Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Asalamualaikum semua.
Hari ini 15hb Sept 2014, saya diarahkan oleh Guru Besar sekolah Etuza untuk hadir ke Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Keningau. Untuk julung kalinya majlis ini diadakan di perkarangan Pejabat Majlis Daerah Keningau, berhadapam dengan batu keramat Batu Sumpah Keningau.

Majlis perasmian dilakukan oleh YB Tan Seri Joseph Kurup ( Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ) dan Pengerusi Penganjur ialah YB Datuk Ellron Angin.

Antara peristiwa sempena majlis ini ialah Upacara Bobolian di hadapan Batu Sumpah Keningau, di mana di wartakan kepada semua hadirin di sinilah di meterai Sumpah Peringatan, mengikut Perlembagaan Kerajaan Malaysia untuk menjamin 3 perkara utama apabila Sabah menjadi pelengkap kepada kerajaan baru iaitu Negara Malaysia. 3 perkara itu ialah :-
1. Hak kebebebasan menganut agama dan mengamalkan ajaran dalam agama yang dianuti.
2. Tanah-tanah dalam Sabah dikuasai oleh Kerajaan Negeri Sabah.
3. Adat-Istiadat anak rakyat Sabah di hormati dan dipelihara oleh Kerajaan Malaysia.
Dan dalam masa yang sama Rakyat Sabah di dalam interor Bersumpah akan Taat Setia Kepada Kerajaan Malaysia.

Mari kita lihat beberapa memori apabila Etuza turut bersama dalam majlis yang sungguh bersejarah ini. Di sinilah lahirnya sebuah CINTA terhadap negara Malaysia. Syabas AJK penganjur Majlis yang berbentuk hari mengenang Sejarah lampau dan sejarah itu harus disemarakkan agar genarasi akan datang sentiasa mengetahui bahawa nikmat kehidupan masa kini adalah ekoran perjuangan pemimpin di masa lalu.

Hidup Daerah Keningau, Hidup Negeri Sabah, Hidup Malaysia Kita 1 Malaysia.



Guru Besar SK. Sook ( En. Zulkifle Supar )
Etuza bersama Cikgu Georgh @ Aidil Abdullah 
Guru di Kolej Vokasional, Keningau, Sabah
                
Tan Seri Joseph Kurup melawat ke Pameran Sejarah

Upacara Bobolian ( momosik ) ada mentara ketika upacara ini
dilakukan.

Antara AJK Penganjur kelihatan En. Ramian Ayub.

Best ni Persembahan Koir dari Kolej Vokasional Keningau, Sabah.
antara lagu Tunggu Sekejap dan lagu-lagu patriotik.
Hebat ni..
Ini En Athur Joseph Kurup . Bersama YB Tan Seri Joseph Kurup di majlis
Hari Malaysia Peringkat Daerah Keningau.

Gambar Juadah dan Buku Sejarah Sabah & Sejarah Kemasukan Sabah
dalam Pesekutuan Malaysia.

 Hakcipta@Etuza

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. pertama kali tahu adanya Batu Sumpah Keningau

    BalasPadam
  2. Memang ada sejarah Batu Sumpah Keningau. InshaAllah akan ada entry khas sejarah ni ya Madm kamsiah.

    BalasPadam
  3. di sini lahirnya sbuah cinta..
    menarik baca cacatan dripda sorg pendidik..

    BalasPadam
  4. Sejarah yang perlu diketahui...ramai yang tak tahu ni...

    Selamat Hari Malaysia....disini lahirnya sebuah CINTA...



    #salutemalaysia
    #merdeka
    #selamatharimalaysia
    #jalurgemilang

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. Selamat hari malaysia.
    Best jugak rupanya sambutan di sabah
    Beruntung boleh kenal blogger dari sabah

    BalasPadam
  7. Salam cikgu Etuza..Selamat hari Malaysia..kalau JM ke SAbah boleh berjumpa dgn blogger Etuza kan

    BalasPadam
  8. Batu Sumpah Keningau?? nnt Cikgu bagitau sejarahnya..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.