Ciri Blog Yang Hidup


Mood berblog masih tahap tinggi rasanya, memang ramai blogger Malaysia baik blogger lelaki atau wanita yang kelihatan mood berblog masih tinggi tanpa lentur tetapi tetap membara. Kerana mood berblog yang masih tinggi semua blog yang Etuza kunjungi pasti ada entry entry segar dengan cerita ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka masing-masing.

Seperkara yang diperhatikan bahawa sebenarnya blog kita ini menurut Etuza punyai jiwa yang hidup. Dalam blog akan terjalin ukuhuwa, terjalin kemesraan dan terjalin persahabatan di alam maya. Bagaimana menilai blog itu berjiwa atau tidak terserah kepada pernilaian setiap individu. Bagi Etuza blog yang hidup itu bukan sahaja sarat dengn informasi terkini, panas dan sensasi tetapi kaya dengan nilai murni, pemilik blog mesra maya, berbudi bahasa dan sangat suka bertegur sapa. Dalam Islam ucapan salam itu sangat dititik beratkan, dengan ucapan asalam itu terjalin ukuhuwa sesama Islam.

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat blog yang terkenal dengan paparan entry setiap masa, dikenali ramai dan mempunyai follower yang sangat ramai. Itu boleh kita katakan blog itu hidup dan punyai jiwa. Itu karisma pemilik blog. Tetapi harus kita ingat bahawa blog yang melakukan kunjungan ke blog dan ke blog lain sambil mencatat komentar ke ruang komen juga tindakan yang bijak dan blog itu kita katakan blog yang mempunyai jiwa. Sejujurnya Etuza amat minat dan sukakan blog yang berkunjung ke blog kita dan meninggalkan jejak seperti komen  atau ulasan di ruang-ruang yang ditetapkan dalam blog.

Kepada blogger yang memiliki jiwa yang hidup lakukanlah amalan seperti :-
* Sentiasa update blog dengan entry-entyr menarik anda.
*Sentiasa melakukan kunjungan ke blog lain agar blog anda juga akan dikunjungi. ( sebab terdapat blog yang dikatakan blog sepi apabila langsung tiada pengunjung)
*Jatuhkan komen anda sebagai sokongan sesama blogger.
*Follow blog lain kerana melakukan follow blog lain itu adalah amalan yang baik seorang blogger.
*Buat bloglist agar kita muda berkunjung nantinya ke blog kegemaran masing-masing.

Inilah antara ciri sebuah blog yang miliki jiwa yang hidup di alam maya. Kepada blogger di Malaysia di merata Sabah dan Sarawak, Etuza hendak mengumumkan bahawa Etuza berkeinginan hendak menambahkan BLOGLIST dalam ruangan Blogger Istemewa Etuza sebanyak 10 blog yang terbaik yang mana blog itu memiliki ciri seperti yang dinyatakan sebagai blog yang memiliki jiwa itu. ( Blog yang suka follow, rajin datang kunjung dan dropkan komen serta sentiasa ada entry baru atau aktif). 

Blog yang Etuza pilih itu nanti akan Etuza muatkan dalam list blog dalam perhatian, maknanya blog itu menepati keperluan yang Etuza gariskan. 

Kepada blogger, ini pengalaman Etuza di mana sepanjang berblog Etuza benar-benar serasi dan AMAT menggemari seorang blogger wanita bernama KAMSIAH ( DETIK-DETIK INDAH DALAM HIDUPKU ) inilah blog yang mula-mula Etuza temui di arena maya blog. Kamsiah seorang yang tidak sombong dan amat setia berkunjung blog Etuza. Dia beri tunjuk ajar, beri komen dan sesekali memberi nasihat kepada Etuza sebagai seorang blogger. ( blogger ke ni ...) Sehingga kini blog Kamsiah begitu cantik indah dan damai berada sebagai jiran Etuza di blog alam maya. Tahniah kepada Kamsiah blog paling Etuza gemar.

Blogger UMI ALYA juga sedang dalam perhatian Etuza. Dia mama yang penyayang dan amat senang dibawa berbincang. Tidak lokek ilmu dan rajin membaca paparan blog Etuza. Insha Allah  akan selalu mendekati blog Kamsiah dan Umi Alya.

Hakcipta@etuza

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. salam
    pujian yg melambung membuatkan saya malu cikgu...berbanding blog mereka lain yg lbh hebat..yg punya ilmu...terasa masih jauh ketinggalan..apapun terimakasih atas persahabatan maya ini..

    BalasPadam
  2. Assalam, selamat berkenalan cikgu, terimakasih sudi follow saya, saya balas follow, semoga terjalin ukhwah fillah dan kita saling dapat manfaat ilmu, in shaa Allah.

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum..
    Singgah berkunjung ke blog saudara dan follow. Dijemput untuk berkunjung ke blog CP. Salam Kenalan
    realiticikpin.blogspot.com

    BalasPadam
  4. salamualaikum semua..pujian yang ikhls dan memang betul ..terima kasih kerana terima pujian dan hargainya. Yang follow tqvm ya

    BalasPadam
  5. marilah menghidupkan hubungan sesama kita....

    BalasPadam
  6. Hidupkan semangat berblog dengan berkunjung ke blog sahabat untuk menjalinkan ikatan ukhwah sesama kita....

    BalasPadam
  7. Dah lama saya cari blog ini setelah difollow. Akhirnya berjumpa jua. Saya sudah masukkan blog dalam bloglist saya. Insya Allah saya akan ke sini setiap hari.

    http://acikwatie.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah...semoga jalinan ukhuwah akan lebih kukuh...

    BalasPadam
  9. blog JM termasuk dalam list tak hohohho

    BalasPadam
  10. Lama sungguh Cikgu kenal Madam Kamsiah..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.