Cara Mudah Miliki Keberkatan Makanan

 Makanan merupakan keperluan yang harus kita miliki pada setiap hari. Apa sahaja makanan kita wajib syukuri, bersyukur atas kurniaNya, kerana sentiasa memberikan kita makanan yang cukup ketika kita memerlukan makanan buat mengalas perut. Membolehkan kita sentiasa bertenaga untuk melakukan kerja-kerja seharian. Makanan yang halal pasti kita harapkan agar kita memakan makanan itu merasa selamat dan mendapat keberkataan dari Allah. 
Suatu ketika dahulu, ada ilmu dalam hal makanan yang pernah Etuza dengar daripada Ustaz. Nasihat ustaz itu sangat memberikan Etuza kesedaran dan sehingga kini Etuza terapkan kepada anak-anak Etuza. Ustaz itu berkata "Habiskan lah makanan atau nasi  yang kita ambil itu, yang diberi kepada kita, kerana kita tidak tahu mana satu butiran nasi yang kita akan makan memberikan keberkatan dan kerahmatan kepada kita" "Jika ada makanan tersisa di atas pinggan kita, kita tinggalkan alangkah ruginya kita jika yang nasi atau makanan yang kita tinggalkan itu, itulah makanan yang lebih berkat dan mampu memberi zat kepada tubuh badan kita,membolehkan otot badan kita lebih sihat dan jauh dari penyakit". Inilah kata-kata Ustaz dalam satu sesi nasihat kepada kami.
Ibu juga pernah berkata semasa kecil Etuza. Kata ibu Etuza "Habiskan makanan itu ( nasi) jika tidak nanti nasi yang tidak dimakan itu menangis" Waktu itu usia masih mentah dan merasa hairan dalam hati bertanya "Betulkan nasi pandai menangis" . Rupanya nasihat ibu itu amat berguna dan selepas mendengar penerangan Ustaz barulah Etuza faham bahawa kita yang diberi makanan yang cukup setiap hari sebenarnya wajib mengutip keberkatan daripada makanan ( Rezeki) yang Allah beri. Untuk lebih mudah dan kita yakin bahawa berkat makanan itu kita telah mengambilnya dan menjamahnya ialah dengan cara habiskan kesemua makanan yang kita ambil. Kerana jika kita tinggalkan makanan biar sebutir nasi kita akan merasa terlepas mendapat berkat rezeki itu. 
Sebab itu amalan ketika hadir ke majlis di mana sahaja amalkan cara mengambil juadah secara sederhana. Jika ambil berlebihan pasti ada yang kita sisakan kerana tidak mampu menghabiskan makanan tersebut. 
Marilah kita amalkan cara habiskan makanan di atas pinggan hingga licin. Bukan sahaja kita mendapat berkat tetapi orang yang memberikan kita makanan dengan ikhlas akan bersyukur kerana makanan yang dia beri kita hargai dan menyukai makanan hidangannya. Wallahualam. 
Hakcipta@Etuza

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Begitulah nasihat secara halus dan bermotivasi orang2 tua kita....

    Bila kita sendiri jadi ibu bapa baru kita tahu bagaimana untuk mendidik anak2 kita pulak tentang pembaziran rezeki itu amat tidak elok..

    BalasPadam
  2. setuju sgt..pernah pergi mkn kenduri buffet..ambil penuh pinggan lepas tu mkn tak habis mmg membazir

    BalasPadam
  3. Sayang sangat kalau buang makanan, sebutir nasi ibarat setitis peluh petani

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.