Bocor ( UPSR ) Tupai Akhirnya Jatuh Ke Tanah.

Bocor ( UPSR ) Tupai Akhirnya Jatuh Ke Tanah.

Etuza nak kongsikan berita yang Etuza cedok dari akhbar online Sabah Times kemarin 15 sept 2014. Pokok tidak akan bergoyang jika tidak ada angin. Dan setiap yang berlaku itu mesti ada sebabnya yang melakukannya. Satu hal yang tidk boleh di sangkal ialah kata perumpamaan " SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUGA" ini yang sepatutnya kita fahami agar jangan melakukan kesilapan dan kesalahan. Hal bocor soalan satu tamparan hebat kepada Jabatan Kementerian Pendidikan Malaysia khasnya juga kepada KPM. Inilah bahananya akibat kerakusan manusia mahukan kecemerlangan berbaur Duniawi tanpa fikirkan akibatnya. Tengoklah akhirnya diketahui dan satu titik hitam dalam kehidupan insan-insan ini.Semoga pengajaran ini menjadikan kita lebih berhati-hati sebagai pendidik anak bangsa.

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat guru dalam serbuan di Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak kelmarin berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata tiga guru lelaki dan seorang guru wanita ditahan dalam operasi bermula pada 3.30 petang.

“Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 30 hingga 54 tahun. Tiga ditahan di Pulau Pinang dan seorang di Perak. Polis turut merampas gajet komunikasi dalam serbuan itu untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Gan berkata sehingga kini, seramai 10 individu telah diambil keterangan terdiri enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang wartawan dan tiga guru.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada Khamis juga. LPM menetapkan 30 Sept ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.



Hakcipta@Etuza

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

8 ulasan

bagusla..semoga mereka insaf.

malu...seluruh keluarga mereka yg terlibat turut menanggung malu...

semoga mereka mendapat hidayah..maruah diri tu..

mohon maaf tulisan agak rapat, Etuza ada copy catatan ini di Sabah Times online..mybe tu kesan nya harap maaf ya

Amanah sesuatu yang berat. tidak sepatutnya perkara seperti ini berlaku

menyusahkan bila x amanah...huhu

tupai sebenarnya belum cekap melompat hikss

Kesian.. habis punah segalanya..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger