Ustaz Kazim Elias, Nasir Wahab, Halim Othman & Etuza! Sama Kah Pula!



Asalamualaikum Semua. Selamat Hari Malaysia 2014.

     Etuza sebenarnya tidak berani membuat entry seperti entry ini, tetapi kali ini Etuza rasa teringin hendak membuat entry ini apabila kali ketiga orang terkenal di samakan dengan wajah Etuza. Orang ke tiga tu huuuumm!!! terkenal dan menjadi idola kepada seluruh rakyat Malaysia, kerana orang ketiga yang disamakan dengan raut wajah Etuza adalah seorang USTAZ terkenal. Tontonlah dia dalam rancangan kegemaran masa kini iaitu rancangan "KALAU DAH JODOH"  ha dialah tu. 

Gambar Nassir Wahab Copy di Google
     Dimulakan cerita, ada facebook Etuza, ada lah beberapa keping gambar peribadi, pada Etuza kita kongsikan gambar kita tu bukan lah hendak mengada-ngada, nak riak dan sebagainya ya. Tetapi kita kongsikan agar pertamanya anda kenal siapa saya dan sebagai rasa bersyukur kepada yang maha kuasa. Allah kurniakan kita dengan sempurna tubuh badan tanpa cacat, kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada tu. 

    Etuza terbaca lah satu komen di facebook katanya wajah Etuza seperti Pengacara Halim Othman dan ada juga yang melihat wajah Etuza juga mirip pelakon dan penyanyi N.D Lala. Etuza mulanya merasa bersyukur disamakan wajah dengan orang terkenal ni. Kali ini Etuza perlihatkan kepada anda teman blog Etuza, adakah sama dengan Halim Othman? Etuza tahu anda akan mulai melihat dimana persamaannya. Terima kasih ya.

Gambar Halim Othman Copy di Google 

     Perkongsian kedua, atau cerita kedua pula apabila ada orang paling dekat dengan Etuza ni katanya "Gambar Awak Sebiji lah Nasir Wahab" sejak dulu saya tengok muka awak sama dengan penyanyi Nasir Wahab. Aduh!! lagi lah Nasir Wahab, penyanyi terkenal juga. Etuza hanya tersenyum dan tak ada apa-apa cuma dalam hati BERSYUKUR apabila wajah disamakan dengan Nasir Wahab. Tak apa lah dalam dunia ni kita sebenarnya dikatakan memiliki 7 orang yang serupa wajah. Hanya satu nak cakap setiap apa yang Allah beri kita harus syukuri dengan penuh ikhlas dan rendah hati kepada Allah. Pada anda sama kah dengan Nasir Wahab?..Hehehe...

Gambar Ustaz Kazim Elias Etuza ambil di Kaca TV.

Gambar sekadar hiasan..adakah sama terserah pada
penilaian anda.
     Pengalaman ketiga ni berlaku di majlis hari raya tahun ini 2014. Ada sahabat Islam ni meluruh ke arah saya sambil menghulur salam dengan mesra. "Ustaz Kazim Elias" Subahanallah terlalu besar bagi saya apabila disamakan dengan Ustaz tersohor di Negara Malaysia ini. Muka sama dengan ustaz Kazim ni, sebiji sama apabila bersongkok. Ha ini lah kata-katanya bila memperteguhkan pendapatnya. Etuza rasa kembang sangat lah diberi tahu sama wajah dengan ustaz ni. Dalam hati "Ya Allah syukur alhamdulillah" segera Etuza ucapkan syukur dengan kesihatan yang ada. Lalu duduk mengambil tempat di majlis hari raya itu. Ramai orang berhari raya di tempat tersebut. Dan kami sekeluarga hadir memeriahkan hari raya mereka. 

    Etuza nak cakap seperkara iaitu kemungkinan kami semua lelaki memakai kaca mata maka wujudlah persamaan itu. Atau kalau benar ada blogger yang mengiakan kami sama Etuza berimpam ian hendak berjumpa lah dengan hamba Allah ni. Semoga Allah kabulkan niat Etuza ini. InshaAllah. Mana tahu ada insan yang datang mempertemukan kami,chewah!!!!.

    Pada anda orang ketiga ni Ustaz Kazim Elias, adakah sama? 
Oklah untuk anda ada nasihat Ustaz Kazim Elias tentang rupa paras kita, sila baca lah ya.

 
Pinjam gambar Ustaz Kazim Elias di Google Search.

"Pergi memancing bersama teman,
Membawa juadah sebagai bekalan,
Ampun maaf ampun dipinta kepada tuan dan puan,
Entry sekadar menghibur saudara budiman "

" Ramai orang pergi ke pekan,
Mencari rezeki setiap hari,
Mohon maaf ampun pintaku kepada tuan dan puan,
Entry ini dikongsi lahir dihati"


hakcipta@etuza.

Catat Ulasan

33 Ulasan

  1. pastinya pengalaman Etuza ini turut anda rasai, alaminya tetapi anda tidak berkongsi.hehehe

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. terima kasih..tak tau lah ada kawan gelar Etuza ustaz..ni kena tempias UKE kan bagus....)

      Padam
  3. Asalamualaikum Ahmad dan Azmiah.Alhamdulillah, syukur tak sia-sia Etuza buat entry ni ..bukan apa, nak share sesuatu yang baik. Moga dapat jumpa Ustaz Kazim suatu masa. InshaAllah

    BalasPadam
  4. sekali pandang mmg ada iras kerana kumisnya sama heee

    BalasPadam
  5. Jawapan untuk soalan no 6, lalalalala...

    BalasPadam
  6. Rasanya ini entri alam di up kan kembali. Memang ada IRAS dan persamaan

    alamak kak Umi, JM dah hantar borang jawapan

    BalasPadam
  7. JM dengan 3 orang terkenal tu mana yang terlebih sama tu?bagi tau lah hehehe..

    BalasPadam
  8. Inilah Entry pilihan terbai Etuza 2014. Che!!!

    BalasPadam
  9. Assalammualaikum...etuza,

    Insaallah.. suka tgk gambar etuza tu. sejuk mata memandang... ala2 ustad kazim .. ok! Nice. Suka kenal dengan etuza...

    mselim3

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaikumsalam ya Mohd Selim..harap ada betul2 persamaan..ni Ustaz tersohor ni terkenal dengan kata2 imannya tu..syukur jika benar ada persamaa...jauh kot jika depan mata

      Padam
  10. ahahaha .. pening dah pening dah ... sepesen je lebih kurang ni haha. Pelanduk serupa dua rupa tiga rupa ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih ..tiap kita pasti ada orng lain yang mirip kita

      Padam
  11. hihi. terjumpa entry ni.. halim othman tu mirip :) hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih..blogger lain pun kata ada iras halim O

      Padam
  12. sama.. ni boleh menyamar ni hehe =)

    BalasPadam
  13. ketiga2 ada iras. hihihi... selfie gaya2 tersendiri,....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika betul ada persamaan terima kasih Cik ash!

      Padam
  14. salam,

    aah ada iras semua yg org kata tu... :)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.