Demi Tanggungjawab

Demi Tanggungjawab


Dapat telefon dari anak ke 3 sejak dua hari lalu, katanya minta ambil di asrama. Jauh tu Daerah Ranau.

Demi tanggungjawab Etuza kena menunaikan hasrat dia untuk dijemput. Puteri Etuza sebenarnya ada extra kelas usaha guru-guru di SMK. Agama Ranau untuk membantu pelajar tingkatan lima agar lebih cemerlang keputusan SPM 2014. Kepada guru-guru anak Etuza itu Etuza hendak ucapkan ribuan terima kasih. Semoga usaha diberkati dan pelajar SPM SMK Agama Ranau,Sabah merai keputusan yang terbaik tahun 2014.

Perjalanan ke Ranau memang memakan masa selama 2 jam jika memandu sekitar 60km sejam tetapi jika lancar dan tiada halangan di jalanraya boleh sejam setengah sudah sampai di Ranau. Di Ranau lah tempat penanaman kubis dan sayuran lain di Sabah. Paling terkenal penanaman kubis di Kundasang Ranau. Kini Kundasang sedang giat di komersalkan lagi pelancongan di sana. Semoga usaha yang sedang dilakukan oleh Datuk Marsidi Majun wakil YB Menteri di Ranau dapat memantapkan sektor pelancongan di Kundasang tercapai.

InshaAllah ada gambar kami, Etuza sharekan yang sesuai. kadang ambil gambar kandid ni kadang kala ada juga yang menarik perhatian kita. Doakan agar kami selamat tiba di Ranau dan selamat pulang ke Keningau. Amin.

Hakcipta@Etuza

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

10 ulasan

pada 17 Sept 1997 sy telah melapor diri di SMK Majakir...pada SUKOM98 sy telah sampai ke kemuncak Gunung Kinabalu...kenangan lama,,

saya dah lama berangan utk ke Kundasang...:)

Asalam semua .skarang ni etuza sedang menuju ke kundasang ranau .oyes!!!

semoga selamat sampai,....

semoga dipermudahkan...

Assalamualaikum dan salam singgah ptg Cikgu...semoga perjalanan Cikgu selamat smpai ke tempat yang di tuju....Sejuknya di kundasang....hehe

Semoga selamat sampai
Semoga puteri etuza menjadi anak yang solehah

Bapa sentiasa berkorban untuk anaknya

Alhamdulillah sudah sampai di rumah selepas maghrib. Syukran selamat terima kasih Allah terima kasih doa teman blogger. Mencabar jg perjalanan jauh tau! , Jamaq solat johor..

JM ada nampak tasbih counter tu..sedinh sbb JM punya hilang..kawan hadiahkan..warna merah..huhuh nampaknya perlu beli baru

rupanya saya tercicir entri ini

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger