Bukan Mudah Mentadbir Blog

Asalamualikum..
Entry kali ini menjurus kepada pengalaman Etuza berblog iaitu mentadbir beberapa akaun blog dan juga akaun Facbook di laman sosial maya.

Memang banyak pengalaman  kita dalam mentadbir sesebuah blog. Saya pasti blogger yang akan membaca Entry ini akan turut sama mengingati situasi bagaimana aktiviti kita di akaun blog kita. Selalu kita dengar dalam apa juga urusan online dalam mengisi data ke laman sosial tertentu, kita biasa dengar talian internet terlalu slow. Keadaan inilah sebenarnya masalah besar yang timbul dan dihadapi oleh semua orang ketika melayari internet. Tetapi sebenarnya banyak faktor yang akan menjadikan pentadbiran terhadap blog kita tersekat atau tertangguh hingga kita menangguh berblog pada jangka masa yang lama, hingga akhirnya berlaku lupa email atau gmail dan pasword untuk log in blog.

Keseronokan berblog, berjalan ke sana ke mari pada blog pilihan dan apa saja aktiviti pembacaan ketika kita mencari maklumat, menjadikan kita teruja dan seronok berblog. Namun harus difikirkan bahawa kita harus hadapi cabaran berblog dengan tenang dan terima keadaan itu kerana keadaan itulah juga yang dirasai oleh semua blogger tidak kira blogger terkenal atau blogger kecil-kecilan.

Dalam seronok berblog, membaca dan juga aktiviti lain semasa mentadbir blog situasi seperti di bawah ini secara mengejut kita alami.
1. Tiba-tiba talian elektrik terputus (ada kerosakan) Ini masalah besar bagi kami yang tinggal di luar bandar, alamat tergendallah entry di blog.
2. Timbul robot dalam blog kita,keadaan yang terlalu slow menyebabkan blogger akan boring dan mulai pening kepala. Heei..mestilah boring sangat, asyik tak keluar web kegemaran.
3. Masalah komputer tiba-tiba rosak. Ini kes besar hingga kita sebagai blogger kena menghantar komputer ke kedai membaiki komputer kita. Kos besar lah pula kena keluarkan wang untuk membaik pulih kerosakan dalam pc kita. Blogger harus  memiliki komputer riba sebenarnya, jika tidak berkurun lamanya lah tidak ada entry. 
4. Kehilangan mood berblog. Timbul perasaan malas sangat hendak online.Harap dalam dunia blog ni kita tidak dilanda amalan blogger bermusim ( sekejap ada sekejap hilang, timbul tenggelam)..peminat dah ramaikan nak baca entry kita. Lah..hilang lah pula di udara maya. Harap Etuza dan kawan blogger tak dilanda masalah ini lagi. InshaAllah.
5. Masalah tidak memiliki kamera peribadi. Blogger asyik nak minta gambar dari yang ada kamera tak baik juga. Namun masih boleh berbelog dengan entry - entry melatop tanpa gambar masih boleh. Kepuasan berbelog itu membezakan para blogger yang ada kamera dan blogger tidak ada kamera. Handphone canggih bolehlah memanjang berbelog dia punya tahulah kan..
6. Tidak perihatin dengan peristiwa sekeliling kehidupan blogger, atau peristiwa dunia masa kini. Blogger akan kosong dengan informasi baru jika bertidak tidak kisah, tidak peduli dan acuh tak acuh. Blogger kena catat, ambil gambar dan infor lain untuk dijadikan bahan entry di blog. Best!! blogger boleh jadi sumber rujukan. Tak mustahii.
7. Kes blogger lupa sambungkan cages ke komputer, tiba-tiba skrin komputer gelap, mengejutkan gambar dah setting entry melatop hampir siap, alamak hilang dek kerana power cas komputer dah kosong. Kesian macam ini..so ingat ya..keadaan ini juga adalah cabaran dalam berblog. ( boleh jadi hilang mood berblog tu )

7 perkara itulah antara cabaran kita berblog. Rasanya kita semua hadapi situasi tersebut, tetapi jangan putus asa. Apa saja masalah yang timbul akan selesai dengan adanya kemahuan kita untuk berusaha memperbaiki cara berblog, membuat kajian dan pembacaan menerusi laman tutorial blog dan tips daripada blogger terkenal.

Berblog, kena berdisiplin, bijak mengatur masa dan dapat menyiapkan tugasan lain yang diarah barulah blogger itu benar-benar blogger yang Profesional.

Hakcipta@Etuza


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Ada kesilapan kat ats tu huhuhu FACENOOK ... Bukan FACEBOOK eaaa Etuza...

    BalasPadam
  2. JM menulis kerana minat kongsi pengalaman travel tetapi punca utama adalah malas tul nak update kerana line internet mcm siput huhuh

    BalasPadam
  3. Jm cuba hadirkan mood ingat hari-hari indah, tanya objektif dan nawaitu berbelog..cari identiti blog pasti jiwa nak buat entry blog tak akan sirna..hehehe..

    BalasPadam
  4. Assalam cikgu...sejak kebelakangan ni bunda lebih jarang berblog/up entri baru kerana internet broadband bunda terlalu slow...dah lebih quota...

    Kebiasaannya bunda tulis entri guna pc...blogwalking guna henfon...bw guna henfon lebih mudah dan selesa...kemana2 pun boleh bw kalau rajin...

    Sejak cikgu tukar templet baru ni bunda tak boleh masuk tengok entri cikgu guna henfon..tak tau dimana silapnya...harap maaf..

    Tak tahu pulak dengan orang lain yang masuk blog cikgu guna henfon...adakah mereka juga ada masaalah yang sama?

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Masalah utama saya : Mood ke laut, langsung tiada idea..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.