarin berhabis klik klik tak juga keluar..so tukar terus tamplate asal..

    BalasPadam
  10. As salam,
    yup dah OK, bila masuk guna mobile semua entry keluar. baru senang camni.hehe sbb bila guna mobile, mana2 blog yg enable mobile tu jadi ringan la sbb tak perlu nak tgk full template kan.

    ;)

    BalasPadam
  11. salam sabtu..singgah sini..salam kenal..

    BalasPadam
  12. tahniah..sudah berwajah baru..bloglist pun blogger yang handal-handal dan bermunafaat..good luck cikgu..semoga cikgu bertemu dengan apa yang cikgu cari dalam berblog ini..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.