Inilah Bisikan Nurani Ku

Inilah Bisikan Nurani Ku

Asalamualaikum & Selamat Malam.
Kini Jam sudah 1.01 minit tengah malam..


Sedih sebenarnya saya sejak kesilapan setting blog Pesona saya tersilap tekan. Kata orang terlajak perahu sukar diundur, tersilap tindakan sendiri merana. Memiliki blog memang memberikan kita rasa bahagia, memberikan kita kegembiraan apabila kita saling berhubung dengan rakan blogger lain. Saling membaca paparan kehidupan sebenar mereka. Pengalaman dan pengetahuan yang ada itu sebenarnya saling berbeza. Justru itu saya amat teruja untuk meneruskan aktiviti berblog. 

Malam ini dengan kesabaran dan kesungguhan terhasil juga paparan blog saya yang masih bertemakan Pesona Warna Kehidupan. Etuza sedih sebenarnya kerana dengan terpaksa meninggalkan dan menerima hakikat bahawa etuza dan Blog Pesona itu akhirnya berpisah juga. Entah bagaimana hendak memadamkannya. Jika punya waktu yang lama etuza akan cuba berusaha memusnahkannya kerana Blog Pesona itu kini terapung tanpa pentadbir. 

Ini lah bisikan nurani etuza. Lahir sebuah blog yang akan menapak dalam arena maya blogging. Kepada yang menemukan blog ini di alam maya mohon agar FOLLOW blog saya ya. Etuza paling mengharap ada yang tampil untuk tunjuk ajar bagaimana untuk LOG IN AKAUN Blog saya Pesona nampaknya tidak ada kalangan blogger yang benar-benar hendak berkongsi ilmu. Etuza faham kesibukan dan kesuntukan masa tidak memberi mereka peluang menghulur bantuan. Saya tidak berkecil hati.Etuza harap bisikan nurani ini lebih bermakna dari blog Pesona. Apa sahaja yang terlintas dibenak etuza, akan etuza zahirkan dalam blog baru etuza ini.

Kepada yang mengenali blog Pesona sila alihkan komentar anda ke blog Pesona & Mustika ini dengan ikhlas, komen anda bagi etuza satu aktiviti yang menghidupan laman maya Blog personal kita. Wasalam.
hakcipta@etuza

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

10 ulasan

salam
saya mintak maaf jugak sbb tak berupaya membantu...saya cuba berbagai setting tp tak keluar paparan mcm blog cikgu yg lama tu...sayangnya..dan sara pun sedih...sbb blog lama cikgu tu dah ribuan followernya..

komputer saya jugak bermasalah utk follow kt sini...:(
saya akan cuba setelkan..

Assalam cikgu...sesiapa pun akan merasa yang sama ....tak apa...kesilapan teknik yang tak dapat dielakkan...yang pasti ambil masa cikgu pelan2 untuk bina dan reka bentuk semula blog baharu cikgu....

Nanti kami follow ...nangan risau...Salam Merdeka...

walaikum salam...rasa hiba membaca komen yang ikhlas dari sahabat blog saya ni..tq beri saya rasa untuk terus mara..tak apa dah nasib Pesona tu begitu ya...

assalammualaikum..done follow sini...maaf sya pun tak dapat bantu sebab tak reti sgt pasal seting ni

Mv tak apa ya..
InshaAllah yg ada blog baru ni etuza akan terus bernafas di arena blogger..hehehe blogger !

Memang langsung boleh Log In? Pelik tapi saya tengok ada butang Log In sisi kanan sebelah atas blog tu..

Email & kata laluan salah, itu yang keluar.. mungkin ada kesilapan pada salah satu samada pada no email @ kata laluan tersebut..

##kadang2 password boleh diubah tanpa pengetahuan kita (ceroboh..)

Peringatan untuk diri sendiri dan semua: sebarang kata laluan yang kita guna perlu betul2 selamat dan sentiasa ditukar dari masa ke semasa, ia mestilah gabungan huruf kecil & besar..

contoh: !HjuT4102ScRaA#

Petang semalam saya tak dapat login sebab tersilap password, ingatkan panjang lebar kata laluannya (taip semua yang cikgu tulis..), rupanya pendek saja..

Jgn bersedih..JM kan ada...JM akan sokong blog cikgu Etuza nih hihihi

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (436) Ceritaku (421) Berita (381) Agama (371) Dunia Blog (327) Promosi. (301) Doa (297) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (214) Nasihat (205) Pendidikan (205) Kasih sayang (184) Rasa Bahagia (183) Berita Keningau (176) Hadiah (152) Pelancongan (133) Alam Semulajadi (122) Gambar (121) Sejarah (106) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (89) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (64) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Percutian (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Perkahwinan (21) Kucing (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger